Chapter 5

68 9 3
                                    

Hari yang telah lama ditunggu-ditunggu oleh semua mahasiswa dan mahasiswi telahpun tiba.

Hari di mana berakhirnya peperiksaan yang dijalankan bagi menentukan gred pencapaian yang bakal diperoleh.

"Freedom!!!!" Jerit Jihoon.

Yoshi tersengih.

"Finally! Kita bebas! Graduation day I'm coming!!!" Jerit Junkyu seraya memeluk erat Jaehyuk yang berjalan dihadapannya tanpa menghiraukan mata-mata yang mula memandang mereka pelik.

"Jadi Yoshi? Bila nak bagi tarikh wedding korang?" Soal Jihoon seraya mendekati Yoshi.

Bahu milik Yoshi dipaut erat bersama hempukan kecil diberikan beberapa kali.

Yoshi menyimpulkan senyuman tampan miliknya.

"Bulan depan." Balas Yoshi tenang.

Jihoon, Junkyu dan Jaehyuk melopong. Serta merta langkah mereka terhenti.

"Seriously?!" Soal mereka serentak.

Namun, riak selamba sahaja Yoshi paparkan pada wajah.

"Korang berdua dah bincang?" Soal Jihoon.

Yoshi mengangguk bangga.

"Dari hari pertama aku lamar dia lagi." Usai berkata demikian Yoshi berjalan meninggalkan Jihoon, Junkyu dan Jaehyuk terkebil-kebil dibelakang.

Yoshi mengemam bibir menahan tawa daripada meletus apabila melihat wajah terkejut daripada rakan-rakannya itu.

Dia juga sukar percaya bahawa dirinya dan Darla bakal disatukan tidak lama lagi.

"Yoshi!"

Senyuman serta merta melebar tatkala mendengar lunak suara si pemanggil.

"Yoshi!!" Panggil Darla lagi, namun kali ini kedengaran lebih meleret.

Sungguh dia merindui jejaka kesayangannya itu.

Sudah lama mereka tidak bersua muka.

Figura Yoshi bersama beg sandang yang dipikul pada sebelah bahu didekati.

Yoshi tersengih sehingga menampakkan barisan gigi hadapan miliknya.

Tingkah Darla yang sedang berlari anak mendekatinya saat ini sangat mencuit hati.

"Miss you. Cutie." Tutur Yoshi lembut seraya mencuit perlahan hujung hidung milik Darla.

Darla hanya tersengih nakal diperlakukan sebegitu.

"Jom?"

Darla memandang Yoshi terpinga-pinga.

"Pergi mana?" Soal Darla hairan.

Yoshi hanya membalas dengan senyuman penuh makna.

Darla dibawa mengikuti langkahnya tanpa banyak bicara.

~~~~

Pintu bilik persalinan yang terletak saling berhadapan di dalam butik itu dibuka perlahan-lahan oleh beberapa orang petugas yang bekerja.

Tatkala itu, terpacullah sosok anggun dan tampan yang saling mencari tatapan antara satu sama lain dari dalam sana sehingga menimbulkan senyum kepada sesiapa sahaja yang memandang dek terpegun dengan pemandangan indah di hadapan mereka tika ini.

Kedua-duanya sudah lengkap mengenakan dress dan tuxedo layaknya bakal pengantin.

Yoshi tergamam menatap figura Darla yang kini mengenakan dress pengantin berwarna putih berlengan panjang.

"Cantik." Tidak semena-mena perkataan itu terpacul dari mulut Yoshi.

Sungguh gadis itu terlihat anggun mengenakan dress tersebut.

My Dearest [Yoshi]Where stories live. Discover now