Chapter 18

48 5 20
                                    

Jaden menarik bagasi miliknya dan Darla menuju ke arah pintu masuk lapangan terbang.

Figura Darla yang sedang berpelukan dengan Puan Ahn dan Tuan Ahn silih berganti dipandang sebelum dia mula melangkah mendekati sang ibu.

"Jaga Darla baik-baik." Pesan Puan Kim sebelum menarik tubuh tinggi Jaden masuk ke dalam pelukan.

"Mama betul tak nak ikut Jaden balik?" Soal Jaden penuh risau. Pelukan dieratkan.

Berat hatinya hendak meninggalkan ibunya bersendirian di sini.

Puan Kim mengangguk beberapa kali.

"Jangan lupa tanggungjawab kamu sebagai isteri. Jaga makan pakai suami kamu. Jangan terlalu ikutkan perasan." Pesan Puan Ahn sambil menepuk-nepuk belakang badan Darla yang sedang tersedu-sedan cuba menahan tangis dalam pelukannya.

Darla mengangguk kecil.

"Mari. Flight akan berlepas tak lama lagi." Ujar Tuan Kanemoto yang sedari tadi hanya memerhati.

Jaden melepaskan pelukan. Begitu juga Darla.

Figura Tuan Kanemoto yang sedang bersalaman dengan Tuan Ahn didekati oleh mereka berdua.

"Baliklah sini bila mana kamu berdua ada masa terluang." Pesan Puan Ahn.

Jaden mengangguk bersama senyuman kecil membalas ujaran Puan Ahn.

"Mari." Ajak Jaden seraya menghulurkan tangannya kepada Darla.

Tanpa sebarang kata, Darla menyambut huluran itu seraya melangkah seiringan dengan Jaden mengikuti langkah Tuan Kanemoto yang sudah berjalan jauh di hadapan.

Puan Kim, Puan Ahn dan Tuan Ahn hanya menghantar pemergian Jaden, Darla dan Tuan Kanemoto melalui pandangan.

~~~~

Kobe, Jepun.

Darla meneliti segenap ruang yang terdapat di dalam rumah agam mewah bertemakan classic modern itu.

Ya. Ini rumah agam milik Tuan Kanemoto. Atau lebih tepatnya, rumah agam milik Keluarga Kanemoto.

Beberapa frame gambar yang terlekap elok pada dinding diperhati satu persatu olehnya.

Hampir kesemua gambar yang terpapar pada frame tersebut memperlihatkan gambar sewaktu Yoshi dan Jaden masih kecil sehinggalah sewaktu mereka di usia awal remaja.

Tidak semena-mena Darla tersenyum tawar memandang gambar-gambar yang dilihat olehnya.

Sungguh tidak dapat disangkal oleh Darla bahawa Yoshi memiliki saudara kembar.

Walaupun hubungannya bersama Yoshi sudah mencecah hampir enam tahun, tidak pernah dia mengetahui bahawa jejaka itu memiliki kembar.

"Darla?"

Darla tersentak. Perhatiannya serta merta teralih pada suara serak garau yang memanggil.

"Dekat sini kau. Puas aku cari."

Darla tersenyum tawar memandang figura Jaden yang menghampiri dirinya.

"Kau cari apa?" Soal Jaden senada.

Darla kembali memalingkan wajahnya menatap gambar-gambar yang sedia dilekapkan pada dinding itu tanpa riak.

"Saya tak pernah tahu yang Yoshi ada kembar." Tutur Darla langsung menepis persoalan yang diajukan Jaden padanya.

Jaden diam. Tidak tahu bagaimana hendak bereaksi.

Seketika Darla menghela nafas berat. Terselit sedikit keraguan untuk meneruskan kata-katanya di situ.

My Dearest [Yoshi]Where stories live. Discover now