"𝑴𝒐𝒏𝒔𝒕𝒓𝒂 𝒄𝒉𝒆 𝒔𝒆𝒊 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒆, 𝒕𝒆𝒔𝒐𝒓𝒐. 𝑻𝒊 𝒓𝒊𝒔𝒑𝒆𝒕𝒕𝒆𝒓𝒂𝒏𝒏𝒐 𝒔𝒆 𝒓𝒊𝒔𝒑𝒆𝒕𝒕𝒊 𝒂𝒏𝒄𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒓𝒐. 𝑺𝒐𝒏𝒐 𝒒𝒖𝒊, 𝒑𝒆𝒓 𝒕𝒆 𝒔𝒆𝒎𝒑𝒓𝒆( 𝑺𝒉𝒐𝒘 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒚𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒔𝒕𝒓𝒐𝒏𝒈, 𝒉𝒐𝒏𝒆𝒚. 𝑻𝒉𝒆𝒚 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒓𝒆𝒔𝒑𝒆𝒄𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒇 𝒚𝒐𝒖 𝒓𝒆𝒔𝒑𝒆𝒄𝒕 𝒕𝒉𝒆𝒎 𝒕𝒐𝒐. 𝑰'𝒎 𝒉𝒆𝒓𝒆, 𝒇𝒐𝒓 𝒚𝒐𝒖 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔)."
***
"Weyh, mana buku aku?!" Meja kecilnya dipunggah dengan kelam kabut. Dia sudah terlambat, ya dia lambat! Jam tangan diambil, novel yang sepatutnya dia bawa harini juga diambil. Kaki terus melangkah ke bawah. Kunci kereta diambil, dia lambat!"Oh my, taknak beratur lama lama!" Enjin kereta dihidupkan, awning bawalnya yang senget dibiarkan. 'Lantak kau lah nak senget ke terbalik ke! Aku dah lambat! Encik H.Ace, tunggu saya!' gumamnya dalam hati.
Kereta dipecutkan dengan kadar kelajuan yang tinggi. Apa dia kisah, janji dia dapat pergi ke pesta buku itu dengan segera. Buku novelnya diletakkan ke tempat pemandu dan sesekali senyuman terukir. Tidak sabar rasanya dia ingin berjumpa penulis lelaki kegemarannya.
Pedal minyak ditekan dengan kuat, destinasinya ialah MBSA convention centre. Hatinya melonjak suka, sempat dia berangan-angan seketika. Awning yang senget masih dibiarkan. Lantak lah, janji dia sampai ke destinasi tersebut.
"Mesti dia comel kan! Bayangkan, aku kahwin dengan dia...oh my! Anak kitaorang mesti bangga dapat bapak penulis!" Imaginasinya terhenti, senyuman tadi mula kundur sedikit.
Bibirnya dicebikkan. "Alo, angan je kau..entah-entah, muka kau pun dia tak pandang!" Selorohnya pula. Pandangan dihalakan ke jalan sambil bibir Masih dijuirkan. Baru sahaja ingin delulu, tapi akhirnya merundum pula.
Waze direnung dalam sebelum keretanya dihentikan ditrafik light merah. Cermin mata hitamnya dipakai sebelum dia mula bernyanyi kecil mengikut rentak lagu yang dimainkan diradio.
"Hanya hanya kamu saja..." Nyanyian kecil yang keluar dari mulutnya menandakan yang dia sedang bahagia. Hatinya masih berdebar, manakan tidak, dia ingin berjumpa dengan penulis lelaki yang dia minati sejak awal-awal dia memasuki dunia membaca.
Pedal minyak ditekan lalu jalan ke MBSA dituju dengan senyuman yang masih terukir. Stereng keretanya diputarkan, pedal minyak ditekan sekali lagi. Rasa tidak sabar semakin melonjak naik apabila logo MBSA telah kelihatan. Tidak sabar!
Enjin kereta dimatikan dengan segera. Beg bukunya diambil lalu langkah terus diaturkan laju memasuki ke Dewan MBSA itu. Ramai penulis terkenal telah mula sesi temu para pembaca. Tujuannya adalah H. Ace dan bukan orang lain.
Nayla segera membuka langkah ke tingkat 2. Tudungnya yang senget tidak dihiraukan. Langkah dilajukan, kepala ditinjau sedikit. Ya! Inilah tempatnya, tempat dimana dia akan berjumpa penulis lelaki itu! Langkah diaturkan untuk beratur didalam barisan. Buku dipeluk erat. Tidak sabar!
"Minta maaf, tumpang lalu boleh?" Lembut sahaja cara dia ditegur. Tubuhnya dipusingkan menghadap jejaka yang memakai topeng muka itu. Keningnya diangkat tinggi.
"Tak boleh, belakang-belakang." Selamba sahaja dia menjawab. Pandangan dihalakan ke hadapan semula. Buku novelnya dipeluk erat. Jejaka itu hanya dibiarkan. Lantak lah, janji dia dapat sign.
