♮❦⤜✵⤞❈◢◤⤥⤠☙◢◣❧⤟⤦◥◣❈⤟✵⤛❦♮
Hari ini adalah hari di mana mereka berdua bakal bertolak di pagi hari untuk pergi berbulan madu di Paris. Kedua-duanya juga saling memakai pakaian yang sama warnanya ketika mereka sudah bersiap lalu keluar dari bilik masing-masing.
(inilah pakaian matching kamu berdua~ hoho lawa en?? muehehe-)
"Widihhh, isteri aku ni cantik juga yah~", kata Mikael sambil merangkul pinggang Arymla dengan lembut.
"Ehh- ape ni?? Main pegang-pegang pula ni?? Lepasin gak??", sahut isterinya pula.
"Kalau abang taknak lepas macam mana, hm??", katanya lagi sambil memegang tangan isterinya itu lalu dibawanya ke bawah dengan laju.
"E-eh perlahan-lahanlah..bukannya flight kita tu terbang awal pun adoiyaii..", keluh isterinya dengan pasrah sambil berjalan ke bawah bersama suaminya itu.
"Lagi awal kita sampai di airport, lagi cepatlah barangan kita diurus di sana nanti, faham??", sahut suaminya sambil membawa isterinya dan beg-beg bagasi mereka berdua ke dalam kereta.
"Aishh dia ni lah- eyy..dasar orang yang tidak tahu sabar..", kata isterinya lagi sambil mendengus geram dengan perlahan.
Mikael hanya menertawakan ulah isterinya dan sesudah dia menghidupkan enjin keretanya itu, dia pun lalu pergi ke airport untuk menghantar beg-beg mereka ke sana untuk disemak oleh para penjaga airport itu. Seusainya penyemakan beg-beg itu, mereka diminta untuk menunggu di dalam ruangan menunggu bagi semua penumpang kapal terbang dan mereka pun baru saja masuk ke dalam tanpa banyak basa-basi.
Namun, mereka berdua terdengar suara yang amatlah dikenali dan dibenci oleh mereka berdua, iaitu Rannie. Dia memanggil nama mereka berdua dari jauh lalu dia pun menyusul pasangan suami isteri itu.
"Wahh, dah kahwin eh korang berdua??", katanya sambil tersenyum sinis. Arymla yang berasa tidak sedap hati ini pun mula mengundurkan diri ke belakang sedikit sambil memegang jari suaminya itu dengan lembut.
"Terang-terangan kami berdua sudah pun mempunyai cincin yang sama dan sepasang.", sahut Mikael sambil memegang tangan isterinya itu lalu dia pun mengangkat tangan mereka berdua ke atas lalu menunjukkan cincin itu kepada bekas kekasihnya itu.
"Ohh, congratulations for you two. But don't be too happy after this, hm??", katanya lagi sambil tersenyum senget seolah-olah dia mempunyai rancangan yang jahat untuk menghancurkan hubungan mereka.
Arymla pula hanya mendiamkan diri sambil merakam suara perempuan ular itu dengan sepenuhnya tanpa diketahui oleh siapa-siapa pun yang berada dekat dengan mereka. Semuanya bermula dengan baik-baik sahaja namun setelah Rannie muncul, keadaan dan suasana mereka menjadi tidak berapa bagus.
YOU ARE READING
𝔒𝔲𝔯 𝔉𝔞𝔱𝔢
Любовные романыSemuanya bermula dari seorang penari rebana yang telah terjatuh hati apabila melihat seorang pemimpin puji sembah yang segak di gerejanya... Setiap kali mereka berjumpa dan berbual bersama, hatinya tidak dapat berhenti berdegup kencang dan hampir sa...