Majlis

459 7 2
                                    

Medina merangkul lengan suaminya. Dia langsung tak bersuara atau apa pun. Mukanya juga statik tidak bereaksi. Sesekali dia pandang bawah untuk lihat andai gaunnya ketika itu masih terletak elok atau tidak.

"...if Syahira came out I'll blame you."

"If I make you mad, Amirah will come out."

"Urgh, I hate this." Medina berkerut dahi. Dia berjalan kearah meja buffet. Harini ada annual dinner syarikat ayah suaminya, Hafiz Mikhael. Hafiz tersenyum. Kepalanya dilentokkan di bahu isteri.

"It's okay sayang." Hafiz tersenyum. Host yang sedang mengacara dipandang. "...I love all your personalities."

"I don't love it." Medina mengambil banyak makanan dan letak dalam pinggan. Dia kisah apa dia gemuk? Perut dia. Kalau orang tanya jawab jelah pregnant.

Medina bawa Hafiz duduk di satu meja bulat kosong. Dengan sopan Medina makan. Melilau dia mencari seseorang sehinggalah dia nampak seorang wanita yang berjalan sendirian memakai gaun hitam dan tudung hitam. Medina angkat tangannya tinggi.

"Lyana!" Kuat pula tu suara dia memanggil. Hilang habis keayuan. Hafiz hanya tersenyum melihat dia. Lyana nampak Medina, dia terus lari kearah Medina dan tarik kerusi duduk disebelahnya.

"Kenapalah you tinggal I sorang? So awkward! Anak datin tu nak try I pula!" Rungut Lyana lalu mencium pipi kiri dan kanan Medina. Medina ketawa.

"Syafiq tu ke?"

"Ya! I don't care dia nak try tapi I pilih rupa. I nak cium orang yang goodlooking je."

Lyana memang begini. Dia jenis yang meterialistik. Dia memang sedang jadi realistik. Maksud dua goodlooking bukanlah goodlooking pun tapi jenis sedap mata memandang. Yang boleh buat dia tersenyum bila nampak dia. Yang macam Achey Bocey atau Aiman Bundle tu pun Lyana kata dah okey cuma dia minta yang setaraf. Ikut cara Islam.

Si Syafiq tu pula kaya, tapi tengok cara dia uruskan muka pun Lyana tak berkenan. Lagipun pernah kantoi Syafiq tu langgan GRO. Lagi turn off Lyana dibuatnya.

"Lupakan Syafiq. I should ask you how you doing. 2 Bulan tak jumpa. How's your office?"

"It's good. Eh, thanks tau. Sebab you, I dah buka office dekat Cyberjaya. Sumpah nak nangis. Kalini tanpa pertolongan sesiapa kecuali you yang sudi pinjamkan akaun tiktok dan Youtube you untuk promote tudung I. Now I dah masuk third batch already."

"Seriously? Cepatnya! Baru haritu I terima second batch you!"

"I live kat TikTok 30 minit haritu, sold out. Terus say goodbye dekat diorang sebab nak rancang next design. Sumpah, exciting gila!"

"Amboi. You're the millionaire-to-be one day, sayang."

"I will. Ikut jejak langkah you." Lyana tersenyum manis. Lama berbual, baru dia nampak Hafiz dekat sebelah Medina.  "Eh, hai Hafiz!"

"Hai." Hafiz senyum nipis.

Medina merenung kearah Hafiz. Dia jadi lembut hati bila nampak Hafiz. Terus dia bangun, ambil tisu dan lap mulut Hafiz. "Sayang~ comot tu~"

Lyana ketawa kecil. Dah mula dah. Medina takkan sesekali bangun semata-mata nak lap mulut Hafiz. Sah! Ini Syahira.

"Abang, you look pale. Are you okay? Oh my god. I love you so much please, eat slowly." Pinta Syahira. Makin galak pula Lyana ketawa. Macam Hafiz nak mati harini.

Hafiz hanya ikut saja apa yang isterinya lakukan. Inilah jadinya kalau Syahira keluar.

Ini semua gara-gara Medina pandang Hafiz terlalu lama.

5 KerabatWhere stories live. Discover now