Aqil membuka matanya. Dia terus tersenyum. Dia nampak dinding putih dan suasana yang sangat natural. Sah! Dia yang menang!
Aqil bangun. Dia pandang ke kanan dia. Hafiz sedang solat di atas lantai. Aqil dengan segera mencabut jarum di tangannya lalu terus berjalan keluar dari wad. Hafiz sedar. Cepat-cepat dia habiskan solat dan berlari keluar kejar Aqil.
"Sayang, tunggu! Nak ke mana?"
"Ah, diamlah kau! Aku nak jumpa Lyana."
"Ouh, Aqil." Hafiz memakai kasutnya. Terloncat-loncat dia dibuatnya. "Aku hantar kau pergi rumah Lyana. Jom? Tapi sebelum tu kau kena discaj dulu. Mana boleh keluar macamni, Aqil."
Aqil berhenti. Dia berpaling kearah Hafiz. Dia ada tubuh dan wajah Medina. Bila dia renung Hafiz, Hafiz yang berpeluh tahap potong kaki. Cantik betul dia ni. "Mana nak discaj?"
"Sana, jom. Aku bawa kau pergi rumah Lyana."
"Betul ni? Kau nak tolong aku?"
"Ya."
"Okey."
*******************
"Okay. Don't worry, I'll be taking care of her.""Him." Aqil membetulkan.
"Him. I'll take care of him. Thank you, Hafiz." Lyana senyum. Setelah Hafiz ucapkan selamat tinggal sementara, Lyana tutup pintu dan berpaling kearah Aqil. Tudung di kepala dia cabut dan letak atas sofa. Buat rawatan hipnosis tapi yang keluar tak balik-balik sekarang adalah Aqil.
"Kenapa you yang keluar? Mana Medina?" Tanya Lyana. Aqil yang sedang makan karipap Lyana dengan selamba bulat mata.
"Well, kitaorang main satu game...siapa tutup mata dulu dapat miliki badan ni selamanya. Sayalah tu."
"Jadi sekarang Medina terperangkap dalam badan tu?"
"Lebih kuranglah. Tak boleh keluarkan. Kenapa?"
"...I need Medina. Tahu tak dia ada office nak kena jaga? Itu ini lagi. You boleh ke handle? Please, Aqil. Keluarkan Medina."
"Taknak. Nanti saya dah tak boleh jumpa awak lagi."
Lyana berjalan kearah Aqil. Pipi Aqil dia usap lembut. "Were you there when Medina kena seksa?"
"I..."
"Dia guna badan ni, dia jaga badan ni dari kecil elok-elok. Tangan ni. Tangan yang dia dah bunuh ayah dia sendiri kerana dendam kesumat kepada ayah dia. Sebagai lelaki dalam badan dia yang hanya muncul selepas segalanya berakhir, awak sanggup guna badan dia hanya kerana nafsu awak sendiri?"
"Tapi..."
"Aqil. Medina perlukan badan ni. Tolonglah, bagi dia semula. Kenapa semua watak dalam ni berebut nak guna badan dia sedangkan Medina belum pun mencapai kebahagiaan dia? Dia dah kahwin, ya. Dia dah kahwin tapi dia belum capai kebahagiaan kalau penyakit ni masih ada, Aqil. Aqil, please." Lyana merayu semahunya. Tangan Aqil dia genggam erat. Aqil mula rasa kasihan. Dia tunduk kepala.
"...awak tak rindu saya ke nanti?"
"Saya rindu. Mesti saya rindu watak yang dah buat saya jatuh cinta. Saya jatuh cinta dekat Medina sejak pertama kali kami bertemu and you make me love her harder."
"Jadi kenapa awak nak saya pergi? Kalau saya keluarkan Medina, Medina takkan bagi awak suka dia."
"Sebab saya sayang dia. Saya nak yang terbaik untuk dia. Saya tolak bermacam-macam lelaki, anak dato', anak tan sri, tapi tiada yang dapat ganti Medina dalam hidup saya. Aqil, you need to let go if you love someone. Just like how I let Medina go just because I love her." Rayu Lyana lagi sampai mengalir air mata. Aqil diam. Air matanya bergenang.
"I love you, Lyana."
"...I know."
"... I'll let this body go and let Medina lives. Tapi you kena janji. Whatever happens, I want you to know that Medina loves you too. Cuma tak sampai kahwin je."
Lyana senyum. Rasa sebak fikir fasal ni. Cinta yang tak dapat disatukan disebabkan jantina memang sakit. "Ready to let this body go? I'll never forget you, Aqil. I love you. You make feel safe."
"Kalau saya pergi, siapa nak teman awak?"
"Medina ada. Jangan risau. I'll find someone like Hafiz for me. Someone that will take care of me."
"Okay." Aqil peluk Lyana erat. Lyana hanya biarkan diri dia dipeluk. Rasa sebak juga nak lepaskan Aqil tapi ini yang terbaik buat Medina. Medina kena muncul. Tak boleh biarkan Aqil menguasai tubuh Medina begini.
YOU ARE READING
5 Kerabat
RomanceMedina Ilya, seorang gadis elegant, anak dato' pula tu namun sukar untuk mendapatkan jodoh kerana rata-rata yang meminatinya akan meninggalkannya selepas tahu Medina ada DID, iaitu mempunyai banyak personaliti dalam satu badan. Ada kalanya dia adal...