"TERCEGAT apa lagi? Masuklah. Takkan nak kami hampar karpet merah baru nak masuk?""Daddy.." Tegur Ashraf perlahan. Rania menunduk apabila bapa mertuanya mengungkapkan perkataan itu. Agak terkesan kerana hari pertama menjadi isteri sudah membuatnya rasa sedih dan terasa.
Ashraf menggenggam tangan isterinya. "Ash nak masuk bilik dengan isteri Ash. Mesti Nia dah penat." Ujarnya lalu menarik tangan Rania untuk memasuki rumah. Rania hanya mengikuti suaminya tanpa memandang bapa mertuanya.
Encik Ashrif berdecit. "Tengok la tu menantu kesayangan you. Langsung tak balas percakapan i. Sudahlah tak pandang mata i bila i bercakap."
Puan Afina menggeleng. "Macam mana dia nak tengok muka you kalau you tengok dia macam nak terkam? Kesian lah menantu i tu kalau you asyik nak cari salah dia.. Cubalah terima dia jadi sebahagiaan keluarga ni."
Encik Ashrif mendengus. "Perempuan bawahan macam tu tak layak jadi orang keluarga ni."
Encik Ashrif berlalu memasuki rumah. "You! You jangan sesekali mengata menantu i!" Teriak Puan Afina. Dia membuang keluh apabila melihat perangai suaminya itu. Tak habis-habis nak mengata kekurangan orang..
*:・゚✧*:・゚✧
"MASUKLAH." Rania memerhati sekeliling bilik itu. Dia menapak perlahan ke dalam bilik itu. Ashraf senyum dan mengunci pintu bilik.
Dia memeluk erat belakang badan isterinya. Tersentak Rania dibuatnya apabila muka Ashraf tersembam di ceruk lehernya. Rania senyum dan mengusap rambut tebal Ashraf.
"Saya harap love tak terasa dengan daddy. Daddy memang macam tu. Tapi percayalah, dia akan sayang love macam anaknya satu hari nanti.."
Ujar Ashraf lalu mencium sekilas telinga isterinya. Rania senyum kelat.
"Abang jangan risau.. Nia akan cuba ambil hati daddy.." Terkejut Ashraf apabila mendengarkan panggilan daripada Rania.
Dia mengangkat mukanya lalu memusingkan badan Rania. Rania kulum senyum melihat riak wajah suaminya yang terkejut.
"Abang?" Rania mengangguk. "Kenapa? Abang tak suka ke Nia panggil macam tu?"
Ashraf sengih lebar lalu mengangkat Rania. Terkejut Rania apabila tiba-tiba sahaja kaki tak menjejak lantai!
"Abang!"Rania menunduk kebawah melihat Ashraf yang tersengih.
"Yes!! Abang suka! Teruskan panggil macam tu love! Abanggg sukaaaaa!" Ashraf memusingkan tubuh mereka.
Rania terkekeh ketawa. Tangan setia menekan kedua bahu suaminya. Kang terjatuh macam nangka busuk naya je.
"Hahahah abangg turunkan Nia.. Nia takut tinggi tau!" Ashraf sengih lalu menurunkan Rania.
Ashraf menyelitkan rambut Rania ke belakang telinga Rania. "Abang sayang Nia. Sangat-sangat. Jangan pernah putus asa dengan abang dan jangan sesekali berniat untuk tinggalkan abang untuk kali kedua."
Rania senyum dan mengangguk. Dia mendongak dan mengusap pipi suaminya.
"Nia janji Nia sentiasa ada dengan abang.. Tapi abang kena janji jangan khianati Nia lagi.." Memudar senyuman Ashraf ketika ini. Dia senyum kelat.
"Abang janji.." Rania senyum lebar dan memeluk erat leher suaminya. Ashraf membalas pelukan isterinya. Dia mencium sekilas leher isterinya.
'Im sorry love.. Abang tak janji yang tu..' Gumamnya dalam hati. Ashraf memejam mata. Dia tidak boleh bayang jika suatu hari nanti semua terbongkar..
Dialah manusia yang paling mnyesal kerana mengkhianati cinta tulus Rania..
