Rawatan

74 6 2
                                    

Medina berpegangan tangan dengan Hafiz masuk kedalam hospital mental itu. Sudah bertahun-tahun dia tidak kesini dan harini dia kembali lagi untuk kurangkan semula sakitnya ini.

Sewaktu sedang mendaftar nama, seorang budak kecil yang sedang pegang patung menarik-narik baju Medina. Dia memakai baju hospital. Kasihan Medina tengok. Kecil-kecil dah masuk sini.

"Kakak ni cantiklah."

"Terima kasih." Medina senyum manis. Kepala budak itu cuba dibelai namun tiba-tiba budak itu gigit tangannya sekuat hati sampai Medina terjerit sakit.

"Sakit!"

"Hey!" Hafiz cuba pisahkan gigi budak itu dengan tangan isterinya. Gigitannya terlampau kuat. Sampai terduduk Medina menahan sakit dan akhirnya, selepas diumpan dengan gula-gula baru dia lepaskan dan makan gula-gula.

"Maaf! Dia memang agresif!" Doktor disitu tunduk meminta maaf. Tangan Medina yang berdarah sekarang. Berlari nurse cuba menahan darah dari mengalir lagi banyak dari tangan Medina. Medina kelihatan menangis sebab sakit.

Niat dia baik, kenapa begini jadinya?

"You okay?" Tanya Hafiz risau. Medina mencebik. Dia bersandar di dada Hafiz.

"Sakit~"

"It's okay. Let's go. I got the number. Kena tunggu sekejap untuk jumpa Dr.Roy."

"Jika berjumpa Dr.Roy, apa akan jadi Dinda?"

"Dinda?"

"Dinda tidak mahu berjumpa dengan sesiapa kecuali abang Hafiz seorang." Ujar Dinda, menggenggam tangan Hafiz erat. Alamak, dia dah tambah karakter baru. Hafiz tarik Dinda duduk diatas kerusi. Dinda taknak lepaskan tangan Hafiz langsung.

"Dinda kena sihat. Jadi Dinda kena jumpa Dr.Roy."

"Benar. Dinda sakit. Sakit hati kerana Hafiz mahu lepaskan Dinda bersama lelaki lain."

Hafiz tersengih. Apa lagilah yang dia kena hadap. Bila dia kahwin dengan Medina, dia kahwin sekali dengan semua personaliti Medina.

Setelah hampir sejam menunggu, akhirnya mereka dipanggil. Dinda juga sudah hilang dan Hafiz biar Medina tidur di bahunya tadi. Masuk saja dalam bilik, Medina tersenyum.

Dr.Roy. Dia dah anggap Roy ni macam ayah dia sendiri.

"Doktor." Medina tarik kerusi. Dia dan Hafiz duduk serentak secara bersebelahan. Dr.Roy yang memakai kaca mata tebal itu membalas senyuman Medina.

"Is this Medina?"

"I am Medina." Balas Medina.

"...kenapa datang semula?"

"It's getting worse. Baru sekejap I sedar, I dah unconscious balik."

"Any worse?"

"Aqil tried to rape my bestfriend."

"Okay. Kita takkan guna psychotherapy lagi. We have a new method that I wanna try." Dr.Roy bangun. Dia menyediakan tempat tidur. "Kita akan guna teknik hypnotizing tapi kita perlukan persetujuan awak."

"Anything. Just rid them off of me." Medina berdiri. Dia sudah terdesak. Tidak suka dirinya begini.

"Sedia nak jumpa mereka?"

"Mereka?"

"Sedia nak hadap masa lalu awak semula?"

Medina mengetap bibir. Kembali ke masa lalu? Masa dimana punca dia dapat penyakitnya sekarang? Namun dia takde cara lain. Dia nak hilangkan penyakitnya yang sekarang.

Dia nak sihat semula.

"...saya setuju." Medina angguk kepala. Dr.Roy senyum, menepuk katil disebelahnya.

"Tidur dulu. Kita tengok hasilnya nanti."

5 KerabatWhere stories live. Discover now