˚ ༘♡ ⋆。˚
Aku terjaga dari tidur lagi.
Mimpi yang sama seperti hari hari sebelum ni. Siapa dia? Kenapa masuk dalam mimpi? Apa hubungan dia dengan aku?
Nayla meraup muka dengan kedua dua belah tapak tangannya
" Kenapa orang yang sama dalam mimpi aku ni? Aku tak kenal dia. Ya Allah aku tak nak mimpi dia lagi. "
Nayla bangun dari katil dan membawa bantalnya keluar dari bilik. Nayla berjalan ke arah satu bilik berhadapan dengan bilik nya.
Pintu bilik dibuka perlahan dan Nayla mencari susuk tubuh seseorang.
" Ya Allah Nana. Terkejut aku. Kau kenapa ni malam malam terjah bilik aku? Kau mimpi ke? "
Nayla tersengih menampakkan sebaris gigi putih nya lalu menggangguk perlahan
" Meh sini aku dodoikan " sambil menepuk ruang kosong disebelah
Nayla berlari anak ke arah rakan baiknya. Ruangan di sebelah rakannya didudukinya
" Tulah kau, tidur tak basuh kaki .. kalini mimpi ape pulak ? "
Soal rakannya sambil memandang wajah Nayla
" Aku basuh kaki la ! Plus ambil wuduk dengan baca doa. Pandai aje engkau tuduh aku eh kak. Masalahnya aku tetap mimpi jugak. Aku mimpi benda yang sama. "
" Lelaki tu lagi? "
Aku angguk mengiyakan
" Yang aku peliknya setiap kali aku mimpi dia, mesti aku terjaga pukul 2 pagi "
Hairan. Kenapa mesti pukul 2 pagi? Orang lain semua sedap tidur, aku? Sedap² tengah tidur tiba² mamat entah dari mana kejutkan aku dalam mimpi
" Nasib aku tak tidur lagi. Kalini kau nampak tak muka dia? "
Soal Hanni ingin tahu. Aku gelengkan kepala. Aku memang tak nampak muka dia. Tapi aku boleh agak dia boleh la ada rupa.
" Macam mana pulak tu? Tak kan kau tak nampak langsung? "
" Dia kabur kabur . Tapi kalini aku nak bagitau something. Sebab tu aku terjah masuk bilik kau kak"
Kataku dengan nada teruja sedikit
" Aku dapat dengar suara dia kau tahu "
" Serius lah? Asal suara yang kau dapat dik? Susah lah kalau nak cari " Hanni mengeluh perlahan
" Ala bukannya dia wujud pun kan? Ni kan cuma mainan tidur " kata Nayla dengan yakinnya
" Yelah² . Dia cakap ape dekat kau? " Tanya Hanni ingin tahu
" Seingat aku, dia cakap dia akan selalu ada dengan aku untuk dengar masalah aku and then dia cakap ' if you need me, just sleep and dreams ' nanti dia muncul " kataku sambil berusaha memerah otak apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut
" Dia mesti sweet kan orang nya " kata Hanni sambil tersengih kambing
" Apa pasal pulak? " Soal ku pelik
" Yela sampai macam tu sekali. Kalau aku, memang tak nak bangun dah. Nak je duduk dalam mimpi tu " Senyuman gatalnya masih terbit di bibir
" Kemain eh kau. Gatal ! Dah la aku nak tidur. Malas layan kau kak " balasku lalu mata dipejamkan
" Ele pejam mata nak jumpa prince charming kau lah tu kan " Hanni mencucuk pinggang ku
" Mana ada ! Ish tidur laa. Aku harap aku tidur ni pun tak jumpa dia dalam mimpi. Senang aku tak nak mimpi ! "
" Semoga kau jumpa dia ya? Goodnight Nana kur " kata Hanni sempat mengusik ku.
Aku malas nak balas. Nanti tak tidur pulak aku. Esok dah la ada kelas memang tak pasal dapat free mata panda. Dan aku harap lelaki tu tak masuk mimpi aku. Tolong jangan masuk...
" Hey Nayla. Kenapa kau bangun ? "
" Please jangan ganggu saya ! "
" Aku ada buat salah ? "
" Just go !! "
" But Nayla.."
" Pergiiii !!!! "
Dan akhirnya aku dapat tidur dengan aman tanpa ada gangguan. Ini lah yang aku nak. Tidur tanpa diganggu, rehat tanpa berperang dengan otak.
Tetapi, ini hanya sekejap sahaja kan? Nanti dia muncul balik? Sudah lah ! Just sleep Nayla !
˚ ༘♡ ⋆。˚
YOU ARE READING
『 OG 』𝗟𝘂𝘁𝗵 𝗤𝗮𝗶𝘀𝗲𝗿 | 𝗟𝘂𝘁𝗵 𝗔𝗹𝘃𝗮𝗿𝗼
Hayran Kurgu" Aku adalah mimpi yang mustahil " - Luth Qaiser Mengisahkan tentang seorang gadis bermimpi bertemu seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Namun dia tidak mengetahui bahawa lelaki tersebut berada di dunia nyata. Lelaki itu...