"I need a chair." Medina berpeluk tubuh. Berkerut dahi Medina yang universiti. Yang menghulurkan kerusi adalah Syahira. Gadis berkulit putih susu dan sangat berbeza dengan Medina. Bibirnya nipis. Mana datang rupa macamni Medina pun tak tahu.
Medina duduk atas kerusi. "Korang kalau nak duduk, duduk kat lantai."
"Apa masalah kau ni?" Amirah menaikkan satu keningnya keatas. Muka dia ni sassy dan garamg sangat dengan kening tebal namun Medina hanya tersenyum simpul.
"Balasan. Suka keluar dan gantikan I, duduk kat lantai. Amirah, I heard a lot of complains from everyone that you raised you voice a lot!"
"So? They deserved! What's with you nak cari gaduh dengan aku? Come on! Kita buka gelanggang!" Amirah menempik. Berkerut dahi Syahira disebelah. Sakit telinga dengar Amirah ni menjerit.
"Macamni rupanya muka Amirah." Aqil bercekak pinggang. Kacak dia ni cuma muka dia comel sangat. Medina selama ni ingatkan dia ganas sangat.
"Kejap. You. Aqil. I paling geram, paling dendam dekat you."
Seperti tahu, Syahira menghulur penyapu kepada Medina. Medina angkat penyapu ke udara lalu memukul punggung Aqil. "Lyana mengadu kata you hampir rogol dia! You gila ke apa? You nak ubah I? You gila ke apa?! Menumpang dekat badan orang lepastu buat macam hak sendiri!?"
"Aduh! Sakitlah! Aku kan lelaki? Mestilah nak jadi lelaki! Ingat aku selesa ke ada tetek? No!"
"Fuck off! I hate you so much! And kau ni siapa?" Marah Medina, menghulur penyapu kepada seorang gadis muka ala-ala Maya Karin dan memakai baju kebaya.
"Namaku Dinda. Selama berkenalan."
"Since when kita ada Dinda?" Tanya Medina hairan. Tiada sesiapa pernah mengadu yang Medina ada Dinda jadi dia tak tahu. Masing-masing pun garu kepala.
Baju Medina ditarik dari bawah. Medina berpaling kearah seorang budak perempuan yang memeluk patung. "Kakak ni macam muka sayalah. Papa kata dia suka orang yang muka macam saya. Kakaklah tu!"
"... Irdina?" Medina duduk bertinggung dihadapannya. Dengan budak kecil Medina boleh baik. Rambut Medina ditolak ke belakang. "You look so cute. Papa kata dia paling suka kamu. "
"Hehe. Mestilah!"
"Be a good girl, okay?"
"Okay!"
Medina melihat ke belakang Irdina. Itulah dirinya sewaktu kecil dulu. Badannya penuh parut. Medina tarik dirinya waktu kecil itu dan peluk dia erat. Air matanya mengalir laju.
"...you did your best, sayang. You're the daughter figure in front of your mom's eyes."
"Melarat ke sampai kau kena buat macamni?" Medina lagi satu, yang lebih dewasa itu berdiri depan Medina. Yang melihat sudah pening kepala. Mana satu Medina yang sebenar? Muka Medina sewaktu di universiti dan sekarang sama.
"Sebab lama tak makan ubat kot. Diorang muncul balik."
"And I have Dinda?" Medina Universiti menunjuk kearah Dinda yang secara rawak sedang menghidu bunga. Medina senyum dan angguk kepala walaupun dia masih keliru.
"What happens?" Medina Universiti pegang kepala. Rasa nak give-up hidup pun ada.
"Nothing. Maybe just because I dah lama tak follow up the treatment schedule, it's getting worse. Plus, tekanan dari kerja lagi. Worse than your thesis."
"Is it? Kita dah kahwin ke?"
"Dah, Medina."
"Siapa? Hensem tak? Anak dato' macam kita?"
Medina angguk kepala. "Better than our father."
"Fuh!"
"Kejap, ni belum habis! Aku nak jumpa Lyana. Tak kisah fasal kau Medina. Aku perlukan isteri aku!" Aqil bertegas. Berkerut dahi Medina.
"Lyana tu bukan isteri kau!"
"How can be? She never denied anything! Kau je yang tak suka aku dengan Lyana."
"Aku suka je Lyana. Kau tu yang buat aku menyampah."
"I hate this so much but I need to go back to office. Medina, selama ni kerja kau aku yang handle. Bagi aku guna badan kau okey?" Pinta Amirah. Medina geleng kepala. Gila ke suruh orang lain guna?
"Tapi saya nak jumpa Hafiz~" Syahira mencebik. Pening kepala Medina dibuatnya.
"Nak jumpa papa~" Irdina mencebik.
"Dinda mahu bertemu kanda dinda! Ouh, kanda ku~"
"NO! I WON'T ALLOW THAT!" Medina menjerit sekuat hati. Dia melihat kearah satu tulisan yang tiba-tiba muncul didepannya. Tulisan tu muncul didepan semua orang.
"Yang berjaya pejam mata dahulu akan menggunakan badan ini selamanya."
Sekelip mata mereka pejam mata. Semua orang. Termasuk Medina, Medina Universiti dan Medina kanak-kanak.
Menanti, siapakah yang akan memiliki badan ini selamanya.
YOU ARE READING
5 Kerabat
RomanceMedina Ilya, seorang gadis elegant, anak dato' pula tu namun sukar untuk mendapatkan jodoh kerana rata-rata yang meminatinya akan meninggalkannya selepas tahu Medina ada DID, iaitu mempunyai banyak personaliti dalam satu badan. Ada kalanya dia adal...