Medina terjaga dari lena. Dia bangun dari katil. Badannya berpeluh. Hairan. Bukankah semalam dia tidur di hospital? Kenapa harini dia bangun di rumah dia sendiri?
Medina berjalan keluar dari bilik. Biasanya dia sakit badan sebab kerja tapi kalini dia boleh bangun tanpa rasa sakit apa-apa. Mungkin sebab dah terlalu lama dia tidur kot.
Medina berjalan ke tangga. Namun pergerakannya terhenti apabila tangga itu berupa tangga yang pernah dia lihat satu ketika dulu dan ada seorang kanak-kanak sedang merenungnya di bawah sekali.
Mukanya putih pucat, memandang Medina dengan mata yang besar, bulat. Seram. Macam Ju-On.
"Abang." Medina memanggil. Dia mula rasa seram sejuk. Kepalanya ditundukkan. Bila dia langkah ke belakang, budak itu terus lari dan menghilang. Berkerut dahi Medina. Medina perlahan-lahan turun ke bawah. Berkerut dahi dia.
Itu...
Lelaki yang sedang hisap rokok itu ayah.
Itu ayah dia. Disebelahnya adalah seorang perempuan dan seorang budak perempuan. Perempuan itu sudah lemah, tidak terdaya langsung dengan darah yang melimpah dari perutnya.
Medina ingat, itu ibunya. Sebelah ibu adalah dia masa kecil dulu. Menangis teresak-esak dan berasa sangat takut. Cepat-cepat Medina turun, berlari kearah ayahnya yang sedang memegang pisau ditangan.
"Stop it! Hey!" Medina berlari kearahnya namun sebaik dia mahu mencapai tangan lelaki itu, tubuhnya menembusi lelaki itu dengan sangat mudah. Terkejut Medina.
Baru dia ingat, Dr.Roy dah hipnosis dia. Ini mimpi dia saja. Memori dia dulu namun ini dah melampau. Dia kena hentikan ayah dia juga.
"Ayah, berhenti! Anak awak tu! Takut duduk sebelah awak! Ayah!" Medina menjerit namun lelaki itu tidak mendengarnya. Dia jalan kearah Medina yang kecil. Rambut Medina yang kecil ditarik kuat keatas lalu dipaksa melihat ibunya ditikam berkali-kali depan mata. Medina pejam mata. Dia berpaling kearah lain. Air matanya mengalir laju.
Sakit tengok ibunya tersiksa. Medina takkan lupa kenapa dia boleh dapat sakit macamni. Sebab masa lalu dia bukan macam sekarang. Masa lalu dia tersangat teruk sehingga dia guna orang lain untuk tolong dia atasi masalah itu.
Air mata Medina mengalir. Dia pandang tempat lain, dia nampak ayahnya dibunuh oleh Medina sendiri. Itu adalah sewaktu ayahnya sedang tidur. Baru 2 hari selepas ibunya meninggal dunia dan dibiarkan membusuk dalam rumah. Medina menyimpan dendam kesumat yang tinggi sehingga membunuh ayahnya, Dato' Kassim Selamat dengan kejam sekali. Medina menikam ayahnya berulang kali sama seperti apa yang ayah dia buat kepada ibu.
Medina dah lupa yang itu. Dia lupa yang dia sendiri bunuh ayah.
Medina pandang kearah lain bila dia dengar suara ibunya sedang menyanyi. Medina nampak ibunya sedang belai kepala Medina yang kecil untuk tidur sambil nyanyikan lullaby.
"Mama~" Medina mengetap bibir. Dia rindukan ibunya. "Medina minta maaf. Medina tak dapat selamatkan mama. Medina biarkan ayah bunuh mama."
"...bukan salah kamu sayang."
Medina berpaling ke belakang. Teresak-esak dia menangis nampak ibunya sedang tersenyum kearahnya. "Mama~"
Ibu Medina, Sakeenah hanya berdiri merenung Medina yang sudah terduduk menangis. "Apa yang kamu tangiskan, Medina?"
"...ayah. Kenapa dia jahat sangat dekat kita mama?"
"Salah mama. Konon kahwin dengan dia boleh bahagia, kaya. Kahwin dengan dato'. Mama minta maaf Medina. Kamu nampak apa yang sepatutnya kamu tak patut nampak."
Medina mengelap air matanya. Tidak tahu bagaimana boleh ada dinding di belakangnya, dia bersandar. Wajah tenang ibunya diperhati. "Mama baik sangat. Mama ajar saya solat, mama. Ayah je..."
"Ayah jahat kan? Dia terimalah tu balasan dia dekat neraka nanti. Janganlah risau. Kamu macammana? Kehidupan sekarang dah okey?"
Medina tersedu-sedu. "okey...saya dah kahwin, mama."
"Anak mama dah kahwin." Sakeenah senyum. Dia berjalan rapat kearah Medina dan duduk disebelahnya. "Suami kamu macammana? Okey?"
"Hafiz Mikhael nama dia. Dia okey, baik sangat. Saya ada kawan. Namanya Lyana. Yang tolong tapis lelaki untuk saya adalah Lyana dan Hafiz yang terbaik. Saya sayang mereka berdua sangat-sangat."
"Lyana pun baik hati. Mama gembira kamu jumpa kehidupan yang betul."
"Tapi..." Medina bersandar di bahu ibunya. Bahu ibunya dicium lama. "Saya ada sakit kesan dari masa lalu."
"Sakit apa?"
"Saya akan keluarkan personaliti lain untuk tolong saya handle situasi. Contoh kalau saya marah, Amirah akan keluar untuk marahkan lagi orang lain. Dan bila mereka keluar, saya tak sedar. Mereka guna badan saya sesuka hati. Saya tak suka."
"Kenapa boleh jadi macamtu?"
"Tak tahu. Sebab saya ni baran kot? Suami sayalah yang kena. Hehe. Tapi dia okey. Dia kalau saya marah, dia tenang. Saya mengada, dia layan."
"Kamu jumpa yang terbaik. Bersyukur kamu tak macam mama." Sakeenah melentokkan kepalanya di kepala Medina. "...jadi budak baik, taat perintah suami, jaga aurat, jaga solat. Banyak lagi benda kamu kema hadap sebelum ajal, sayang."
"Amin. Saya janji."
"Tidurlah, sayang. Mama kat sini jaga kamu."
Medina memejamkan matanya. Dia mahu tidur ditemani dengan lullaby ibunya yang sudah berpuluh tahun dia tak dengar.
Medina tidur tersenyum. Rasa sejuk hati dan tenang setelah berjumpa dengan ibunya semula.
"Eh, mama ni bayangan je kan? Bukan hantu kan sebab mama..." Medina buka mata. Dia pandang sekeliling. Ibunya hilang dan rumah tadi hilang. Yang ada hanya satu kawasan putih yang sangat luas dan disatu sudut ada 7 orang manusia termasuk dua orang budak kecil malah ada seorang gadis yang amat dia kenali.
Itulah Medina sewaktu di universiti dulu.
Medina berdiri. Dia berjalan perlahan-lahan kearah mereka. "Siapa awak semua?"
"Your personalities." Jawab Medina yang satu lagi, sewaktu di universiti.
Jadi ini maksud Dr.Roy. Berjumpa dengan 'mereka.'
YOU ARE READING
5 Kerabat
RomanceMedina Ilya, seorang gadis elegant, anak dato' pula tu namun sukar untuk mendapatkan jodoh kerana rata-rata yang meminatinya akan meninggalkannya selepas tahu Medina ada DID, iaitu mempunyai banyak personaliti dalam satu badan. Ada kalanya dia adal...