Darla tidak berhenti bermundar mandir di dalam bilik persediaan.
Di manakah Yoshi?
Jam ditangan dikerling sejenak.
Keadaan diluar yang sudah riuh dengan suara tetamu yang sudah tidak sabar menanti saat dia dan Yoshi disatukan semakin menambahkan tekanan dalam diri.
"Darla, apa yang jadi? Mana Yoshi?" Suara daripada si ayah mula menapak masuk menyapa halwa telinga.
Tanpa membalas, Darla meluru memeluk figura ibunya yang berada disisi ayah.
"Darla tak tahu. Yoshi sepatutnya dah sampai. Tapi..."
Puan Ahn menepuk-nepuk bahu anak gadisnya itu perlahan-lahan.
Tidak lama selepas itu, figura Puan Kim dan Tuan Kanemoto pula mula menyapa pandangan Darla.
Peluh dingin mula membasahi pelipis.
"Mana Yoshi mama? Kenapa dia tak sampai lagi?" Soal Darla penuh risau.
Puan Kim mati kata untuk menjawab. Dia juga tidak tahu apa-apa berkaitan hal itu.
"Dah cuba call?" Soal Tuan Kanemoto bernada gusar.
Puan Kim mengangguk.
"Dah banyak kali saya call. Satu pun tak terangkat."
"Jaden?"
Sekali lagi Puan Kim mengangguk.
"Sama. Dua-dua tak angkat call."
Tuan Ahn dan Puan Ahn menghela nafas pasrah.
Figura Darla yang masih memeluk erat ibunya ditatap oleh semua yang berada di situ dengan pandangan sukar ditafsir.
Sungguh Darla mulai runsing.
Apa yang dibincangkan oleh ibu bapanya dan ibu bapa Yoshi langsung tidak dipedulikan. Perasaan gusar sedang mengusai diri sepenuhnya.
Darla melepaskan pelukan.
Empat figura yang berada dihadapannya ditatap silih berganti.
"Takkanlah Yoshi...-"
...
...
...
...
"Pengantin lelaki telah tiba!"
Suara daripada pengacara majlis menyentakkan kesemua yang berada di dalam majlis itu termasuklah Darla dan yang lain.
Darla menghela nafas penuh lega.
Syukurlah.
"Pengantin perempuan diminta bersedia." Ucap pengacara majlis itu lagi.
Mendengarkan hal itu, Puan Kim dan Tuan Kanemoto membawa diri kembali pada tempat duduk mereka diikuti Puan Ahn, meninggalkan Darla bersama Tuan Ahn di dalam ruang persediaan.
Jihoon, Jaehyuk dan Junkyu terpanar memandang sosok tubuh yang sudah berdiri di samping paderi.
"Itu bukankah..." Jihoon tidak mampu menghabiskan kata-katanya.
Apa yang dilihat saat ini sungguh tidak dapat disangkal.
"Semua diminta berdiri untuk menyambut kehadiran pengantin perempuan." Pinta pengacara majlis.
Para tetamu mula berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh.
Muzik latar mula didendangkan.
Darla menarik nafas perlahan. Cuba menghilangkan gemuruh dalam diri.
YOU ARE READING
My Dearest [Yoshi]
Fanfiction"Kau bukan dia!" - Ahn Darla "Then what?!"- Kanemoto Jaden Mampukah hati menerima kehadiran dia sebagai pengganti? "Every sunset is a proof that everything has it's ending."- Kim Yoshi "I love you..." Start : - End : - Most Impressive Ranking 🏆 🥇#...