*:・゚✧*:・゚✧
"DUDUK sini jangan nak jadi ma'am besar. Kena tolong mak mertua kemas rumah juga. Jangan fikir masuk dalam keluarga orang kaya, terus jadi puan tanpa melakukan kerja. Sedangkan mummy pun buat kerja dalam rumah ni walaupun ada bibik. You sebagai menantu kena bantu juga."
Rania mengemam bibir dan senyum sahaja ke arah bapa mertuanya. Ashraf mengusap perlahan tangan Rania di bawah meja makan..
"Apa you ni? Depan rezeki pun nak membebel.. Bagilah Rania dan Ash makan dulu. Seharian mereka tak makan harini." Tegur Puan Afina.
Encik Ashrif mendengus. "I cuma pesan je. Takut nanti orang luar naik lemak pula."
Ashraf berdecit. Benci pula apabila bapanya terang-terang mengata isterinya.
"Rania dah sah jadi isteri Ash. Tiada istilah orang luar bagi seorang menantu dalam keluarga mertua." Rania menggenggam tangan Ashraf. Ashraf berpaling ke arah isterinya. Rania menggeleng sebagai tanda supaya Ashraf berdiam diri sahaja tentang hal ini.
Encik Ashrif berdehem. "Nanti sepupu dan paksedara datang. Pandai-pandai la Ash reka pekerjaan ibubapa Rania. Daddy taknak orang tahu bahawa Rania ni hanya budak kampung."
"You! You dah melebih!" Jerit Puan Afina. Tidak percaya pula apabila suaminya kejam sebegini.
Rania menggigit bibir. Dia tidak kisah direndahkan namun dia amat terasa hati apabila ibubapanya dikaitkan dalam hal ini.
Ashraf bangun dan menghentak meja. Dia berdiri tegak dihadapan bapanya. Mencerlung matanya ke arah bapanya. "Tak berdosa pun kalau lahir dari kampung. Semua manusia berasal dari tanah juga. Kenapa nak bersifat langit? Junjung sangat kesombongan diri yang bakal merosakkan fikiran dan hati. Tak perlu nak beragah sangat dengan pangkat didunia ni. Kita semua kerdil dimataNya. Kita semua hamba kepadaNya. Pangkat dan kekayaan dunia bukannya boleh bawa mati pun."
Sejurus berkata begitu, Ashraf menarik tangan Rania dan terus menonong keluar dari rumahnya. Rania hanya terkedek-kedek mengikuti suaminya.
Puan Afina menghela nafas. "Tengok. Tengok apa yang you dah buat pada Ash."
Encik Ashrif mendengus. "Lepas kahwin terus jadi macam tu. Tu mesti sebab perempuan tu yang meracun fikiran anak kita."
Puan Afina mengeluh kasar. "Perempuan tu adalah menantu you. Dia adalah pilihan pertama dan terakhir untuk Ash. Ash melawan cakap you sebab you dah melebihi had mengata orang yang dia sayang. Selama ni dia bertahan kerana you hanya mengata dirinya. Tapi bila dah libatkan orang yng dia sayang, you ingat dia nak berdiam diri ke? Nope. Dia akan pertahankan orang yang dia sayang. Semua lelaki sejati akan bertindak seperti itu."
Puan Afina bangun dan berlalu dari situ. Dah tiada selera nak makan! Suaminya sangat suka menghancurkan keharmonian dengan sikap angkuh dan penting diri sndiri.
Encik Ashrif meraup wajah dan bersandar di kerusi makan. Agak terkesan dengan kata-kata anaknya dan isterinya tadi.
'Semua manusia berasal dari tanah. Kenapa nak bersifat langit?'
'Lelaki sejati akan pertahankan orang yang dia sayang.'
Encik Ashrif memejam mata erat. Dia tidak mahu anaknya dipandang rendah oleh keluarga serta orang awam. Itu sahaja..
TBC🤍
Buu uncle Ashrif booVote and comment❤️
YOU ARE READING
ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]
RomancePertemuan mereka setelah 3 tahun tidak bertemu membuatkan cinta Ashraf kepada Rania semakin mekar. "Yes Encik.." -Rania Mikayla "Ashraf. Or you can call me bie,baby, sayang,love,abang, or anje." - Ashraf Mikael "Kalau anjenk boleh?" -Rania Mikayla P...