Chapter 7

55 9 6
                                    

Bagasi ditarik memasuki perkarangan rumah agam mewah yang sudah tidak asing padanya.

Dia kini berada di negara yang telahpun menjadi tanah air kedua baginya..,

Korea.

Dengan langkah bersahaja, kaki menapak ke arah pintu masuk utama sebelum tangan mula menekan kata laluan pada pin yang telah ditetapkan pada pintu masuk rumah agam itu.

Yoshi yang pada saat itu turut sama baru melangkah masuk pada bahagian ruang tamu tersentak tatkala bunyi pin pada pintu masuk rumahnya ditekan.

Segera langkah diatur mendekat.

Belum sempat Yoshi berbuat apa-apa, pintu masuk rumahnya sudah selamat dibuka dari luar.

Figura seseorang bersama bagasi mula kelihatan.

Yoshi tergamam.

Begitu juga si dia.

Tidak lama selepas itu, bibir Yoshi mula mengukirkan senyuman yang lebar.

Figura itu turut melakukan perkara yang sama sebelum berdecih sinis perlahan.

"Buat apa berdiri situ lama-lama? Tak rindu aku? My twin little brother?" Seloroh Jaden bersahaja bersama tangan yang didepakan.

Mendengarkan hal itu, senyuman Yoshi kian melebar hingga menampakkan barisan gigi hadapan miliknya.

"Jaden!" Seru Yoshi sedikit berteriak.

Tubuh tinggi lampai Jaden dipeluk erat.

Sungguh dia merindui pelukan hangat daripada abang kembarnya.

Jaden membalas pelukan daripada Yoshi dengan memperkemaskan lagi pelukan antara mereka.

Dia juga merindui adik kembarnya yang satu ini.

"Mana daddy?" Soal Yoshi tatkala pelukan dileraikan.

"Menginap dekat hotel...macam biasa." Jelas Jaden.

"Mama?" Soal Jaden pula.

"Office." Ringkas Yoshi membalas namun sudah cukup untuk Jaden faham.

Seketika mereka terimbau kembali peristiwa sepuluh tahun yang lalu disaat mereka baru mencecah usia awal remaja.

★★★★★★

Flashback ~~
10 Years ago...

Kobe, Jepun

"Lepaskan saya!"

"Okay! As your wish!"

Tuan Kanemoto mencerlung tajam panahan mata penuh kebencian yang diberikan oleh sang isteri.

Yoshi dan Jaden yang mencuri dengar perbualan kedua-dua ibu bapa mereka dari luar bilik itu mulai tidak senang duduk.

"Saya akan tuntut hak penjagaan anak-anak! Awak tak layak untuk jaga mereka berdua!" Bentak Puan Kim.

"Tak! Aku tak akan benarkan! Aku juga berhak!" Usai berkata demikian, Tuan Kanemoto membuka pintu biliknya kasar.

Tersentak dirinya seketika tatkala mendapati dua sosok anak terunanya sudah berdiri betul-betul dihadapan pintu bilik.

Yoshi dan Jaden turut tergamam. Lantas mereka mula menjauh.

Wajah si ayah tidak berani dipandang.

"Now daddy nak kamu berdua pilih! Mama atau Daddy." Tutur Tuan Kanemoto.

My Dearest [Yoshi]Where stories live. Discover now