Chapter 11

54 10 0
                                    

Hari yang telah lama ditunggu-tunggu sudah tiba.

Majlis yang kini sedang berlangsung, kian meriah dengan kehadiran tetamu.

Seperti yang dipinta, majlis perkahwinan itu dilakukan secara 'outdoor' berhadapan dengan gereja dan hanya dihadiri oleh kenalan-kenalan terdekat sahaja.

Cuaca hari ini juga seakan merestui. Matahari bersinar terang ditemani angin-angin sepoi-sepoi bahasa sahaja. Langsung tiada petanda cuaca buruk.

Darla amat lega akan hal itu.

Dress yang dipakai diamati dengan penuh debaran yang kian menjalar dalam diri.

Satu senyuman mula terukir perlahan-lahan. Semua ini bagaikan mimpi. Diusia seawal ini, dia dan...

Ah!

Bahkan mahu menyebut nama sang pujaan hati pun sudah menyebabkan dirinya menjadi tidak keruan.

Yoshi.

Tatkala nama itu bermain di dalam benak, raut wajah Darla semakin tidak keruan berubah kemerahan.

Dia dan Yoshi bakal disatukan. Dia akan memiliki Yoshi...cintanya, sepenuhnya.

Darla meneliti pula wajahnya yang sudah anggun dengan dandanan, tidak dinafikan, sungguh cantik.

"Babe!!"

Teriakan itu menyentakkan Darla.

"Tak sangka kau dah nak kahwin! Aku masih tak boleh percaya!" Teruja Irene berkata-kata seraya berlari memeluk Darla yang masih berada di dalam bilik persiapan.

Darla yang terkejut dengan kehadiran Irene secara tiba-tiba itu hanya membalas pelukan rakannya tanpa banyak soal diiringi tawa kecil.

Benar. Bukan Irene sahaja yang merasakan hal itu,

"Aku pun tak sangka aku akan buat keputusan untuk kahwin secepat ni." Tutur Darla jujur.

Sungguh dirinya gugup saat ini.

Perasaannya juga sedang bercampur baur.

Gembira,

Sedih,

Teruja,

Semuanya dirasakan serentak.

Namun, dia betul-betul sudah bersedia.

Sangat bersedia!

Untuk bergelar isteri kepada jejaka yang telah lama menjadi pemilik hatinya.

Kim Yoshi.

Tatkala memikirkan jejaka itu, tidak semena-mena senyuman terukir pada bibir munggil miliknya lagi.

Irene yang melihat situasi itu mula menayangkan wajah jelek.

"Sempat lagi kau angaukan? Wedding kau dah nak mula. Sedar sikit wahai Ahn Darla." Omel Irene.

Darla hanya tertawa perlahan.

"Aku keluar dulu. Take care!" Ujar Irene seraya melangkah keluar dari situ meninggalkan Darla bersama jurusolek dan beberapa orang yang ditugaskan untuk menyiapkan pengantin.

Darla menghantar pemergian Irene dengan senyuman.

~

"Jaden tolong." Pinta Yoshi lembut.

Jaden yang sedang menggayakan rambutnya tersentak seraya memandang Yoshi.

Tidak semena-mena senyuman mengejek terbit daripada bibirnya.

Figura Yoshi yang sedang melurutkan mata ke bawah bersama tangan yang cuba menyambung butang pada hujung kemeja yang dipakai olehnya itu sangat mencuit hati.

My Dearest [Yoshi]Where stories live. Discover now