Syak Walang

19 9 0
                                    

Hanya dibaca warkahnya,
tidak terpikir untuk membalasnya,
apakah masih menjadi sukmaku,
jikalau begini terista sukmaku,

Kupohon jangan hanya membaca warkahku,
ku takut terista sukmaku dengan tunawicaramu,
bagai badut yang akan campah,
kerana canda terhapus oleh lembah,

Isilah wadah wa wadihnya,
jangan waadah sehingga waad,
waad kepada wadun yang dicinta,
walhal hanya tipu belaka,

Segala urna tidak lagi menyusulnya,
puspita menjadi syak walang selalu,
sehingga sempalai juga akhirnya,
menyanyikan senandung sendu,

Hanya kerana itu ia nestapa,
sehingga ngarai dalam mimpinya,
ia musykil dengan segalanya,
kerana ia hanyalah murba,

Hari demi hari berganti,
minum air serasa duri,
senantiasa bertanya pada hati,
kerana merasa telah ditaksiri,

Ia mengherik sekuatnya,
meyakinkan pada dirinya,
bahwa ningsunnya tetap bersamanya,
mulai curiga kerana tiadanya melela,

Selalu sahaja bertanya-tanya,
apakah ini hanyalah segala makarnya,
lebih baik ingsun mairat sahaja,
dengan langgam makhfir yang kian laranya,

Begitulah kalau sudah kesemaran,
walaupun ia kesuma yang digilakan,
tetap anom menjadi pilihan dihatinya,
untuk menjadi sukma selamanya.

-Zu

Ungkapan Cinta [✓]Where stories live. Discover now