♮❦⤜✵⤞❈◢◤⤥⤠☙◢◣❧⤟⤦◥◣❈⤟✵⤛❦♮
Semenjak Arymla sudah berpindah dari gereja mereka yang lama itu, Arymla berasa segan untuk memulakan perbicaraan dengan orang lain kerana Arymla ini adalah seorang yang pemalu..(biasalah..anak-anak introvert memang macam tu pun~ xixixi) Oleh sebab itu, Arymla sanggup mendiamkan diri sambil mendengar perbualan mereka.
Di sebalik perasaan malunya itu, dia ternampak seorang jejaka tampan di atas pentas sambil bernyanyi dengan sepenuh hati, jiwa dan raganya..suaranya sungguh merdu untuk didengari dan disitulah dimana dia mula menyukai jejaka tampan itu..
Setiap hari Jumaat, gereja Arymla sering melakukan latihan untuk hari Ahad namun kali ini, hari dan tarikh latihan mereka ditukar pada hari Sabtu kerana ramai ahli-ahli puji dan sembah yang lain tidak dapat turun untuk pergi berlatih akibat pekerjaan mereka.
Hal seperti ini malah membuat Arymla berasa kecewa kerana dia tidak dapat melihat lelaki tampan itu yang telah menambat hatinya..namun, dia berfikir positif bahawa mungkin ahli-ahli PPS (Pelayanan Puji Sembah) kali ini, sibuk sangat sampai mereka terpaksa menundakan hari latihan itu pada hari Sabtu.
Setelah hari Sabtunya tiba, Arymla dan ibunya telah dihantar ke gereja untuk pergi berlatih..ibunya juga merupakan seorang penyanyi latar dan worship leader sama seperti jejaka tampan itu..tetapi kali ini, lelaki itulah yang akan menjadi worship leader manakala Arymla pula menari dengan teamnya itu..
♮❦⤜✵⤞❈◢◤⤥⤠☙◢◣❧⤟⤦◥◣❈⤟✵⤛❦♮
Tahun demi tahun, perasaan suka itu mula berubah kepada perasaan cinta kerana Arymla tidak berjaya untuk melupakan jejaka tampan itu..hari demi hari, fikirannya dipenuhi dengan rupa paras lelaki itu..dia tidak dapat menghentikan hatinya itu daripada jatuh cinta dengan lelaki itu..
Dia berasa sedih juga kerana tidak dapat tinggal di bandar yang sama untuk tempoh yang lama lagi kerana dia akan pergi ke luar negara untuk menyambung pelajarannya di sana selama 4 tahun..Oleh itu, dia pun pergi meninggalkan tanah airnya dan keluarganya itu ke luar negara, iaitu di Gwangju, Korea.
Ramai juga kawan-kawannya yang rindu akan Arymla di gerejanya dan di kawasan perumahannya..tetapi tidak dengan lelaki itu..lelaki itu hanya seolah-olah seperti membiarkan saja dan tidak bertanyakan khabar langsung pun..
Walaupun begitu, kawan-kawannya juga sering menghantar gambar jejaka tampan itu secara senyap-senyap kerana mereka tahu yang Arymla ini suka akan lelaki itu dan jika mereka diketahui oleh lelaki itu yang mereka telah menangkap gambarnya, memang habislah mereka..
Arymla pula hanya mampu tersenyum apabila melihat mesej yang telah dihantar oleh sahabatnya itu..dia juga berterima kasih kepada mereka kerana sanggup menangkap gambarnya itu..Arymla juga telah menjadikan gambar itu sebagai wallpaper dalam telefonnya..
Hatinya mula bergejolak dengan laju apabila Arymla menatap skrin telefonnya itu sambil tersenyum malu..ramai juga yang bertanya akan lelaki itu tetapi Arymla hanya menjawabnya dengan..
"이예 남자는..그는 단지 내 친구입니다.." (lelaki ini..lelaki ini hanyalah kawan kepada saya)
Dan kawannya itu pun hanya menganggukkan kepalanya sambil berkata,
"근데..이예 남자는..이름은 뭐예요?" (Tapi..siapakah nama lelaki itu?)
Arymla pula menyaut dengan sopannya,
"음..그의 이름은..미카엘이예요.." (erm..nama dia ialah Mikael..)
"오오 그래?? 흠..이예 남자는 너무 잘 생겼다..와.." (ohh yeke?? Hmm..lelaki ini sangat hensemlah..wah..)
