ASH||NIA - BAB 10💫

2.9K 199 18
                                    


ASHRAF bersandar di pintu keretanya. Dia mengibas bajunya. "Panasnyaa harini. Pergh. Kering tekak aku.." Gumam Ashraf. Dia melihat sekeliling dan mengangguk seketika. "Not bad.. kalau buat bangunan dekat sini pun okay." Ashraf senyum senget.

Sememangnya dalam kepalanya hanya dipenuhi dengan bangunan dan juga bisnes. Well, we talk about architect okay?

Ashraf membalas whatsapp dari Emir. "Sibuk la Emir ni. Dia ingat aku gay ke duk wish gudmorning setiap pagi?" Gumamnya. Yang sebenarnya Emir hantarkan itu kerana dia tahu rakannya ini bukan morning person.

So, dia perli la tu. Ciss betul.

Sedang dia menaip, dia terkejut apabila terdengar bunyi seperti seseorang rebah dihadapannya. Dia berpaling ke arah itu. Terbeliak matanya melihat seorang wanita jatuh terduduk dengan bekas nasi lemaknya.

"Makcik!" Ashraf terus berlari dan menolong wanita itu. "Makcik tak apa-apa?" Puan Reyna panggung kepalanya. "Ashraf.."

Ashraf senyum lebar. "Mak.."

*:・゚✧*:・゚✧

ASHRAF perhatikan saja keadaan rumah Rania. Sedikit kecil dan agak kekampungan berbanding rumah mereka di Kuala Lumpur dahulu. Ashraf menghantar Puan Reyna pulang. Kerana itulah dia masih berada disini.

"Nah air Ash.." Ashraf senyum manis. "Terima kasih mak.." Puan Reyna senyum dan duduk dihadapan Ashraf.

Ashraf menghirup sekejap tea yang dibuat oleh Puan Reyna. Terpejam kejap matanya. "Wow. Masih sama dengan yang dulu." Puan Reyna terkekeh ketawa.

"Ni Ash.. mak lama tak nampak Ash datang jenguk hari tu. Seminggu juga kan Ash ke luar negara?" Tersentak Ashraf dibuatnya. Luar negara? Bila masa?

"Rania yang beritahu mak.. Ash tak datang seminggu tu sebab ada urusan luar negara.." Ashraf mengangguk. Faham la dia waktu itu adalah waktu dia memberi masa kepada Rania..

"Ha'ah Ash busy sikit.." Puan Reyna menggeleng.

"Takkan la busy sangat sampai tak jenguk kami? Pahang dengan KL tu dekat je Ash.. Ish kamu ni." Ashraf senyum kekok. Macam mana nak jenguk kalau Rania tak beritahu mak oii.

"Macam mana hubungan Ash dengan Rania? Taknak lanjutkan ke hubungan halal ke? Dah lama korang bercinta.. Masuk 5 tahun dah kan?" Ashraf garu kepala.

Haa sudah! Geram betul dengan Nia ni. Semuanya tak dicerita pada maknya ke?

"Err InsyaAllah. Ash tengah kumpul duit.." Alasan paling strategik la tu kan?

"Ermm cepat sikit. Nia tu dah lama tunggu Ash. Setiap masa mak mengintai dia dari luar bilik, mesti dia akan tatap muka Ash dalam bingkai dengan wajah sedih. Rindu sangat la tu pada kekasih dia.."

Ashraf terkedip-kedip. What? Rania rindu dia? Ohmy. Dia tergelak perlahan dan mengangguk. Rania masih tunggu dia..

"Ish budak ni! Ketawa pula dia.." Ashraf hanya senyum. Dia perhatikan sekeliling.

"Kenapa mak sekeluarga berpindah ke Pahang? Rania tak cerita dengan teliti pula pada Ash sebab tu Ash nak tahu dari mak.." Terus mati senyuman Puan Reyna.

"Ayah dapat kerja dekat sini.." Perlahan sahaja percakapannya. Ashraf mengangguk.

"Ayah dapat kerja apa dekat sini? Mesti kerja best kan sampai sanggup pindah ke Pahang." Puan Reyna mengetap bibir. Pasti anaknya tidak beritahu sedikit pun pasal ini kepada Ashraf.

Ashraf berkerut "Kena--"

"Boleh Ash percepatkan perkahwinan Ash dengan Nia?" Ashraf terkejut. Kenapa pula libatkan perkahwinan ni?

"Mak nak Nia bahagia.." Ashraf masih terkedip-kedip. Masih tidak faham dengan apa yang diberitahu Puan Reyna kepadanya. Rania tak bahagia ke selama ni?

"Ayah.. ayah selalu pukul dan dera Nia.." Terbeliak mata Ashraf. "What?!" Naik senoktah suaranya.

Puan Reyna mengangguk. "Ayah masuk kerja haram. Dia selalu berjudi dan tak cukup duit. Sebab itulah kami selalu jadi mangsa."

Ashraf mengepal tangan. Lelaki yang dia sangat agungkan itu mendera Rania?

"Kami fikir pekerjaan ayah tu halal apabila berpindah kesini. Rupanya dia makin liar dan selalu membuat pinjaman pada ahlong.."

"Ahlong? Ahlong datang kesini ke mak? Dia pukul Rania ke?" Puan Reyna panggung kepala ke arah Ashraf.

Dia mengangguk. "Tapi kebanyakannya ahlong gertak kami je.. yang banyak pukul Rania tu.. ayah dia sendiri."

"SHIT!" Ashraf terus bangun dari duduknya. Terkejut Puan Reyna melihat riak wajah Ashraf yang sedikit bengis. Tidak pernah Ashraf menayangkan riak sebegitu kerana Ashraf adalah seorang yang ceria.

"Tak guna.." Gumamnya perlahan namun didengari oleh Puan Reyna.

"Ahlong ada datang 5 hari lepas.. Dia minta duit dengan kami sebanyak 30k yang dipinjam oleh ayah Rania.. Tapi kami tiada duit.. Jadi, ahlong beritahu dia cuma bagi masa 2 minggu untuk Rania langsaikan hutangnya.."

Ashraf hanya memerhati riak wajah Puan Reyna yang makin sayu itu..

"...dan.. Ahlong cakap dia akan ambil Rania dan jadikan Rania sebagai pelacur kalau kami tak bayar penuh hujung minggu ni.."

"FUCK!" Ashraf terus menolak kerusi. Bergema bunyi kerusi itu jatuh. Puan Reyna memejam mata. Dia yakin pasti Ashraf akan mengamuk kalau tahu hal ini.

"Mana orang tua tu?" Puan Reyna meneguk liur kesat.

"Mana Malik tak guna tu mak?!"

"Ehh Ashraf. Lama tak nampak. Bila sampai?" Ashraf terus panggung kepala ke pintu. Dia mengepal tangan melihat senyuman lelaki tua itu.

TBC🤍
Berperang la Ash

Vote and comment❤️

ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]Where stories live. Discover now