Keningnya dikerutkan disaat jejaka tadi mula memotong barisannya. Jaket hitam jejaka itu ditarik ke belakang. Jelingan diberikan kepada jejaka itu. "Tepi sikit boleh tak? Orang penat beratur tiba- tiba
datang potong barisan. Tahulah nak sign Encik H.ACE tu,tak menyabar betul!" Rungutnya dengan geram. Jejaka itu dipandang atas dan bawah dengan jelingan."Macam mana aku nak sign buku kau kalau kau sendiri tak benarkan aku masuk?" Perlian yang diberikan oleh jejaka itu membuatkan dia terkedu. Kepalanya diangkat sedikit, wajah jejaka yang dilitupi pelitup muka itu direnung.
Novel yang bertajuk, 'Mi Fleur' itu dipeluk erat dan diangkat tinggi. Wajahnya yang mula memerah disorokkan. Air liur ditelan apabila bukunya ditolak ke bawah. Jejaka yang digelar H.Ace itu direnung dalam.
"Lain kali sebelum marah, tengok dulu siapa yang kau marah. Jangan pakai terjah je...dasar pendek." Sempat dia menghina ketinggian gadis itu. Langkah terus diaturkan ke meja dimana dia seharusnya duduk. Tangan terus lincah menanda tangan setiap buku-buku yang dibeli oleh pembacanya. Sesekali ada yang ingin bergambar juga.
Nayla yang semakin teruja terus sahaja berdiri dan menunggu giliran. Walaupun sebentar tadi merupakan perkara yang memalukan, tapi dia rela! Demi tanda tangan yang dia idamkan selama ini! Sesekali dia meninjau jejaka itu dari kejauhan, hatinya semakin berdebar. Kacak pula penulis ini bila berdiri berhadapan dengannya.
'Ala, delulu kejap tak apa kan? Tak salah kan?' gumamnya didalam hati. Fikirannya sudah membayangkan jika dia dan jejaka itu menjalankan hubungan halal. Mesti bahagia! Tapi semua itu hanyalah imaginasi, nak realiti? Lambat lagi!
"Cute little lady..." Gumamnya sendiri disaat dia melihat Nayla sedang bermain didalam barisan sambil dia menunggu giliran. Sesekali dia merenung gadis itu dalam diam sehingga terbitnya senyuman kecil dibalik pelitup muka itu.
"Nonsense Hazriel Asytar, love make you hurt..." Mata kembali fokus ke bawah untuk sign ke semua buku peminatnya. Nayla yang teruja dek kerana fikirannya hampir tiba membuatkan Hazriel tergelak kecil.
"Here..it's yours." Buku yang berjudul 'MI FLEUR' itu diberikan kembali kepada Nayla. "Yes, dapat sign author! Terima kasih!" Ujar Nayla dengan terujanya. Sempat dia melambai ke arah jejaka itu sebelum melangkah pergi. Hatinya sudah berbunga, tidak sabar rasanya ingin membaca buku novel tersebut.
"Btw..." Hazriel bangkit dari kerusinya. Nayla yang berada dihadapannya direnung sebelum awning gadis itu dibetulkan menggunakan pen. "Awning kau kalau boleh senget lagi, nanti kalahkan Menara condong."
Wajah mula memerah, jejaka itu terus ditinggalkan. Malu! Hazriel tergelak kecil, terhibur melihat gadis itu.
***
Aplikasi Instagram dibuka lalu senyuman terus terukir dengan lebar. Story penulis kegemarannya ditekan bersama senyuman. Satu persatu story Instagram itu ditekan sehingga senyumannya semakin lebar.
"Handsomenya! Eish! Saya suka!" Sekali lagi dia memeluk bantal sofa yang Ada disebelahnya. Meskipun jejaka itu tidak memperlihatkan wajahnya, tetapi dia masih teruja.
"GERAMNYA! NAK KAHWIN DENGAN DIA!" Tuan Affendy yang sedang menikmati teh panasnya mula tersedak. Wajah anak gadisnya direnung dengan renungan tidak percaya.
"Eh babah okay tak?" Soal Nayla dengan kening yang berkerut. Tuan Affendy hanya membalas dengan angukkan. Wajah anak gadisnya direnung dengan cerlungan tajam.
"Kamu dah kenapa? Tiba-tiba je nak kahwin? Gatal sangat ke sampai? Umur baru 25 nak kahwin!"
"Ala babah, babah dulu kahwin dengan arwah umi waktu umi 24 tahun, okay je..."
Tuan Affendy mencerlung tajam ke arah Nayla. "Kamu ada tersalah makan ubat ya?" Dahi Nayla disentuh, mana tahu demam budak ni. Tiba sahaja nak kahwin, tak ada angin tak ada ribut, tiba nak kahwin.
"Apa babah ni? Nayla imagine je! Nak dapat kahwin dengan dia? Lambat lagi lah gamaknya! Kita mampu delulu je sebab delulu is solulu..."
"Apa lu?"
"Dah lah bah, takde lu..."
Tuan Affendy hanya mengelengkan kepala. Bukan anaknya jika tidak berimaginasi. Minat benar dia dengan membaca buku sambil membayangkan wajah lelaki fictional itu.
.
.
.
.
To be continued
YOU ARE READING
C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR
RomanceHim series [ vol 1] Mengisahkan tentang dua pasangan yang mempunyai kisah bahagia. Seorang suami yang baik tutur katanya, sentiasa menjadikan sang isteri sebagai priority hidupnya. Hazriel Asytar, itulah nama yang diberi. Seorang jejaka yang mement...