Emak sedang memotong ayam,
ketupat pula sedang dianyam,
ku tampar pipiku hingga lebam,
kerana ku memimpikanmu semalam,Limau ku makan begitu masam,
kurang ajar dipanggil kurang asam,
aku menghormati adat resam,
janganlah engkau bermuka masam,Mereka sediakan penyaram,
aku sediakan keropok,
perasaanku pendam dari semalam,
hingga digelar bujang lapok,Lemang dimasak ada empat,
masih saja mereka pilih ketupat,
anyamannya begitu ketat,
buatku sedar kita memang tak rapat,Sedapnya lauk rendang,
dicampur dengan nasi padang,
lagu raya sedang didendang,
matanya yang cantik aku terpandang,Membeli ikan di sebuah kilang,
ikan besar bernama kerai,
aku cinta bukan kepalang,
hingga mati tak terlerai,Berjalan dengan sopan santun,
duduknya dengan anggun,
aku disini masih berpantun,
hingga mereka terpegun,Tumbuhnya puspita anggerik sari,
dicari dalam nilam puri,
kalau cari yang setia tak terperi,
sudah tentu dialah bidadari,Jumpa durian haruslah berbagi,
jangan lupa ambil air di perigi,
ikan pari dipanggil ikan pagi,
kalau cinta ia takkan pergi,Ramai pelik itik berkaki,
leherku sudah berdaki,
jika tuhan menghendaki,
bertemu jua cinta yang hakiki,Di malam hari aku lapar,
hingga aku terketar-ketar,
kerbau sedap dikelar,
cintaku itu utuh dan malar.-Zu
YOU ARE READING
Ungkapan Cinta [✓]
PuisiPantun atau Sajak Cinta. Puisi Moden dan Puisi Tradisional. (hanya rekaan semata) Ungkapan Cinta dalam bahasa klasik/sastera bagaikan ungkapan yang penuh makna dalam jiwa yang terdalam untuk menyatakan cinta pada seseorang yang kita kagumi dalam di...