Chapter 13

41 5 0
                                    

Sinaran cahaya daripada lampu menyebabkan gadis yang sedang terbaring di atas katil itu begerdip beberapa kali sebelum dia mula membuka mata perlahan-lahan mengamati keadaan.

"Dear..." Satu suara garau bergema perlahan.

Darla diam mengamati figura yang lengkap bertuxedo putih yang berdiri tidak jauh darinya.

"Yoshi..." Panggil Darla perlahan.

"Maafkan saya dear."

Darla tersentak. Dia mula berdiri dari pembaringan dan cuba menghampiri sosok tampan itu.

Bilik yang dipenuhi cahaya berwarna putih pada keseluruhannya langsung tidak dihiraukan.

"Saya terpaksa pergi dulu." Tutur Yoshi masih diposisinya, berdiri tidak jauh dari Darla. Langsung tidak berganjak.

"Yoshi... Awak nak pergi mana?" Soal Darla bingung bersama tubir mata yang mula bertakung.

Namun hal itu hanya dibalas senyuman manis dan tenang daripada Yoshi.

"Saya perlu pergi ke tempat yang jauh. Jauh dari awak. Jauh dari semua." Balas Yoshi bersama senyuman.

Darla berhenti melangkah. "Tapi..."

"Selamat tinggal Dear." Ujar Yoshi seraya berpaling dan langsung berjalan tenang meninggalkan Darla.

"Tidak! Yoshi tunggu!" Darla cuba berlari dan memeluk Yoshi, menghalang pemergiannya. Akan tetapi segalanya terasa berat. Kakinya seakan tidak mampu untuk mengorak langkah.

"Yoshi tunggu! Yoshi!" Darla mula berteriak tidak keruan memanggil jejaka itu.

Akan tetapi, figura Yoshi semakin menghilang ditelan cahaya putih yang semakin lama semakin terang sehingga menjejaskan penglihatan Darla.

"Yoshi! Jangan tinggalkan saya!!" Teriak Darla lagi seraya cuba mengejar langkah Yoshi.

Namun hampa, kakinya semakin terasa berat untuk melangkah, seakan ada sesuatu yang kuat menghalang dan menghempap.

Mengapa? Mengapa langkahnya terasa berat begini? Mengapa? "Yoshi!!!"

"Yoshi!!!!"

KLEK!

Bunyi pintu yang ditutup dari dalam menyetakkan Darla yang baru sahaja terjaga. Tercungap-cungap dirinya mengatur nafas.

Peluh dingin yang membasahi pelipis disapu perlahan.

Ternyata itu semua hanyalah mimpi.

"Dah bangun?"

Darla memalingkan wajahnya menghadap gerangan yang mengeluarkan suara.

Wajah jejaka yang betul-betul berada dihadapannya saat ini ditatap penuh haru.

Serta merta cecair hangat mula memenuhi tubir matanya.

"Yoshi!" Tangis Darla seraya bangun dari pembaringan dan memeluk figura yang disangkakan Yoshi itu.

Jaden tersentak dengan tindakan Darla yang tiba-tiba memeluk dirinya.

Terbongkok-bongkok dia menerima pelukan itu.

"Yoshi! Saya mimpi buruk." Tutur Darla dalam tangis.

"Saya mimpi saya kahwin dengan orang lain. Bukan awak." Tersedu sedan Darla menuturkan ayatnya.

My Dearest [Yoshi]Where stories live. Discover now