♮❦⤜✵⤞❈◢◤⤥⤠☙◢◣❧⤟⤦◥◣❈⤟✵⤛❦♮
Setelah beberapa jam kemudian, mereka pun telah sampai di Paris dan mereka juga dihantar ke homestay mereka yang berdekatan dengan Eiffel Tower oleh teksi itu. Namun, suasana mereka berdua mula berubah kerana Arymla tidak mengeluarkan suaranya langsung pun. Mikael mula merasa takut akan isterinya itu kerana dia tahu bahawa kalau orang itu jenisnya memang pendiam, jadi amarahnya itu pun tidak dapat dikawal.
Segala pertanyaannya itu semua disahutnya dengan 'hm' lah.. 'ya' lah.. 'oh' lah.. dan 'k' lagilah parah..Mikael mula berasa tidak sedap hati lalu dia pun terus berdoa kepada Tuhan kalau-kalau dia ada tersalah cakap semasa berada di dalam penerbangan tadi atau pun di mana-mana sahaja yang mereka berdua berada. Dan dia ada mendengar bisikan yang lembut di hatinya itu yang berkata..
"Dia telah pun mendengar perkataan-perkataan engkau yang telah mengatakan bahawa engkau mungkin akan kembali bersama dengan Rannie jikalau kamu tidak sayang akan isterimu..", kata bisikan itu dan disitulah dia mulai sedar akan kesalahannya itu. Dia pun cepat-cepat pergi ke arah isterinya itu lalu memeluknya dari belakang sambil mengucapkan perkataan 'maaf' itu berkali-kali namun Arymla hanya mendiamkan dirinya saja sambil meleraikan pelukan itu lalu ia pun masuk ke dalam bilik mandi itu lalu mandi selama 5 minit sahaja..Mikael pula berasa bingung akan sifat isterinya yang dingin seperti peti ais itu. Mikael terus mula mencari jalan penyelesaian yang baik sementara isterinya masih mandi.
Seusainya Arymla mandi, dia terus mengenakan pakaian tidurnya itu lalu mengeluarkan telefonnya itu lalu bermesej dengan saudara lelakinya itu secara diam-diam..dia menyuruhnya untuk mencari info mengenai bekas kekasih kepada suaminya itu, Rannie. Dia tidak ingin perempuan ular itu mendekati suaminya mahu pun keluarganya juga. Arymla juga enggan memaafkan suaminya itu kerana perkataannya itu yang telah menyakitkan hatinya dengan begitu sahaja. Mukanya yang tegang dan perasaan marahnya itu juga boleh dikesan dari wajahnya itu dengan mudah.
Mikael juga berkali-kali telah meminta maaf dengan isterinya itu namun isterinya malah memberinya 'silent treatment' kerana isterinya juga tidak suka berbicara jika ia sedang marah, contohnya seperti keadaan mereka berdua sekarang. Mikael juga baru tahu bahawa isterinya itu seorang yang sensitif jadi dia perlu berhati-hati dengan perkataannya buat sepanjang masa.
"Sayang, sampai bila awak nak stay silent ni?? Tolonglah maafkan abang ni, hm?? Bukannya abang sengaja-.", perkataannya dipotong laju oleh Arymla..
"Tak sengaja?? Tak sengaja kau cakap?! Ohh..jadi perkataan yang keluar dari mulut kau tu semuanya dusta ke ape?? Hmm..I guess its not a lie. I can sense that you aren't over her yet. Dah tau yang kau tu tak dapat nak move on, KENAPA KAU TERIMA PERKAHWINAN NI?! KAN KAU BOLEH JE CAKAP YANG KAU BELUM READ-", bibirnya terus dibungkam oleh suaminya itu dengan cara menciumnya dengan rakus dan kasar..
"Mmh, ur lips tastes so sweet~", Mikael terus melepaskan tautan bibir mereka manakala isterinya malah memberinya jelingan maut dari tepi..
"Okay, I'm sorry hm?? I didn't really mean it. I'm terribly sorry for it..please forgive me??", tanya Mikael dengan lembut namun Arymla menolaknya ke tepi dengan kasar sehingga Mikael terjatuh atas katil dan Arymla pun berlalu pergi dari situ dan dia melangkah ke arah sofa itu dan dia terus baring di situ.
"Whatever. Lepas ni, jangan nak dekatkan diri kau tu dengan aku. Aku taknak kau sentuh aku lagi lepas ni.", sahut isterinya dengan nada yang kasar kerana dia masih berasa marah dan cemburu juga namun, perasaan marahnya itu melebihi perasaan cemburunya itu jadi ia agak susah untuk dihilangkan..Mikael pula hanya mampu mengeluh dengan perlahan kerana dia juga turut bersalah dalam hal ini. Dia pun mula berdoa kepada Tuhan agar Dia dapat meredamkan amarah isterinya terhadap Mikael.
YOU ARE READING
𝔒𝔲𝔯 𝔉𝔞𝔱𝔢
RomanceSemuanya bermula dari seorang penari rebana yang telah terjatuh hati apabila melihat seorang pemimpin puji sembah yang segak di gerejanya... Setiap kali mereka berjumpa dan berbual bersama, hatinya tidak dapat berhenti berdegup kencang dan hampir sa...