Ku tilik dirimu dalam rasian yang redam,
agar kau tak terlepas dalam pinta yang kau randung,
semena-menanya muncul sembarang dalam semu,
hingga cacau dalam bujuk kasihmu,Menilik imanmu hingga terbular,
berdacing kasih yang sudah berduli,
benar kata mereka jangan berakah,
takutnya ia berang sehingga berata,Sungguh semuanya menjadi asrar diantara kita,
dalam asmaraloka yang terbina,
dirimu yang seharusnya digelar aria,
aria dalam asnad aslinya atmaku,Dalam angan ayun-temayun,
begitu azmatnya kerana azal,
hingga terkusut-kusut jemalanya,
berlambatan dalam menyemai,Ingin menambat atmanya namun begitu embal,
dalam enap dirinya sudah empunyai ningsun,
janganlah pula engkau bernista,
kerana ngerin dalam negeri antah-berantahmu,Harusnya dijerait dalam asmaradana,
begitu jerih kerana sudah jenuh,
kerana dia adalah idam-idaman,
dalam ewa tapi terhimpit juga akhirnya.-Zu
YOU ARE READING
Ungkapan Cinta [✓]
PoesíaPantun atau Sajak Cinta. Puisi Moden dan Puisi Tradisional. (hanya rekaan semata) Ungkapan Cinta dalam bahasa klasik/sastera bagaikan ungkapan yang penuh makna dalam jiwa yang terdalam untuk menyatakan cinta pada seseorang yang kita kagumi dalam di...