THE PROTECTIVE MAFIA
Aryan turun dari motornya dan membiarkan motornya itu di tepi jalan dan dia terus mengejar Dylan dari belakang sambil tangannya mengeluarkan 2 bilah pisau dari jacketnya itu untuk dibaling ke arah Dylan
"Dylan.. Dylan.. Dylan... Mana kau nak lari ha? Kau ingatkan kau boleh terlepas dari aku?! Huhh tak semudah yang kau fikirkan Dylan"
Kata Aryan sambil ketawa.
"Aryan kau memang dah gila Aryan! KAU MEMANG DAH GILA!"
Dylan melangkah beberapa langkah ke belakang dari Aryan.
"Aku? Gila? Hahahaha kau nak tau siapa yang buat aku sampai jadi macam ni?! KAU! KAULAH ORANGNYA!"
Tengking Aryan.
"Aku? Aku dah banyak kali cakap kat kau Aryan yang aku langsung tak tau apa-apa pun tentang kes dulu tu! AKU LANGSUNG TAK TAU!"
Dylan balas kepada Aryan.
"AHH! AKU TAK PERCAYA! KAU DENGAN KELUARGA KAU SAMA! PEMBUNUH ORANG YANG TAK BERSALAH! KAU PATUT MATI DYLAN! KAU PATUT MATILAH SIAL!"
Aryan tengking lagi.
BANG! BANG! BANG!
Tiga das tembakan dilepaskan oleh pembantu Dylan pada Aryan di bahagian kaki dan lutut.
"Lari tuan! Kyle dengan Haiden pun ada kat sini! Biar saya uruskan diorang berdua"
Pembantu Dylan menghalang Kyle dan Haiden mendekati tuannya.
Dylan angguk dan terus berlari meninggalkan kawasan itu.
Dylan semakin lama semakin keletihan dan lemah akibat tikaman di bahagian pertunya itu semakin lama semakin banyak darah yang keluar. Dia ternampak sebuah kedai yang masih lagi buka pada malam itu dan dia duduk di belakang kedai itu.
Dylan tidak dapat menahannya lagi dan dia pengsan di belakang kedai itu.
11.30 MALAM
Seorang wanita keluar dari pintu belakang dan dia terkejut dan menjerit apabila ternampak tubuh seorang lelaki terbaring di belakang kedainya itu.
"ARGHHH!!"
Jerit wanita itu.
"Encik? Encik okay ke? Encik?"
Wanita itu bertanya.
Wanita itu perlahan-lahan melangkah ke arah Dylan dan terus terkejut apabila melihat banyak darah di baju dan tangan Dylan.
"Allahuakbar! Encik! Encik! Encik okay ke?"
Tanya wanita itu dengan nada suara risau.
Dylan tidak memberi sebarang respon padanya.
"Encik, saya bawak encik masuk dalam dulu ya, sekejap saya masuk nak panggil dua orang abang saya untuk angkat encik"
Wanita itu segera memanggil abangnya yang berada di dalam kedai itu.
"Abang Harith! Abang Hayqal! Tolong Hanna.. ada orang pengsan kat belakang kedai kita, baju dengan tangan dia ada banyak darah!" Hanna meminta tolong dari abang-abangnya.
"Haa?? kau biar betul?! Ehh kejap biar abang tengok"
Kedua-dua abangnya segera pergi ke pintu belakang kedai mereka.
"Ya Allah! weyh jom angkat dia bawak masuk dalam, kesian abang ni"
Kedua-dua mereka mengangkat Dylan dengan berhati-hati dan terus bawa Dylan masuk ke kedai dan meletakkan tubuh Dylan di katil dan mereka berdua segera merawat luka tikaman dan membersihkan darah yang terdapat di tubuh Dylan.
YOU ARE READING
THE PROTECTIVE MAFIA [EBOOK & BAKAL TERBIT]
Action⚠️SHORT STORY⚠️ THE PROTECTIVE MAFIA SINOPSIS **KARYA PERTAMA** Action & Romance -ARYAN FARAAZ- Seorang lelaki yang baran, tidak berhati perut dan pakar dalam senjata tajam iaitu pisau dan pedang. Sesiapa sahaja yang mencabar dia pasti dia akan memb...