CODE || BAB 9:

2.6K 174 9
                                    

"𝑺𝒆𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒇𝒆𝒕𝒕𝒐 𝒑𝒓𝒐𝒑𝒓𝒊𝒐 𝒄𝒐𝒏𝒆 𝒔𝒆𝒊. 𝑵𝒐𝒏 𝒑𝒓𝒆𝒐𝒄𝒄𝒖𝒑𝒂𝒓𝒕𝒊 𝒔𝒆 𝒏𝒐𝒏 𝒈𝒍𝒊 𝒑𝒊𝒂𝒄𝒊, 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒉𝒆́ 𝒑𝒖𝒐𝒊 𝒑𝒊𝒂𝒄𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒂 𝒎𝒆(𝒀𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒑𝒆𝒓𝒇𝒆𝒄𝒕 𝒋𝒖𝒔𝒕 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒘𝒂𝒚 𝒚𝒐𝒖'𝒓𝒆. 𝑫𝒐𝒏𝒕 𝒘𝒐𝒓𝒓𝒚 𝒊𝒇 𝒕𝒉𝒆𝒚 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝒃𝒆𝒄𝒂𝒖𝒔𝒆 𝑰 𝒄𝒂𝒏 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒚𝒐𝒖)."
***

"Kau dah ready ke?" Latte itu dihirup perlahan. Jejaka itu direnung dalam, dia masih tenang membaca buku tanpa sebarang gangguan.

"Hazriel, kau dengar tak apa yang Kris tanya?" kini giliran Sky pula yang bertanya, pandangan mereka masih kepada jejaka itu.

Buku diturunkan sehingga paras matanya sahaja. Wajah kedua kawannya direnung dalam.

"Ready." sepatah sahaja dia menjawab. Buku ditutup dan diletakkan ke atas meja. Cappuccino dihirup lembut sebelum pandangan dihalakan ke arah Kris dan juga Sky.

"Kau tak nervous?" soal Sky lagi dan itu membuatkan Hazriel ingin tersenyum. Wajah jejaka itu direnung lama.

"Kita dah buat banyak misi bahaya kan? Macam tak biasa, tarung kan nyawa semua. Relaks, trust his plan." tenang sahaja dia berbicara.

Kris tersenyum begitu juga Sky. Jejaka itu terlalu tenang dalam apa pun. Sedangkan mereka? Sedang bergelut dengan minda sendiri.

"Haz, dia datang..." senyuman nakal diukirkan buat jejaka itu. Hazriel mengangkat keningnya tinggi. Sky yang tahu tentang perkara itu terus memandang dengan pandangan ingin mengusik.

"Terima kasih Nayla!!" senyuman diberikan buat gadis itu. Nayla memandang ke arah Sky bersama senyuman.

"Sama-sama..." pandangan dihalakan ke arah Hazriel sebelum beredar. Kris merenung pemergian Nayla dengan senyuman.

"Aku suka kalau Nayla jadi isteri kau." ucap Kris dengan selamba. Hazriel merenung Kris lama sebelum matanya menangkap satu kertas kecil yang berada dibawah roti Croissant miliknya. Kertas kecil yang sama seperti beberapa hari lepas.

Hai encik Haz,

I've heard that you have to do a mission. I just want to say that, take care, protect yourself, and goodluck for your mission. Even I didn't know what is your job actually, but I hope you're doing well, my hero. I'll pray for your safety. And, I can't wait to be your real roses.

NM

Buku diangkat tinggi untuk menyembunyikan senyuman kecilnya. Pandangan dihalakan ke arah gadis itu.

Nayla Marissa, gadis yang berani untuk mendekati dirinya. Gadis yang sedaya upaya menunjukkan usaha demi menjadi bunga mawar dalam hidupnya.

Kris memandang Hazriel dengan keliru sebelum pandangannya juga dihalakan ke arah Nayla. Senyuman terukir, meja diketuk beberapa kali.

"Oi, pandang apa?" soalnya dengan nada mengusik. Hazriel mengalihkan pandangannya ke arah Kris.

"Pandang cik Nayla ke tu?" soal Sky pula. Keningnya diangkat beberapa kali, bersama senyuman mengusik yang terukir.

"Jangan nak mengada, aku pandang gambar belakang dia bukan dia. Remember, I'm not interested into this boring scenario." ujarnya dengan tidak bernada dan itu membuatkan Kris dan juga Sky meletus kan gelak kecil mereka.

"Dah?" soal Hazriel perlahan dan dibalas dengan anggukan. Seperti biasa, kerusi disusun semula seperti mana susunannya sebelum ini.

Kaunter bayaran dituju, kad dikeluarkan. Pandangan dihalakan ke arah mata gadis itu. "How much?" soalnya lembut dan perlahan.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now