THE PROTECTIVE MAFIA
-Last Chapter-
"AKU TAK KAN DIAM! LEPASKAN AKULAH"
Hanna melawan tengkingan Aryan.
Tanpa berkata apa Aryan terus menikam Hanna di bahagian perut dan dia menekan pisau itu dengan dalam sehingga Hanna tidak bernyawa.
"ARYAN!!!"
Tengking Dylan.
Aryan tersenyum melihat Hanna yang sudah tidak bernyawa di lantai itu. Pembantu Dylan tersedar dari pengsannya dan dia terkejut melihat Hanna yang sudah tidak bernyawa di lantai itu dengan darah yang banyak akibat tikaman. Dia perlahan-lahan bangun dan mengetuk Aryan menggunakan batu bata merah itu. Namun tidak kena pada Aryan.
Pembantu Dylan menarik Aryan ke dinding.
"Kau memang tak guna Aryan! Kau bunuh orang yang tak bersalah kenapa!"
Dia menengking Aryan dengan penuh perasaan marah.
"He deserve it! Biar tuan kau rasa macam mana aku rasa 26 tahun dulu!"
Aryan balas dalam keadaan lemah. Pembantu Dylan menumbuk Aryan sehingga Aryan tersungkur ke lantai. Bertubi-tubi dia menumbuk Aryan.
Dylan yang baru tiba di bilik itu terus melepaskan beberapa das tembakan ke Aryan.
"Allahuakbar tuan! Tuan okay ke?"
Pembantunya terus berlari ke arah Dylan. Dylan tidak menjawab pertanyaan pembantunya. Matanya melihat tubuh isterinya yang terbaring tidak bernyawa akibat tikaman Aryan.
Little dove? Little dove abang mintak maaf! I failed to protect you from Aryan, I'm sorry"
Dylan memeluk tubuh isterinya itu. Seluruh tubuh badannya menggigil dan dia menangis teresak-esak melihat isterinya yang sudah tidak bernyawa itu.
"Tuan, Saya mintak maaf saya gagal lindungi Puan Hanna dari Encik Aryan"
Pembantunya mengelap air mata yang jatuh dari matanya dan dia pergi ke arah Dylan.
"Kau tak salah, aku yang salah! Aku yang bagi dia pergi kerja! Aku tak lindungi dia sampai Aryan dapat culik dia dan bunuh dia! AKU YANG SALAH!"
Dylan menyalahkan dirinya dan semakin kuat dia memeluk tubuh isterinya itu.
"Tuan janganlah cakap macam tu, saya faham perasaan tuan sekarang tapi tuan tak boleh nak salahkan diri tuan sampai macam ni.. Sabar ya tuan"
Pembantu Dylan menenangkan tuannya.
"Tuan, jom kita keluar dari tempat ni. Saya risau nanti ada orang nampak kita kat sini."
Dylan mengangguk dan menuruti kata-kata pembantunya itu. Dia membantu Dylan bangun perlahan-lahan kerana kecederaan tikaman di bahagian kaki Dylan masih terasa sakit. Dylan memeluk tubuh isterinya yang berada di dakapannya itu dan mereka berlalu pergi meninggalkan mayat Aryan di situ.
-Tamat-
Membalas dendam tidak akan membawa kebahagiaan, tapi memaafkan akan memberi kedamaian.
Orchid Farhana
YOU ARE READING
THE PROTECTIVE MAFIA [EBOOK & BAKAL TERBIT]
Ação⚠️SHORT STORY⚠️ THE PROTECTIVE MAFIA SINOPSIS **KARYA PERTAMA** Action & Romance -ARYAN FARAAZ- Seorang lelaki yang baran, tidak berhati perut dan pakar dalam senjata tajam iaitu pisau dan pedang. Sesiapa sahaja yang mencabar dia pasti dia akan memb...