"𝑳𝒂 𝒈𝒆𝒏𝒕𝒆 𝒗𝒂 𝒍𝒂 𝒈𝒆𝒏𝒕𝒆 𝒓𝒊𝒎𝒂𝒏𝒆, 𝒕𝒆𝒔𝒐𝒓𝒐. 𝑴𝒂, 𝒔𝒆 𝒎𝒆 𝒍𝒊 𝒄𝒉𝒊𝒆𝒅𝒊, 𝒓𝒊𝒎𝒂𝒓𝒓𝒐̀ 𝒏𝒆𝒍 𝒕𝒖𝒐 𝒄𝒖𝒐𝒓𝒆(𝑷𝒆𝒐𝒑𝒍𝒆 𝒈𝒐 𝒑𝒆𝒐𝒑𝒍𝒆 𝒔𝒕𝒂𝒚, 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑩𝒖𝒕, 𝒊𝒇 𝒚𝒐𝒖 𝒂𝒔𝒌 𝒎𝒆, 𝒊'𝒍𝒍 𝒔𝒕𝒂𝒚 𝒊𝒏 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕.)"
***
"Aku ada teka teki..." pandangan dihalakan ke arah jejaka itu. Keningnya diangkat tinggi sebelum pandangan kembali fokus ke arah buku yang dibaca."Dengarlah Haz!!" peha jejaka itu digoncangkan beberapa kali. Hazriel menurunkan bukunya separuh. Mata merenung tajam ke arah jejaka itu.
"Teka teki kau pun kita orang tak dengar lagi, macam mana nak jawab?" soalnya dengan nada memerli. Sky tersenyum seperti kerang busuk.
"Banyak-banyak loceng, loceng apa yang boleh buat orang blushing?" soalnya dengan senyuman nakal. Buku ditutup, duduknya dibetulkan sebelum pandangan dihalakan ke arah Kris.
"Loceng yang boleh buat orang blushing?" soal Kris semula dan dibalas dengan anggukan yang agresif oleh Sky.
"Lontong?" soal Kris lembut. Keningnya berkerut, Hazriel memandang jejaka itu pelik. "Tu bukan makanan?" soal Hazriel perlahan.
Kris memandang Hazriel dengan kerutan. Jarinya diletakkan ke dagu tanda berfikir.
"Ye ke? Bukan monyet besar tu?" soal Kris semula. Sedaya upaya dia ingin meyakinkan jejaka itu tetapi tidak berjaya.
"Cepatlah!!" pandangan mereka dihalakan ke arah Sky. Hazriel merenung jejaka itu lama.
"Aku mengalah."
"Aku pun."
Sky tersenyum nakal. Dia menang, tangannya di tepuk beberapa kali sebelum kerusi yang didudukinya ditarik ke belakang sedikit.
"Jawapan dia, dua tiga tekan loceng, eh hai darleng HAHAHAHA!" pehanya di tepuk beberapa kali. Entah mengapa dia sahaja yang meletuskan tawa tetapi kedua kawannya memandang dengan renungan tajam.
"Jawapan dia, minta kaki aku." ucap Hazriel dengan suara yang tidak bernada. Kris memandang Hazriel sebelum pandangan dihalakan ke arah Sky.
"Kaki kanan kau, kaki kiri aku." jawab jejaka itu selamba. Sky mengukir kan senyuman tidak bersalah.
Hazriel merengus seketika sebelum dia tersenyum sinis. Peha Sky dipukul kuat sehingga membuatkan jejaka itu menjerit kesakitan.
"Aku ada teka teki pula." selorohnya perlahan. Sky memandangnya pelik. Kening diangkat sebelah, sebelum kerusinya ditarik ke hadapan semula.
"Apa dia?" soalnya dengan teruja. Kris tersenyum, mesti ada yang jejaka ini mahu lakukan.
"Banyak-banyak ban, ban apa yang tak guna?" soalnya lembut sebelum pandangan dihalakan ke arah Kris yang sudah menahan tawa.
"Bantal?" soal Sky pelik tetapi jawapannya tidak diterima. Jarinya diletakkan ke dagu, kepalanya digaru.
"Bantuan?" soalnya sekali lagi tetapi masih salah. Kris ingin meletuskan tawanya, melihat jejaka itu meneka seperti dia memasuki percalonan peneka antarabangsa.
"Ban roti?" soalnya lagi tetapi dibalas dengan gelengan oleh Hazriel. Kris semakin terhibur, air matanya ingin sahaja keluar kerana terlalu banyak menahan tawa.
"Ban apa ni?" soalnya dengan geram. Keningnya berkerut, wajahnya bertukar merah kerana geram.
"Jawapan dia beban dunia macam kau." jawab Hazriel selamba sebelum beredar. Kris meletuskan tawa yang disimpan, wajah Sky membuatkan dia lebih terhibur.
"B-beban?" soal Sky dengan pelik. Kepala digaru, masih tidak faham dengan soalan yang diberi serta jawapan yang disebut.
"Pikir lah kau sampai aku kahwin..." ucap Kris sebelum beredar juga. Sky mengeluh perlahan. Pandangan dihalakan ke siling.
