CHAPTER 9

240 9 0
                                    

THE PROTECTIVE MAFIA

Okay dah siap! haihh kesian abang ni seorang-seorang kat luar dengan bajunya penuh darah.. dari mana lah abang ni datang agaknya ehh?” 

Harith melihat Dylan yang masih belum sedarkan diri itu.

“Ehh kau ni! tanya aku pulak mana lah aku tau”

Hayqal memandang Harith dengan pandangan tiak berpuas hati.

“Aku tak tanya kau setan, eh dia ni ada jugak aku tibai jap lagi ni kang!”

Harith menjeling Hayqal.

“Ishhh! abang Harith dengan abang Hayqal ni kan tak boleh ke kalau sehari tak gaduh? pening tau adik tengok”

Hanna memandang mereka sambil mencekak pinggang tanda marah pada mereka berdua.

“Aikk? Abang Hayqal kau tu yang cari gaduh, apa pasal pulak abang Harith pulak yang kena?” Harith memandang Hanna.

“Aku? Eh kau ni lebih-lebih pulak!”

Hayqal menyinsing lengan baju dek kerana geram oleh Harith.

“Hey! Dah lah tu! Tak kesian ke kat abang ni?”

Hanna memandang mereka sambil tangannya menunjuk kearah  tubuh Dylan yang masih belum sedarkan diri itu. 

Mereka berdua terdiam dan mereka mengeluh.

“Arghhhh... aku kat mana ni?” 

Dylan sedar dari pengsannya.

Mereka bertiga terkejut apabila mendengar suara Dylan di belakang.

“Ehhh encik..Encik dah sedar? Encik okay?”

Hanna bertanya kepada Dylan dengan nada suara yang agak risau.

“Saya okay, saya kat mana sekarang ni? Awak bertiga ni siapa? Macam mana saya boleh ada kat sini?” 

Dylan memandang mereka bertiga dengan penuh tanda tanya.

“Encik selamat kat sini sekarang. Saya Harith Danish boleh panggil saya Harith. Yang ini pulak Hayqal Faris boleh panggil Hayqal adik saya nombor 2 dan yang perempuan tu adik bongsu saya Hanna Zeannisa boleh panggil Hanna. Tadi masa adik saya Hanna nak tutup pintu belakang kedai tadi dia ternampak awak pengsan dekat belakang kedai. Adik saya tengok baju dengan tangan awak penuh dengan darah..tu yang dia terus panggil saya dengan Hayqal suruh bawak awak masuk kedai ni.”

Panjang lebar Harith menceritakan hal yang terjadi kepada Dylan.

“Ohhh terima kasih Harith, Hayqal & Hanna.. kalau awak bertiga tak ada kat situ tadi mungkin saya dah mati.”

Dylan memandang mereka dan dia mengeluh.

“Ehhh encik! janganlah cakap macam tu, apa yang paling penting encik selamat dengan kami” Hayqal senyum kearah Dylan.

“Hmm..ye lah, oh ya sebelum saya lupa, nama saya Dylan Hareez boleh panggil Dylan.”

Dylan memperkenalkan dirinya kepada mereka bertiga.

“Ehh kejap awak Dylan yang dulu kecoh kat berita pasal kes keluarga awak langar lari keluarga kawan baik awak sendiri tu kan? Setahu saya sekarang awak ketua mafia kan? Betul tak?” Harith bertanya kepada Dylan.

“Ya, saya ketua mafia.. tapi untuk kes tu saya memang tak tau apa-apa punca dan sebab kenapa keluarga saya langgar keluarga kawan saya dulu”

Balas Dylan.

“Ouhhh ye ke, Encik Dylan kalau saya nak tanya pasal darah yang banyak keluar dekat perut encik tu sebab apa ya?”

Hayqal memandang Dylan dengan penuh tanda tanya.

“Ouh, darah tu sebab saya kena tikam dengan kawan saya yang keluarganya kena langgar lari dengan keluarga saya dulu tu.. Dia dendam dengan saya dari dulu sampai sekarang.. Sebab tu kami berdua dah tak berkawan, saya dah banyak kali bagitau dia yang saya tak tau apa-apa pun pasal kes tu tapi dia tak nak dengar, dia ada sekali cuba nak bunuh saya dulu, tapi tak dapat sekarang ni dia nak balas balik dendam dia tu sampai saya hampir terbunuh disebabkan dia”

Dylan menjawab pertanyaan Hayqal.

“Kesian encik, tak apalah encik rehat dulu kat sini.. Kalau encik nak apa-apa kami bertiga ada kat luar ya encik?”

Hanna memandang Dylan dengan wajahnya tersenyum.

“Baiklah, terima kasih semua”

Dylan membalas senyuman mereka bertiga.

THE PROTECTIVE MAFIA [EBOOK & BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now