CODE || BAB 23:

2.4K 158 12
                                    

"𝑪𝒉𝒊? 𝑴𝒆? 𝑶𝒉 𝒄𝒂𝒗𝒐𝒍𝒐, 𝒐𝒇𝒄 𝒕𝒆𝒔𝒐𝒓𝒐. 𝑺𝒆𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒑𝒓𝒆 𝒊𝒍 𝒎𝒊𝒐 𝒑𝒓𝒆𝒇𝒆𝒓𝒊𝒕𝒐, 𝒏𝒐𝒏 𝒆̀ 𝒗𝒆𝒓𝒐? ( 𝑾𝒉𝒐? 𝑴𝒆? 𝑶𝒉 𝒅𝒂𝒎𝒏, 𝒐𝒇𝒄 𝒅𝒂𝒓𝒍𝒊𝒏𝒈. 𝒀𝒐𝒖 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔 𝒃𝒆 𝒎𝒚 𝒇𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆, 𝒊𝒔𝒏'𝒕 𝒊𝒕?)"

***
Iphone miliknya ditilik beberapa kali namun notifikasi yang ditunggu- tunggu masih tidak muncul. Satu keluhan kecil dilepaskan, telefonnya dibaling ketepi katil. Pandangannya dihalakan pada beranda bilik, rindu yang berada didalam hati tidak dapat dibendung lagi. Semakin dia tahan, semakin rindu itu membukit.

Telefonnya diambil, aplikasi Whatsapp dibuka lalu chat jejaka itu ditekan namun tiada sebarang pesanan daripada jejaka itu untuk dirinya. Bibirnya dicebikkan ke hadapan, ingin merajuk dengan encik tunang kesayangan.

"Takkan satu teks pun taknak hantar? Katalah i love you ke...I miss you ke...Ni kosong!" omelnya sendiri. Bantal peluk yang berada disisi katil diambil dan dipukul-pukul dengan geram. Rasa ingin gigit sahaja bantal peluk ini tapi niatnya terbatal disaat dia sedar yang dia sedang puasa ganti.

Jam yang berada didinding dicerlung dengan menggunakan ekor mata. Jarum panjang yang hampir menginjak ke pukul 7 membuatkan dia semakin mencebik. Telefonnya diambil namun hampa disaat tiada langsung notifikasi dari jejaka itu.

"Eee, dah nak berbuka dah tapi dia tak chat pu-"

Kata-katanya terhenti disaat notifikasi jejaka tu melewati ke gegendang telinga. Pantas kepala dipusingkan menghadap telefonnya. Iphone itu diambil, aplikasi whatsapp dibuka dan notifikasi jejaka itu ditekan dengan senyuman girang yang disembunyikan.

Haz sayang:
Siap, Haz bawa Nayla keluar berbuka.

Senyuman nakal terukir, inilah masanya untuk dia membalas dendam. Chat Haz dibiarkan buat beberapa minit sebelum telefonnya mendapat pesanan dari jejaka itu lagi.

Haz sayang:
Sayang?
Sayang, you already read my chat but you dont replied?
Sa...yang
Sayang, are you okay?
aaaa sayang, janganlah macam ni
janganlah read je

Semakin lebar senyumannya apabila jejaka itu gelabah apabila dia tidak membalas pesanan yang diberi. Dalam sedang menyiapkan diri, wajahnya yang mencebik sedari tadi terus terukirnya senyuman. Wajahnya yang memerah akibat panggilan sayang yang diberikan oleh jejeka itu membuatkan dia semakin angau.

'Sayang...'dia mengulangi nama panggilan yang dipanggil oleh jejaka itu, terus senyuman lebar terukir dan itu membuatkan Nayla mula membahang muka. Langkah terus diaturkan ke ruang tamu.

"Pergi mana tu?"

Nayla terus memandang ke arah Ammara yang sedang menonton drama korea kesukaannya.

"Berbuka"

"Dengan siapa?"

"Encik tunang..."

Senyuman diberikan pada gadis itu sebelum langkah diaturkan pergi. Pintu pagar dibuka dan tembok kecil yang berada disisi rumah dijadikan sebagai tempat duduk. Dari kejauhan telah kelihatan kereta Bugatti hitam milik Hazriel memasuki lorong perumahannya.

Nayla Marissa p.o.v :

Pintu kereta aku buka dengan sendiri, saja mahu menunjukkan yang diriku ini sedang merajuk. Pintu kereta ditutup rapat, Hazriel yang sedang mengorak langkah ke arah tempat pemandu dengan wajahnya yang bingung serta pelik membuatkan aku ingin meletuskan tawa.

"Sayang..."

Lembut sahaja suaranya memanggil nama sayang itu, bersama suara serak basahnya membuatkan aku bagai nak gila. Jantungku bagai nak gila, panggilan sayang itu terlalu mengunggat iman.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now