"Kenapa beban?" soalnya sendiri. Rambutnya diserabutkan, memikirkan jawapan yang diberi. Mengapa beban?
***
"Hai cantik..." pandangan dihalakan ke arah lelaki itu. Keningnya berkerut, apa yang jejaka ini inginkan, datang-datang panggil cantik. Ya, dia tahu dirinya cantik, tapi dia sendiri tidak kenal lelaki ini."Ye encik, nak pesan apa?" soalnya lembut. Menu diberikan kepada lelaki itu bersama senyuman kecil.
"I nak pesan you?" soal lelaki itu dengan senyuman nakal. Nayla Marissa yang mula tidak selesa hanya membiarkan jawapan itu.
"Encik, saya tanya lagi sekali. Encik nak pesan apa?" kesabarannya semakin nipis. Lelaki ini seakan mencabar marahnya.
"I nak you, berapa harga satu malam?" selamba sahaja lelaki itu berbicara. Membulat mata gadis itu saat ini. Menu diambil, kaki ingin melangkah pergi.
"Eh apa ni? Lepas lah!!!" tangan kasar yang memegang tangannya cuba untuk dialihkan tetapi tidak berjaya.
"Mahal eh? You jual mahal dengan I ye sayang?" kini, pinggang ramping itu menjadi sasaran. Tangannya sedaya upaya memukul tangan lelaki miang itu untuk melepaskan dirinya.
"Lepaslah!! Apa masalah encik ni?!" tengking gadis itu dengan geram. Kafe yang mula riuh dengan situasi mereka menarik perhatian semua.
"Eh encik, apa ni?" pandangan Nayla dihalakan ke arah Kak Nad. Matanya menahan air mata, tangan lelaki itu kemas memeluk dirinya dan hampir meraba dirinya.
"Pekerja kau jual mahal dengan aku, aku nak dia tapi dia taknak bagi aku 'rasa' dia..." selamba sahaja lelaki itu berkata. Kak Nad mengalihkan pandangan ke arah Nayla. Gadis itu mula mengalirkan air mata, kedudukannya dikakukan.
"Move your hand, idiot. Don't touch my woman..." mendatar sahaja dia berbicara. Matanya merenung tajam lelaki miang itu. Pandangan mereka dihalakan ke arah jejaka berwajah beku itu.
"Oh come on, tak ada tanda nama kau pun dekat sini?" semakin erat pelukannya ke Nayla. Air mata yang mengalir dibiarkan.
"I don't like people who touch my woman. So, please move your hand from her waist before I cut them!!" jerkahan daripada jejaka itu membuatkan seisi kafe terdiam. Nayla ditarik ke sisinya, tangan lelaki itu dipulas dengan kuat sehingga dapat mendengar jeritan kesakitan.
"Miang sangat sampai anak dara orang pun kau nak rasa. Tak cukup perempuan dekat kelab? Tak cukup perempuan dekat tepi lorong tu? Nak rasa hak orang juga? Bro, you're just like a bitch." wajahnya jelas sedang menahan amarah. Lelaki itu dihalau keluar, Nayla ditarik untuk duduk dikerusi.
Hujung bajunya ditarik sehingga menutup tangannya. Air mata yang masih mengalir di seka perlahan dan lembut.
"Jangan menangis, Nayla Marissa. Diam, tenangkan diri walaupun aku tahu susah sebab dia hampir pegang p-privasi kau." pujuknya lembut. Air mata yang mengalir masih diseka lagi, biarlah hujung lengan bajunya basah dek kerana air mata gadis itu.
"D-dia..." teresak-esak gadis itu menangis. Hazriel yang sedang memujuk mula berhenti.
"Come on, Nayla Marissa. Tenang, aku ada." pujuknya lagi. Nayla yang masih menangis direnung lama sebelum posisi duduknya diubah kepada berdiri.
Kepala gadis itu diusap perlahan sebelum tingginya disamakan. Nayla yang masih teresak-esak direnung.
"Shh, my future roses didn't cry, my future little sunflower didn't weak, my future strong woman can fight the fears. I know it can make you feel traumatised, but remember my future roses are strong. I need to go, because my friends are waiting for me. Miss Nayla, don't cry. If you want to cry, call someone who can be your shoulder... " pujuknya dengan lembut sebelum beredar. Kaca matanya dipakai dengan perlahan, sebelum melangkah pergi.
Pemergian jejaka itu direnung bersama tubir mata yang masih menahan air mutiara itu.
Air matanya diseka lembut, kepalanya disentuh. Mata dipejamkan buat sementara waktu. Layar fikirannya memutarkan kembali disaat jejaka itu sedang memujuknya. Secara tiba-tiba, senyuman kecil terukir.
"FUTURE LITTLE SUNFLOWER...." ujarnya lembut sebelum melangkah pergi. Dapur kafe dituju bersama senyuman kecil.
.
.
.
.
To be continued
YOU ARE READING
C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR
RomanceHim series [ vol 1] Mengisahkan tentang dua pasangan yang mempunyai kisah bahagia. Seorang suami yang baik tutur katanya, sentiasa menjadikan sang isteri sebagai priority hidupnya. Hazriel Asytar, itulah nama yang diberi. Seorang jejaka yang mement...