Ewa (Pantun)

26 9 0
                                    

Gunda gelana seakan terasa,
tidak tenteram rasanya sukma,
sungguh gelisah setiap harinya,
bagai curik menghiris dada,

Apakah ada yang bolak padanya,
apakah sudah terista hatinya,
berhari-hari mendiamkan diri,
membiarkan puspita setiap hari,

Puspita berasa ewa untuk berata,
berasa ewa untuk bercinta,
kerana dirinya tidak terbiasa,
bergantung kasih sebagai dayana,

Jangan diuji akan kata setia,
puspita sanggup menanti dasawarsa,
seakan debu yang mengharapkannya,
walhal dirinya pasti akan dipersia,

Ingin saja puspita cutel segala kisah,
agar hilang rasanya gelisah,
namun dinda tetap pasrah,
dihujani hingga basah,

Anom dabak kepada puspita,
mendambakan sebuah rasa cinta,
berusaha sedaya upaya,
dalam citra cita cintanya,

Menaruh bujuk bujangganya,
sungguh buat nestapa,
pada bunduk debu yang dipanggil puspita,
seakan dusta belaka,

Anom brata padanya,
seakan bratanya dapat ditunaikan,
puspita jua percaya,
namun dimana pembuktian,

Segalanya bersalahan masa,
bersauk saksi namun bersela,
bergontai puspita dalam berhadir,
agar berani tika ia hadir,

Matanya sehingga balut-balut,
kerana bangat dalam tangis,
luka yang berbalut menjadi parut,
kian hanya menjadi tangis.

-Zu

Ungkapan Cinta [✓]Where stories live. Discover now