"Hadiah terindah yang abag peroleh dari Allah adalah sayang sebagai isteri abang..."
***
Rumah milik Tuan Affendy :
Rumah yang sungguh riuh rendah mmebuatkan gadis itu tersenyum bahagia. Tangannya diletakkan di perutnya sebelum dia mula mengusap perut kecilnya itu.
"Abang...Nayla harap abang suka dengan apa yang Nayla beri..."
Sekali lagi perut itu diusap sebelum matanya terarah pada gambar pernikahan antara dia dan lelaki itu.
"Babah kata...Nayla bunting pelamin!" senyuman terus terukir disaat matanya terarah pada buku-buku yang menjadi hantarannya semasa mereka bernikah.
Hari ini merupakan hari jadinya, hari yang bakal membuatkan dia bahagia bersama hadiah yang dikurniakan oleh sang pencipta.
Lamunannya tersentak disaat telinganya menangkap bunyi ketukan di pintu utama rumah mereka. Tetamu yang rancak berbual juga mula berhenti disaat pintu dibuka.
Tuan Affendy memandang beberapa anggota yang kini berdiri tegak sambil salah satu darinya memegang baju uniform milik seseorang.
"Assalamualaikum, saya Leftenan Jeneral Dato' Ahmad Raihaki, pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja Malaysia..."
Nayla yang sedang bingung dengan perbualan antara mereka berdua terus mendekati Tuan Affendy dengan perlahan.
"Rumah mertua Leftenan Hazriel Asytar?"
Nayla memandang ketiga-tiga pegawai tertinggi tersebut bersama kerutan didahi. Uniform yang berada ditangan Jeneral itu direnung dalam sebelum jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba.
"Ye, saya bapa mertunya. Kenapa tuan?"
Tuan Affendy merenung ketiga-tiga pegawai tersebut dengan pandangan yang kurang pasti mengapa mereka hadir ke rumah bersama uniform menantunya ditangan.
"Kami mempunyai satu makluman yang akan membuat tuan sekeluarga sedikit sayu..."
"Apa dia tuan?"
"Semasa kami melakukan operasi 'p-X', salah seorang anggota kami telah jatuh terhempas...."
Tuan Affendy sudah mula berkerut disaat pegawai tersebut mengatakan hal yang membuatkan semua terdiam.
"Dan..."
Leftenan Jeneral Dato' Ahmad memandang ke arah dua beranak itu dengan tatapan yang sayu sebelum uniform milik salah seorang anggotanya diserahkan pada Nayla dengan perlahan.
"....anggota yang terhempas itu merupakan Leftenan Hazriel Asytar , menantu tuan"
Prang!!!
Laju degupan jantungnya saat ini. Lututnya seakan lemah untuk berdiri. Tuan Affendy memapah anak perempuannya dengan lembut untuk duduk di sofa.
"Tuan cakap apa ni?" suaranya sedikit bergetar, wajah pegawai tertinggi tersebut direnung dengan matanya yang mula berkaca.
"Tuan....bergurau kan?"
Diam. Tiada maklum balas dari pihak sana.
"Suami saya...balik dengan selamat, kan tuan?"
YOU ARE READING
C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR
RomantikHim series [ vol 1] Mengisahkan tentang dua pasangan yang mempunyai kisah bahagia. Seorang suami yang baik tutur katanya, sentiasa menjadikan sang isteri sebagai priority hidupnya. Hazriel Asytar, itulah nama yang diberi. Seorang jejaka yang mement...