"PERGHH berpeluh siot kau. Kau marathon ke apa ni?" Tanya Mira yang sedang meneguk air. Rania tercungap-cungap menyusun nafas lalu dia terus mengambil air Mira dan minum sehingga habis.Mira hanya terkedip-kedip. "Choii habis air aku kau teguk. Penat sangat gamaknya tu.." Rania mengangguk. "Memang penat.."
Rania duduk diatas kerusi. "Sudahlah aku kena bebel dengan manager tadi sebab lewat 30 minit.. Fuhh cair mat taik telinga aku.." Mira sengih.
"Tu lah kau.. Aku suruh naik teksi tu taknak.. Sibuk nak bawa motor buruk kau kehulur-kehilir. Nah sekarang dah masuk icu dah motor kau." Rania mencubit lengan Mira. Berdesis dia menahan sakit.
"Kau jangan kutuk eh kesayangan aku tu.. Aku nak jimat la.. Teksi mahal sekarang. Dari rumah aku ke tempat kerja cecah rm20 gak.." Mira menggeleng.
"Senang-senang, kau kahwin je lah. Boleh menumpang suami kau hari-hari." Rania mencebik. "Siapa je nak pada aku ni? Kasar.. tak macam perempuan. Ni tangan aku pun kasat tau?" Kata Rania sambil menunjukkan tapak tangannya.
"Elehh rendah diri pulak. Lelaki dulu tu mana? Apa tu nama dia... Haaa Encik Ashraf tu. Nampak sangat dia tu nak mengorat kau tau?" Rania menghela nafas perlahan.
"Kau tahu tak.. Dia tu masa silam aku." Terkejut Mira dibuatnya. "What? Dia ex kau?" Rania mengangguk.
"Wow. Dia umur berapa? Macam mana korang kenal?" Rania menghembuskan nafas..
"Masa tu aku belajar di KL. Aku kenal dia masa umur aku 21 tahun.. Dia 24 tahun.. Dia terlanggar aku atas jalan raya. Belum sempat aku nak marah, dia beritahu yang dia janji nak bertanggungjawab. Dia bawa motor aku ke bengkel dan bayar semuanya. Dia bawa aku ke klinik dan terus hantar aku balik rumah aku.."
Mira mengangguk. "Cliche juga cara kau berjumpa dia." Rania mengangguk.
"Dia minta maaf berulang kali pada mak dan ayah aku sehinggakan kami sekeluarga dah naik segan sebab Ash tu beria minta maaf setiap kali kami bercakap dengannya. Aku pun dah mula jatuh cinta dengan sikap dia tapi aku tangguh dulu. Sebab aku fikir mungkin perasaan aku je kot waktu tu...
...sehinggalah sampai satu tahap, Ash selalu bawa makanan dan bahan basah kepada kami sekeluarga. Setiap hari dia datang. Aku pun dah naik segan dengan dia. Makin lama hati aku rasa terjentik dengan perlakuan dia. Sampailah satu tahap dia ajak aku bercinta.."
Mira sengih. "Aw sweetnya! Lagi-lagi!!" Rania menjeling. Ceh kalau pasal bercinta laju je dia. Dia tak tahu ke aku ni dah naik sebak nak ceritakan peristiwa lampau?
"Kami bercinta lama.. Dia selalu jaga aku. Dia jaga makan aku. Dia selalu tegur supaya aku jangan belajar terlebih had. Setiap masa dia mesej aku tanya aku okey ke tak.. Dia ada cakap kalau stress, rehat dulu.. Sebab dia tahu aku degil."
Mira mengangguk dengan mata bersinar. Dia suka dengar cerita sweet macam tu.
"Masa tu aku dapat tahu dia jadi arkitek.. Terkejut juga aku. Dia cakap dia arkitek biasa. Aku pun hanya angguk sahaja. Dia rendah diri padahal kerja arkitek tu kira dah mewah dah bagi aku.. Nak dibandingkan dengan aku yang jadi tour guide ni, dia lagi mewah kan?"
Mira mengangguk. Senyumannya makin melebar. Eii sweetnya!
Rania senyum kelat. "Tapi kami bertahan selama 2 tahun je kerana peristiwa itu. Malam tu aku stress sangat. Sehingga aku rasa nak marah semua orang. Aku ajak la Ash berjumpa dengan aku. Tapi dia cakap dia busy. So aku faham lepas tu aku keluar rumah bersendirian..
... And you know what? Aku jumpa Ash dengan perempuan lain berbual dekat taman. Aku macam.. what the? Tadi cakap lain tapi ni cakap lain.."
Mira menggosok lengan Rania perlahan. Dia tahu Rania amat bencikan penipuan.
"Aku pun jumpa la dia. Dan tanya dia tapi dia macam mengelak. Dia cakap kawan biasa la or what ever. Aku pun minta putus dan aku haramkan dia berjumpa mak ayah aku.. Selepas seminggu kami putus, ayah aku ada kata kami sekeluarga kena pindah ke Pahang. Kami pun terus pindah waktu tu.. waktu tu aku dah 24 tahun.. Dan masa itulah ayah tiba-tiba berubah.."
Mira mengeluh perlahan. Agak hiba cerita kawannya ini. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.. Kekasih yang dia damba berlaku curang manakala bapa pulak makin berubah ke arah keburukan.
Rania baik. Lemah lembut orangnya. Tapi keadaan mengubah dirinya untuk menjadi kasar. Hanya kerana dua lelaki. Iaitu bapa dan bekas kekasih.
Bapanya mengajar erti menjadi kuat dari segi fizikal.
Manakala bekas kekasihnya mengajarnya erti kuat dari segi mental.
Kerana itulah Rania mula bercakap kasar dan tidak mudah percaya dengan semua orang..
TBC🤍
Sekarang kita dah tahu mengapa Rania menjadi perempuan kasar kan?🥲Vote and comment❤️
YOU ARE READING
ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]
RomancePertemuan mereka setelah 3 tahun tidak bertemu membuatkan cinta Ashraf kepada Rania semakin mekar. "Yes Encik.." -Rania Mikayla "Ashraf. Or you can call me bie,baby, sayang,love,abang, or anje." - Ashraf Mikael "Kalau anjenk boleh?" -Rania Mikayla P...