CODE || BAB 14:

2.8K 167 4
                                    

"𝑵𝒐𝒏 𝒊𝒎𝒑𝒐𝒓𝒕𝒂 𝒒𝒖𝒆𝒍𝒍𝒐 𝒄𝒉𝒆 𝒇𝒂𝒊, 𝒔𝒆𝒖 𝒃𝒆𝒍𝒍𝒊 𝒂𝒊 𝒎𝒊𝒆𝒊 𝒐𝒄𝒄𝒉𝒊. 𝑵𝒐𝒏 𝒑𝒓𝒆𝒐𝒄𝒄𝒖𝒑𝒂𝒓𝒕𝒊, 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒉𝒆́ 𝒔𝒐 𝒒𝒖𝒂𝒏𝒕𝒐 𝒑𝒖𝒐𝒊 𝒆𝒔𝒔𝒆𝒓𝒆 𝒈𝒓𝒂𝒏𝒅𝒆(𝑵𝒐 𝒎𝒂𝒕𝒕𝒆𝒓 𝒘𝒉𝒂𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒅𝒐, 𝒚𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒍𝒐𝒐𝒌 𝒈𝒓𝒆𝒂𝒕 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒆𝒚𝒆𝒔. 𝑫𝒐𝒏'𝒕 𝒘𝒐𝒓𝒓𝒚, 𝒃𝒆𝒄𝒂𝒖𝒔𝒆 𝑰 𝒌𝒏𝒐𝒘 𝒉𝒐𝒘 𝒈𝒓𝒆𝒂𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒄𝒂𝒏 𝒃𝒆)."

                                     ***
"Aduh!" Bahunya diusap, barangnya yang sudah berterabur dikutip sebelum mata mencerlung tajam ke arah seseorang. Tudungnya yang senget dibiarkan, malas sudah dia ingin mengambil tahu tentang tudungnya itu.

"Kau tak nampak ke aku kat sini? Kau rabun ke? Orang lain pun beli barang dapur, tak ada lah kepoh macam kau!" Bidasnya tajam. Coklatnya digenggam erat, giginya diketap dengan geram.

"Oi, pekak ke? Aku tanya n-" kata-katanya terhenti apabila jejaka itu terus melangkah pergi tanpa sebarang kata maaf. Dadanya disentuh, kasutnya dibuka lalu dilemparkan kepada tubuh bahagian belakang jejaka itu.

"Yes! Kena pun..." Muka bangga yang terpamer jelas diwajahnya membuatkan jejaka itu menggulingkan matanya ke atas.

Kasut gadis itu diambil sebelum diletakkan ke dalam troli miliknya. "Kau nak kasut kau, kau beli baru..." Mendatar sahaja nada suara jejaka itu. Nayla yang blur dengan situasi tersebut terus melangkah dengan laju ke arah jejaka itu.

"Eh, kasut aku weyh!" Larian cuba dilajukan. Wajah jejaka yang bertutup mask itu direnung. Tangannya didepakan dan kalinya diluaskan. "Bagi balik kasut!" Nayla yang tidak puas hati kasutnya diambil mula memandang jejaka itu dengan tajam.

"Hm?"

"Bagi balik kasut aku!"

"Kasut apa ya, cik?"

"Eee dia ni kang! Kasut yang dalam troli kau tu lah!" Jarinya ditundingkan ke arah kasut berwarna cream itu. Wajah jejaka yang ditutup itu direnung dengan perasaan geram dan ingin tahu.

"Oh ni? Macam mana cik yakin tu kasut cik?"

"Nampak tak tu?"

"Nampak apa, cik?"

"Ni ha!" Kasutnya diambil lalu namanya yang ditulis ditepi kasut itu ditujuk dengan geram. "Seriously? Umur dah meningkat but still tulis nama kat kasut?" Soalan yang diberikan oleh jejaka itu membuatkan dia malu.

"B-bagi jelah!" Kasutnya diambil sebelum dipakai dengan segera. Langkah terus diaturkan ke trolinya semula sebelum langkahnya diteruskan ke kaunter pembayaran.

"Sibuk nak judge! Kitanya cepat lupa! Kitanya lupa nanti kasut kita kat mana! Tu pun nak judge ke? Ek eleh!" Bebelnya seorang diri. Langkah diaturkan kepada Tuan Affendy yang setia menantinya di dalam kereta.

"Kenapa muka monyok je anak abah ni? Ada benda jadi ke hm?" Soal lelaki itu dengan senyuman. Nayla yang masih berdendam dengan jejaka tadi terus merengus. Telefon iPhonenya dikeluarkan sebelum aplikasi instagram dibuka. Setiap feed dilike dengan wajah yang masam.

"Eh?" Bahagian mesejnya direnung dengan tanda tidak percaya. Matanya digosok beberapa kali sebelum senyuman lebar terukir. Story Instagram yang dia post sebentar tadi direpost oleh sang pujaan hati. Suka!

"Oh my babah! Dia repost story Nayla! Nayla dinotice oleh dia babah! Seronok betul! SUKA SUKA! TAK JADI MOVE ON! YEAY!"

Tuan Affendy yang sedang memandu terus mengukirkan senyuman kecil. Tadi muka kemain macam ayam berak kaput, sekarang macam terlebih gula pula.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now