Taknak Balik

103 6 2
                                    

Hafiz turun dari kereta. Dia nampak Medina sedang berdiri sebelah Lyana, berbual. Mukanya nampak tenang. Sejuk sikit hati Hafiz. Risau juga ni. Hafiz berjalan kearah Medina.

"Sayang, jomlah."

"Apa ni bersayang-sayang ni?"

Lyana senyum simpul. "Kenalkan, Aqil."

"Ah." Hafiz hanya mampu ternganga. Rasa macam proses akan jadi lambat. Aqil sampai genggam tangan geram.

"Medina tu Medina lah, aku ni aku! Yang kau nak panggil aku sayang tu kenapa? Geli tahu tak? Aku ni hanya lelaki yang terperangkap didalam badan perempuan! Euw!" Aqil menghentak kaki. Tudungnya dibuka lalu dicampak. Bila ada benda macamni terjadi, cepat-cepat Lyana dan Hafiz kepung Medina. Risau dirinya dirakam seperti dulu dimana aurat Medina terdedah kerana perangai Aqil dan Irdina.

"Irdina- Med- ermh. Aqil."

"I don't like this body. Saya nak buang semua benda!" Marah Aqil geram. Aqil memang sangat kasar orangnya. Lyana dah pegang bahu Aqil.

"You jangan nak buang apa yang you ada okay? I'm gonna find you Aqil kalau you buang dan tambah sendiri!"

Aqil angkat kepala. Matanya hanya merenung Lyana. Umum mengetahui, Aqil sukakan Lyana. Bila Lyana marah, lagi dia suka. "Kalau Aqil nak buang juga?"

"Dosa. Kena minta izin Medina dulu."

"Boleh."

"Macammana nak minta izin? Awak hilanh dia muncul, awak muncul dia hilang." Lyana cuba mengusik. Aqil menggigit bibirnya. Dia memejamkan mata dan cuba menampar diri-sendiri berharap agar Medina keluar namun tidak. Tidak semudah itu.

"Pergi balik dululah." Pujuk Lyana. Rambut Aqil diusap lembut. Aqil mencebik.

"Taknak aku balik dengan mamat poyo ni. Erm~ kita...kita dah kahwin kan? Kan? Saya balik dengan awak eh Lyana?" Aqil cuba memujuk. Dia sedar dia ni Medina. Dia sedar dia dalam badan Medina tapi masih tak sedar dia ni siapa sebenarnya. Pening kepala nak melayan.

"Kalau dia taknak balik takpelah. Kalau Lyana tak keberatan..."

"I boleh tolong jaga dia semalaman." Balas Lyana. Aqil terus tersenyum. Lengan Lyana dipeluk erat-seeratnya. Sebab Lyana tak menafikan, sekarang Aqil dah fikir yang mereka berdua betul-betul dah kahwin.

**************
Medina bangun dari lena. Sakit kepala pula pagi ni. Mungkin kerana dia dah tak sedar sejak habis makam semalam. Jumpa Hafiz pun belum. Tahu-tahu dia dekat rumah Lyana.

"Macam biasa, malam je Aqil muncul." Kata Lyana sambil gosok gigi di sinki. Medina berkerut dahi. Malasnya nak turun katil. Dia dah whatsapp HQ buat je kerja. Harini dia lambat sikit.

"Everything was right?"

"Err~ you tried to rape me."

"WHAT?"

"Aqil. Dia ingat kita dah kahwin and thought I nak you mulakan. Bullshitnya. Ingat balik rasa malu. You pushed me so hard sampai kena bucu katil. I nangis baru dia mengalah and tidur je sebelah I tapi request nak peluk. Eh, comellah Aqil. Munculkan balik Aqil."

"Gay ke you ni?"

"Maybe. Untuk Aqil je. Bukan you."

Medina berkerut dahi. Aqil tu dialah kan? Fizikal masih sama?

"...lagi satu Aqil buka tudung you in public lagi. Takde call ni, means you're safe."

"At least they know now that I have DID. Fuck, why is it so hard to live as me? " Medina baring semula atas katil. Dia dah nak masuk 30 Tahun. Makin dia besar, benda ni jadi makin okey tapi sejak dia kahwin, jadi makin melarat semula. Makin kerap dia bertukar.

Dah macam ultraman.

"I think I kena buat psychotherapy lagi sekali."

"Why? Is it hard?"

"Too hard. I nak buat kerja susah. Kalau Irdina keluar masa I tengah meeting macammana? Meeting cancel, tak jalan terus. Ini semua sebab that bullshit father!!" Marah Medina lalu melempar kuat minyak wangi atas meja itu ke dinding. Habis pecah berderai. Terkejut beruk Lyana dibuatnya.

"Medina, sabar! Nanti Amirah-"

"Kenapa kalau aku keluar?" Amirah bangun dan baring. Wajah Lyana ditenung garang. Lyana terus membisu, kelu. Dia cepat-cepat kumur dan geleng kepala.

"I mean- y- you broke the...perfume..."

"Aku boleh bayar baliklah. Barua." Amirah turun ke bawah. Dia jalan keluar dari bilik dan hempas pintu kuat untuk tunjuk yang dia tengah marah namun kemudian dia masuk semula.

"Kenapa aku kat sini? Mana Hafiz?"

"Rumah dia. Semalam Aqil keluar, dia taknak balik."

"Stupid Aqil!" Amirah menumbuka pintu kuat walaupun dalam hati sudah menangis kesakitan, dia masih lagak cool.

Amirah.

5 KerabatWhere stories live. Discover now