♮❦⤜✵⤞❈◢◤⤥⤠☙◢◣❧⤟⤦◥◣❈⤟✵⤛❦♮
Walaupun banyak sekali isu-isu yang telah berlaku di sekitarnya, Arymla tetap bersabar dan tabah serta memohon kepada Tuhan agar Dia menyertainya dalam segala hal..dia serahkan segalanya ke dalam tangan Tuhan dan dia berharap agar Tuhan dapat menolongnya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya..
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•Genap 4 tahun telah berlalu, kini Arymla pun telah kembali dari Korea dengan selamat dan dia juga dijemput oleh ibu bapanya dari airport. Mereka berasa sangat gembira kerana anak tunggal perempuan mereka telah pun kembali lagi bersama mereka dan Arymla juga telah berjaya mendapat ijazah di sana..dia juga dapat memohon pekerjaannya sebagai seorang doktor di sebuah hospital terkenal di Asia Tenggara.
Ibu bapanya sanggup membelikannya rumah di kawasan pasar raya supaya dia mudah pergi bekerja pada waktu yang tepat. Dia berasa sangat bersyukur dan teruja kerana dia mempunyai sebuah rumah yang lumayan mewahnya..
Arymla tidak dapat berkata apa-apa pun kerana rumah yang dibeli oleh ibu bapanya ini amatlah besar dan cantik sekali baginya..
"Wahh..besar betullah rumah ni, Apak, Amak..paduhal saya seorang saja yang akan tinggal sini nanti, haa..", kata Arymla kepada kedua-dua orang tuanya sambil tersenyum manis ke arah mereka berdua..
"Alahh, tak apa pun..nanti ada masa kami datang melawat kamu~", sahut ayahnya..
"Yup, betul tu..kami akan datang bila kami ada masa kelak~ jaga diri baik-baik tau?? Jangan nakal-nakal eh??", jawab ibunya pula..
"Hmm..baiklah amak, apak~ jangan risau lah yee~ saya boleh jaga diri sendiri nih haa", sahutnya dengan sopan sambil tersenyum manis ke arah ibu bapanya..
Seusai sahaja mereka memindahkan beg dan bagasi milik Arymla ke biliknya, mereka berdua pun terus pulang ke rumah kerana mereka juga ada temu janji dengan kawan lama mereka itu, iaitu dengan Encik Éfraim Lukas dan isterinya, Elizabeth Luna Elijah.
Isteri kepada Encik Éfraim:~
YOU ARE READING
𝔒𝔲𝔯 𝔉𝔞𝔱𝔢
RomantiekSemuanya bermula dari seorang penari rebana yang telah terjatuh hati apabila melihat seorang pemimpin puji sembah yang segak di gerejanya... Setiap kali mereka berjumpa dan berbual bersama, hatinya tidak dapat berhenti berdegup kencang dan hampir sa...