CHAPTER 10

253 8 0
                                    

THE PROTECTIVE MAFIA

5 HARI BERLALU

Kesihatan Dylan semakin lama semakin pulih dan dia tidak terasa sakit lagi di bahagian tikaman itu

Semasa Hanna mengemas kedai seorang diri. Dylan menawarkan dirinya menolong Hanna untuk mengemas kedai disebabkan abang-abangnya tiada di kedai.

“Ehhh encik, tak apa lah biar saya seorang je yang buat kerja-kerja ni.. Encik pergi duduk kat kerusi tu”

Hanna menghalang Dylan membantunya.

“Tak nak lah, asyik kena duduk je saya bosan biar saya tolong awak ya.. awak dah banyak tolong saya masa saya tak sihat haritu, sekarang ni biar saya pulak yang balas baik budi awak”

Dylan memandang Hanna sambil tersenyum manis.

“Haiihh ye lah apa-apa je lah encik, tapi kalau encik sakit balik jangan cakap saya tak bagitau kat encik suruh rehat pulak ya!”

Hanna memberi amaran kepada Dylan.

“Ya saya tau, kesihatan saya dah baik sepenuhnya and one more thing just call me Dylan alright?”

Hanna mengangguk dan dia hanya tersenyum melihat Dylan yang dari tadi menolongnya mengangkat barang-barang yang berat di dalam kotak itu.

Hanna mengundur beberapa tapak sehingga dia hampir nak terjatuh disebabkan dia tidak perasan ada kotak di belakangnya itu.

Dylan yang sedang menyusun kotak – kotak itu ternampak Hanna yang hampir terjatuh itu dia  terus berlari ke arah Hanna dan dia menangkap Hanna yang terjatuh ke dakapannya.

Hanna yang memejam erat matanya perlahan-lahan dia membuka mata dan dia nampak Dylan yang memandang ke arahnya dengan tatapan mata yang lama.

Dylan berdehem.

“Awak? Awak okay?”

Dylan bertanya kepada Hanna.

Lama mereka berdua bertentangan mata sehingga Hanna tersedar Dylan menahannya dari terjatuh ke belakang.

Hanna segera berdiri dan meminta maaf kepada Dylan.

“Ehhh encik, saya mintak maaf sangat-sangat saya yang lalai tak tengok belakang tadi”

“It's just a small thing, are you okay?”

Dylan memandang Hanna

“Saya okay encik, terima kasih.”  

Pipi Hanna merah padam selepas bertentang mata dengan Dylan.

Hanna segera mengalihkan matanya ke tempat lain dan hatinya berdegup laju.

'Aduh kenapa ni? Tak kan aku suka dia kot? Eh, jauh betul fikiran aku ni melayang.'

Hanna sudah tidak tentu arah akibat kejadian tadi.

“Wait a minute! Are you blushing Hanna? Saya nampak pipi awak merah tadi”

Dylan bertanya kepada Hanna dengan tatapan matanya tepat ke arah muka Hanna.

“Ehh! ma..mana..a..da. Encik tu ya..ng sa.. salah ten..gok agaknya.”

Tergagap-gagap Hanna menjawab.

Dylan tidak menjawab ayat Hanna itu tapi matanya tidak lepas melihat mata Hanna dan dia menghampiri Hanna.

“You have a pair of beautiful eyes Hanna, and your blushing cheeks, I love to see them”

Dylan mengusik Hanna dan dia menghampiri Hanna sehingga Hanna tersandar ke dinding.

“En..encik sa.. ya ra.. sa sa.. ya nak sam.. bung ker.. ja saya seka.. rang bo.. boleh?”

Makin kuat gagap Hanna bila Dylan mengusiknya dari tadi.

“Boleh, silakan Hanna.. But I have a request and I hope you can fulfill my request.. hmm can ah?”

Dylan mengepung Hanna sehingga Hanna tidak dapat melarikan diri darinya.

Hanna memandang Dylan.

'Ya Allah dugaan apakah ini, tolong aku Ya Allah.'

“A.. a.. apa dia tu encik?”

Muka Hanna merah menyala sekarang.

“Let's finish this work first, after finish this work I will tell you my request”

Dylan mengenyitkan mata ke Hanna dan dia berundur daripada Hanna dan menyambung semula kerjanya.

Makin merah muka Hanna bila melihat Dylan mengenyitkan matanya ke arahnya itu.


THE PROTECTIVE MAFIA [EBOOK & BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now