"맞아요~ 하하하..진짜 너무 잘 생겼다..후후후.." (betul~ hahaha..sangat-sangat hensem..huhuhu..)
Setelah mereka berdua berbual-bual dengan rancaknya, mereka berdua pun pergi ke kelas masing-masing untuk belajar pada hari pertama dalam sebuah universiti yang terkenal di Korea. Mula-mulanya memanglah agak sukar bagi Arymla kerana dia tidak terbiasa bercakap dalam bahasa Korea..dia terbiasa berbicara dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa ibundanya sendiri di tanah airnya..tetapi dia juga bernasib baik kerana dia mempunyai saudarinya di sana dan dia tinggal bersamanya sambil belajar bahasa Korea dengan saudarinya itu.
Makin hari makin dalam perasaan cintanya terhadap jejaka tampan itu..dia bernasib baik kerana gerak-gerinya yang tidak dapat nak ditangkap sehingga mampu membuat orang ramai termasuk lelaki itu pun tidak perasan akannya..namun, dia berasa senang hati kerana lelaki itu tidak mengetahui apapun mengenai perasaannya itu..
Walaupun dia tidak banyak bertingkah, hatinya masih terikat dengan lelaki tampan itu..dia tidak ingin bersama dengan lelaki lain kalau bukan dengan jejaka tampan itu..dia hanya mampu sayangkan lelaki itu dalam diam-diam sahaja..dia tidak mahu memberitahu perasaannya kepada lelaki itu kerana dia takut kalau lelaki itu menolak perasaannya dengan begitu sahaja..
Kini, saudarinya juga tahu tentang lelaki itu kerana dia juga pernah beribadah di gereja yang sama dengan Arymla dan dia juga tahu bahawa Arymla menyukai jejaka tampan itu jadi dia pun memberi segala info-info mengenai lelaki itu..hal ini membuat Arymla berasa senang kerana saudarinya juga sanggup menolongnya..
Arymla berasa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dia mempunyai kawan-kawan dan saudari yang sanggup menolongnya dalam keadaan apapun yang berlaku di antara mereka..Dia berasa sangat gembira kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja demi menghiburkan hatinya..
Arymla juga turut melakukan perkara yang sama kepada mereka dengan menghantar gambar-gambar yang menarik yang dipenuhi dengan tempat-tempat yang menarik di Gwangju. Adakalanya juga dia sering menghantar gambar-gambar lelaki yang lain kepada mereka untuk mengusik sahabat-sahabatnya itu..
Kadang-kadang, mereka akan membuat panggilan video secara senyap-senyap demi memaparkan rupa lelaki tampan itu..hal ini membuat hati Arymla berasa gembira sekali lagi kerana dapat melihat rupa paras jejaka tampan itu lagi..dia tidak mengalihkan matanya ke arah lain kalau bukan ke arahnya..hatinya juga bedegup dengan kencang akibat menatap rupa lelaki itu terlalu lama sehingga fokusnya terhadap pembelajarannya teralih kepada lelaki itu tapi dia cepat-cepat mengawal dirinya daripada menyukai lelaki itu lebih dalam lagi dengan mematikan panggilan video itu..
Dia juga berasa bersalah dan berdosa pada masa yang sama kerana menyukai lelaki yang lebih tua darinya..dia juga terfikir kalau lelaki itu sudah berpunya jadi dia merancangkan untuk melupakan perasaannya terhadap jejaka tampan itu buat selama-lamanya..
♮❦⤜✵⤞❈◢◤⤥⤠☙◢◣❧⤟⤦◥◣❈⤟✵⤛❦♮
Baiklah, sampai di sini sahaja dulu yah~ hmm..rasa-rasa nye en, Arymla berjaya tak dlm menafikan perasaannya terhadap Mikael?? Hmm..kita tunggu chapter seterusnya~ hehe..oh ya x ya, jan lupa vote cerita ini juga yerr~!! xixixi
YOU ARE READING
𝔒𝔲𝔯 𝔉𝔞𝔱𝔢
RomanceSemuanya bermula dari seorang penari rebana yang telah terjatuh hati apabila melihat seorang pemimpin puji sembah yang segak di gerejanya... Setiap kali mereka berjumpa dan berbual bersama, hatinya tidak dapat berhenti berdegup kencang dan hampir sa...