"𝑴𝒆𝒏𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂𝒊𝒎𝒖 𝒊𝒕𝒖 𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉, 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒅𝒊𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂𝒊𝒎𝒖 𝒊𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒍 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒌𝒂𝒓. 𝑯𝒆𝒃𝒂𝒕𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒊𝒏𝒊 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂, 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒊𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒏𝒂𝒎𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒊𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒅𝒐𝒂𝒌𝒖.."
***
"Abang memang kena pergi ke?"Hazriel memusingkan tubuhnya menghadap Nayla yang sedang berdiri kaku dihadapan pintu bilik tidur mereka.
"Maafkan abang sayang..." itu sahaja yang mampu dia ungkapkan setakat ini. Jelas riak wajah sedih terpampar disaat dia mengatakan hal tersebut.
"Tapi...kita baru tiga hari kahwin..."
Sekali lagi Hazriel hanya mendiamkan diri, tidak tahu ingin menjawab persoalanvyang diberikan oleh sang isteri saat ini. Beg galasnya diletakkan perlahan diatas katil sebelum kaki melangkah mendekati sang isteri.
"Abang tahu, tapi abang tak mampu berbuat apa-apa sayang..."
Hazriel merenung wajah isterinya sambil pipi mulus itu diusap lembut menggunakan tangan kasarnya.
"...tapi ini arahan atasan supaya unit kami lebih perkasa dan sentiasa bersedia"
Nayla hanya mendiamkan diri, dia tidak mampu untuk membalas apa yang diperkatakan oleh encik suami.
"Tapi Nayla tak puas nak bermanja dengan abang lagi..."
Hazriel tersenyum kecil disaat sang isteri mengadu tentang masa mereka bersama. Rambut Nayla diusap lembut sebelum dahi sang isteri dikucup perlahan.
"Maafkan abang..."
Pipi sang isteri dikucup perlahan sebelum tubuh gernit itu ditarik ke dalam pelukan.
"...kerana tiada masa yang cukup buat sayang"
Nayla hanya mendiamkan diri, namun dengan perlahan-lahan dia membalas pelukan tersebut.
"Maafkan abang juga..."
Hazrel mengusap belakang badan isterinya lembut dan perlahan bagi menenangkan sedikit emsosi sang isteri.
"....sebab harus pergi tinggalkan Nayla. Abang minta maaf sayang, sebab abang tiada waktu hari jadi Nayla nanti"
Pelukannya terhadap tubuh sang isteri semakin erat. Sisi kepala Nayla dikucup perlahan.
"Abang nak Nayla tahu..."
Wajah sang isteri diangkat perlahan sebelum senyuman kecil diberikan untuk sang isteri.
"...yang abang sentiasa menghitung hari untuk kembali ke dalam dakapan hangat isteri abang..."
Senyuman diukirkan buat kali terakhir sebelum beg galasnya diangkat lalu tangan kecil isterinya ditarik perlahan.
"Janji dengan abang..."
"Janji apa..." balas Nayla dengan perlahan sebelum wajahnya diangkat untuk melihat wajah sang suami.
"...yang sayang sentiasa doakan keselamatan abang untuk kembali pulang ke dalam dakapan sayang..."
Nayla hanya merenung wajah suaminy dengan tatapan sayu. Hatinya berat untuk melepaskan Hazriel pergi namun semuanya adalah tanggungjawab.
"Nayla..."
Wajah sang suami direnung dalam bersama dengan tatapan lembut dan sayu. Pipi Hazriel diusap perlahan bersama air mata yang ingin mengalir namun ditahan.
YOU ARE READING
C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR
RomanceHim series [ vol 1] Mengisahkan tentang dua pasangan yang mempunyai kisah bahagia. Seorang suami yang baik tutur katanya, sentiasa menjadikan sang isteri sebagai priority hidupnya. Hazriel Asytar, itulah nama yang diberi. Seorang jejaka yang mement...