Mirror

180 6 4
                                    

"Sayang, bangun. You kena kerja." Tubuh Medina digoyang lembut. Medina yang sedang tidur masih tidur. Dia siap peluk erat bantalnya. "Irdina~"

Hafiz tahu ini Irdina. Kalau Medina dia akan terus buka mata sebab sedar dah lambat. Tapi Irdina boleh tutup mata dulu.

"Ir taknak pergi sekolah lah papa~"

"Ir kena pergi juga! Papa suruh!" Hafiz bercekak pinggang. Irdina hanya menutup mata. Hafiz tersenyum. Dia ni kalau jadi budak-budak comelnya memang macam budak-budak.

Hafiz merangkak naik atas tubuh Irdina. Perut Irdina digeletek sampai Irdina ketawa mengekek. "Papa, gelilah!"

"Nak pergi sekolah ke taknak? Ha?"

"Taknak!" Irdina berpeluk tubuh. Dia mencebik bibir buat Hafiz terus cium pipinya. Irdina ketawa lagi. Budak-budak memang suka kena usik begini. Buat baik je, tunjuk senyuman terus mereka lembut hati.

Hafiz turun dari katil. Tubuh Irdina dia angkat lalu acah-acah seperti mahu baling Irdina. Irdina enjoy saja dirinya seperti sedang terbang. Setelah puas, Hafiz turunkan dia. "Cepat mandi. Papa bawa makan."

"Makan mana papa?"

"Hmm~ how about kita makan~ Starbucks?"

"Nak!" Terlompat-lompat Irdina dibuatnya. Suka betul dia ni bila dibelanja. Hafiz terus hulurkan tuala kepada Irdina. Irdina lari masuk dalam bilik air dimana tub mandi sudah disediakan. Ada satu baldi tepi tub berisi mainan untuk Irdina.

Laju Irdina berbogel dan masuk dalam tub mandi. "Papa, jangan pergi lagi tau? Irdina nak donut segiempat!"

"Ya sayang!"

******************
Pintu bilik air dibuka. Medina keluar bilik air dengan tuala yang disangkut dibahu dan tuala ditarik untuk menutup depannya. Medina berkerut dahi.

"I saw ducks in front of me." Ujar Medina. Hafiz yang sedang pakai sunscreen itu tersenyum.

"Irdina was cute."

"Fuck off." Medina membuka almari. Dia sangat tak suka kalau Irdina atau Amirah keluar. Dia boleh badmood seharian. Bila dah badmood, Amirah akan keluar lagi dan lagi. Jadi Medina kena belajar kawal marah dia.

Medina tarik nafas dalam-dalam. Dia keluarkan satu baju Pandaeyes lalu dicampak atas katil. Dia pakai dulu baju dalam dan singlet sebelum dia mula pakai baju Pandaeyes. Dia pakai pula sebelah Hafiz yang sedang pakai morning skincare dia.

Dulu muka Hafiz teruk. Medina yang ajar dia cara jaga muka.

Medina ambil satu tudung shawl chiffon di rak tudung lalu dipakai. Dia guna 7 pin supaya tudungnya terletak elok. Bila Lyana tahu dia guna 7 pin, Lyana terbeliak mata sebab Lyana paling-paling guna 3 pin je atau tak guna langsung.

"Oh my god look at that abang. We look good." Medina senyum. Bila tersenyum, bibir tebalnya yang seksi itu turut meleret menambahkan kecantikannya. Hafiz tahu maksudnya ini. Iphone 14 milik Medina terus dicapai dan dihulur kepadanya. Mujur tingkap sudah sedia terbuka. Cahaya matahari terus menjengah masuk.

"Wait, perfume. Lambang kewanitaan." Medina menyembur diri dengan wangian strawberry miliknya lalu telefonnya diangkat dan dihalakan kamera belakang ke cermin. Kalau Medina dah mula tangkap gambar, bukan satu tapi berpuluh-puluh gambar dia akan tangkap. Dari posing pegang tangan, lentok kepala di bahu, cium pipi sampailaj ke gambar paling haram, cium bibir Hafiz malah siap dirakam mereka berdua cium mulut.

Bukannya dia nak hantar dekat story pun. Simpan sendiri sudahlah.

"I think we did this all night. We've been married for 1 year already. Kenapa eh I belum pregnant?" Tanya Medina hairan. Tiada siapa paksa dia pregnant tapi sebagai isteri, dia juga mahu jadi ibu. Hafiz mengusap pipi isterinya yang lengkap dengan make-up.

"Nanti adalah tu. Allah suruh enjoy kita-kita dulu. Nanti ada anak susah dah."

"You ada Irdina bolehlah." Medina mencebik. Dia merangkul lengan Hafiz dan bersandar di lengannya. Dia hantar dulu gambarnya di story Instagram dimana setiap hari akan ada dalam 49k-150k yang akan tengon story dia. Dia memang terkenal sebab dia anak dato' dan cantik. Dari platform ini dia bantu Lyana untuk naik.

"By the way I was unconscious yesterday masa event. Siapa keluar?"

"Syahira."

"I thought Aqil keluar. HAHA! Sebab ada Lyana." Medina tangkap lagi sekali gambar baru. Dia bila tangkap gambar tak pakai filter kecuali kalau nak main-main sebab tak nampak seri sebenar dia.

"Aqil keluar masa nak tidur semalam."

"Penat kan nak suruh dia tidur sebelah? HAHAHA!" Medina ketawa terbahak-bahak. Kalau Medina dah start keluar malam tu memang tunggu tidur dan bangun esok pagi baru Medina boleh keluar semula. Hafiz hanya angkat bahu. Maknanya betul, Aqil mesti dah maki Hafiz habis-habisan sebab Aqil memang jenis homophobic teruk. Tak boleh dengan Hafiz langsung.

Medina muncung bibir. Saja nak puji diri-sendiri dalam cermin. Bila sudah puas, dia ambil beg tangannya dan jalan keluar dari bilik menarik tangan Hafiz sekali. "Jom, I lapar! Kita kena pergi kafe!"

"Let's go mamak."

"I'm wearing pandaeyes!"

"I- I'm sorry~"

"Eh, asal aku pegang tangan kau?" Amirah melepaskan tangan Hafiz. Hafiz tersengih. Beza ya Aqil dan Amirah. Aqil memang akan maki terus tapi Amirah masih ada kelembutan dalam bicara.

"...Medina ajak kau pergi mana?" Tanya Amirah. Semua personaliti Medina tahu sebenarnya dia duduk dalam badan Medina. Hafiz mengetap bibir.

"Mamak."

"Ha jomlah." Amirah berjalan turun ke bawah. Langsung tak pegang tangan Hafiz. Kalau dengan Amirah memang kena tahan dan sabar. Dia memang tak sukakan physical touch.

Susah. Emosi Medina ni sensitif. Pasti ada je yang keluar. Aish.

5 KerabatWhere stories live. Discover now