CODE || BAB 16:

2.6K 191 27
                                    

"𝑺𝒆𝒊 𝒊𝒏𝒄𝒓𝒆𝒅𝒊𝒃𝒊𝒍𝒆 𝒓𝒂𝒈𝒂𝒛𝒛𝒂 𝒎𝒊𝒂. 𝑵𝒐𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒔𝒂𝒓𝒄𝒊 𝒕𝒓𝒐𝒑𝒑𝒐, 𝒉𝒎? ( 𝒀𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒂𝒎𝒂𝒛𝒊𝒏𝒈 𝒎𝒚 𝒈𝒊𝒓𝒍. 𝑫𝒐𝒏𝒕 𝒐𝒗𝒆𝒓𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕 𝒕𝒉𝒂𝒕, 𝒉𝒎?)"

***

Rumah agam yang berada dihadapannya direnung. Wajahnya yang basah akibat hujan dilap menggunakan tangannya. Pagar yang gah berdiri dihadapannya disentuh.

"Betul ke rumah ni?" kepalanya yang dilitupi shawl hitam digaru. Kaki dijengketkan sedikit untuk meninjau ke dalam kawasan rumah.

"Bet-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia sudah melepaskan bersin kecil. Dahinya disentuh, mungkin terlalu lama berdiri didalam hujan?

"Assalamualaikum..." Salam diberi tetapi tiada yang menjawab. Satu keluhan dilepaskan. Kawasan rumah agam itu direnung dalam. Sesekali kepalanya menjengguk ke dalam.

Satu keluhan kecil dilepaskan lagi. Tubuhnya dipusingkan untuk melangkah pergi. Nampaknya harapan dia untuk berjumpa dengan jejaka itu tidak kesampaian.

"Cik Nayla?" wajah seorang gadis direnung dengan senyuman kecil. Wajah yang basah kerana hujan itu direnung dengan keliru.

Nayla yang baru sahaja ingin melangkah terus berhenti. Tubuhnya dipusingkan menghadap jejaka tersebut. Senyuman kecil diberikan sebelum dia berdiri tegak dengan wajah yang penuh sebersalah.

"N-Nayla nak minta maaf..." ucapnya dengan nada suara yang perlahan. Wajahnya ditundukkan. Hazriel yang masih berdiri dihadapan pintu utama memandang gadis itu dari kejauhan.

"Untuk?" soalnya dengan lembut. Tangan mula mencapai tuala yang berada di dalam laci almari bersebelahan pintu utama rumahnya. Wajah gadis itu direnung dengan senyuman.

"N-Nayla buat encik Haz cedera disebabkan kecuaian Nayla..." ujarnya lagi. Hazriel tersenyum, payunh disisi pintu diambil lalu dibuka. Langkah terus diaturkan ke arah gadis itu. Pintu pagarnya dibuka.

"Ada aku cakap yang kau salah? Tak ada kan? Jadi kenapa perlu overthinking hm?" soalnya sambil memayungkan gadis itu. Tuala diletakkan ke atas bahu Nayla.

"T-tapi encik Haz cedera..." ujarnya sambil mata memandang ke bawah. Tidak berani untuk melihat wajah jejaka itu.

"Nayla dengar ni, aku cedera sikit je. Dekat bahagian tangan, itu je. Kau janganlah risau, lagipun luka ni bukan penghalang untuk aku sentiasa lindungi kau, faham?"

"T-tapi encik Haz cedera teruk..."

"Ya Allah, aku okay. Jangan risau hm? Aku cedera sikit je, asalkan buah hati aku ni selamat. Janganlah risau, tapi...kalau kau nak tahu, aku lagi risau bila kau sanggup berdiri tengah hujan ni untuk jumpa aku..."

"Encik Haz, tak marah?" Anak matanya mula diberanikan untuk merenung wajah jejaka itu. Tuala yang diletakkan ke bahunya dibetulkan.

"Tiada sebab untuk aku marah kau. Lepasni, jaga diri betul-betul. Aku taknak buah hati aku ni sakit. Balik ni terus mandi, nanti demam. Nasib baik mama bagitahu aku, ada orang nak jumpa dan orangnya kau..." senyuman kecil diberikan kepada gadis itu. Dia rela basah demi gadis itu. Wajah Nayla direnung dengan senyuman manis.

"Bai-" belum sempat dia menghabiskan ayat, dia melepaskan bersinnya dengan perlahan. Hingusnya dilap dengan segera sebelum mata merenung kembali kepada Hazriel.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now