"𝑪𝒊𝒂𝒐 𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂. 𝑯𝒂𝒊 𝒖𝒏 𝒃𝒆𝒍𝒍'𝒂𝒔𝒑𝒆𝒕𝒕𝒐 𝒐𝒈𝒈𝒊! 𝑲𝒓𝒊𝒔 𝒗𝒖𝒐𝒍𝒆 𝒔𝒐𝒍𝒐 𝒅𝒊𝒓𝒆 𝒒𝒖𝒆𝒔𝒕𝒐, 𝒕𝒊 𝒂𝒅𝒐𝒓𝒐 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒉𝒆́ 𝒔𝒆𝒊 𝒄𝒐𝒔𝒊̄ 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒆( 𝑯𝒆𝒍𝒍𝒐 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍. 𝒀𝒐𝒖 𝒍𝒐𝒊𝒌 𝒈𝒓𝒆𝒂𝒕 𝒕𝒐𝒅𝒂𝒚! 𝑲𝒓𝒊𝒔 𝒋𝒖𝒔𝒕 𝒘𝒂𝒏𝒏𝒂 𝒔𝒂𝒊𝒅 𝒕𝒉𝒂𝒕, 𝑰'𝒎 𝒂𝒅𝒐𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒃𝒆𝒄𝒂𝒖𝒔𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒃𝒆 𝒔𝒐 𝒔𝒕𝒓𝒐𝒏𝒈!)"
***
Nayla Marissa p.o.v:Mata MUA yang berada dihadapanku aku renung dan itu membuatkan aku semakin gementar. Entah mengapa, debaran bertunang itu semakin kuat dan itu membuatkanku semakin tidak keruan memikirkan tentang hari bermakna ini.
"Awak gementar eh?"
Wajah MUA itu aku renung dengan wajah yang tidak tahu ingin berbuat apa. Jantung yang semakin berdegup laju membuatkan aku semakin gementar. Jantung yang semakin laju berdegup membuatkan aku semakin tidak senang duduk.
Jam tangan direnung dengan perlahan. Iphone milikku terus aku capai, wajah MUA itu aku renung sebelum senyuman manis aku ukirkan meskipun jantungku tidak keruan.
"Boleh saya call bakal tunang saya?" pintaku dengan lembut sebelum senyuman aku ukirkan buat wanita tersebut.
"Boleh, ambil masa you."
Kepala aku angukkan dengan perlahan sebelum dia meninggalkan aku sendiri. nombor Hazriel aku dail perlahan dan telefon aku dekatkan ke telinga. Degupan jantung mula kembali normal, harap jejaka ini sudah bangun dari lelapnya.
"Hello?" sapaku dengan lembut namun tiada basan dari sebelah sana. Aku memberikan sapaan sekali lagi namun pada kali ini aku cuba menekankan suaraku.
"Hello?"
"Hm?"
Suara garaunya membuatkan jantung aku kembali berdegup laju bagaikan tiada hari esok. Aku cuba untuk kembali tenang namun hati ini seakan tidak memberi kerjasama sahaja.
"B-bangun..." pipiku yang mula berona merah membuatkan wajahku panas menahan perasaan suka.
"Sekarag pukul berapa?" soalnya bersama suara garau yang menerpa ke gegendang telingaku. Semakin tidak keruan dibuatnya, suara garau yang masih menerpa ke gegendang telingaku membuatkanku rasa bagaikan nak gila.
"Dah nak masuk pukul 2..." jawabku dengan lembut sambil menahan peraasaan ingin menjerit dek kerana mendengar suara garaunya.
"Sayang..."
Jantungku semakin tidak keruan, panggilan sayang itu membuatkan aku semakan tidak duduk diam. Bantalyang berada disebelahku aku gapai dan mencapakannya ke luar. Wajah yang sudah memerah aku biarkan, ingin mengigit bibir tapi sudah pakai lipstick.
"H-hm?" jawabku dengan lembut seperti tiada apa-apa yang terjadi. Namun, hanya dengan mendengar hembusana nafasnya sahaja sudah membuatkan ku rasa tidak keruan.
"Are you excited?"
"Mestilah..." jawabku dengan lembut. Jelas kedengaran gelak tawa kecilnya dan itu membuatkan aku menjadi malu-malu sekali lagi.
"Awak yang saya akan panggil..."
"Panggil?"
"Sayang..."
Sekali lagi wajahku mula memerah, panggilan sayang itu membuatkan aku tidak keruan dan tidak senang duduk. Rasa ingin baling sahaja telefon ini ke dinding.
YOU ARE READING
C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR
RomanceHim series [ vol 1] Mengisahkan tentang dua pasangan yang mempunyai kisah bahagia. Seorang suami yang baik tutur katanya, sentiasa menjadikan sang isteri sebagai priority hidupnya. Hazriel Asytar, itulah nama yang diberi. Seorang jejaka yang mement...