Chapter 21

32 3 0
                                    

"Hstt! "

"Hsstt"

"Hsst! " Ringis Jaden untuk kesekian kali tatkala kapas yang berisi cecair ubat itu bertemu dengan luka pada bahagian sisi bawah mata kirinya.

Wajah gadis yang masih tekun mengubati luka pada bahagian tepi bibirnya itu ditenung dingin.

"Tahan." Lembut Darla memujuk sambil tangan masih tidak henti daripada perbuatannya. Menghiraukan Jaden yang jelas sedang menahan sakit saat ini.

"Hsst!"

Ringis Jaden lagi. Sungguh rasa pedih dan ngilu yang dirasakan tidak main-main. Tambah lagi apabila bertemu dengan cream luka yang digunakan Darla.

Kebiasaannya, luka sebegini hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat. Namun apa pilihan yang dia ada apabila melihatkan Darla bersungguh-sungguh meminta ingin mengubatinya.

Gadis itu kelihatan kembali mengambil kapas baharu sebelum bertindak mengolesnya sedikit dengan ubat.

Melihatkan itu, laju Jaden bertindak meraih pergelangan tangan Darla. Mengisyaratkan agar dia berhenti. "Dah."

Akibat tersentak dengan tindakan itu drastik Darla berhenti.

Wajah Jaden yang masih ada kesan lebam yang belum diubati dipandang.

Apakah?

Jadi, ini bermakna dia hanya perlu membiarkan luka itu tanpa dirawat?

Tidak mungkin!

"Tapi..."

Damn! Darla jeda dengan sendirinya.

Tidak. Penjelasan atau bantahan tidak akan membantu apabila berhadapan dengan seorang Jaden.

Saat itu juga satu idea jahat mula menerjah minda. Tangan Jaden yang masih kemas memegang pergelangan tangannya dikerling sekilas sebelum...

"Argh!" Aduh Darla bersama riak berpura-pura menahan sakit.

Takkan semudah itu dia menuruti kehendak jejaka berwajah dingin dihadapannya ini. Tengah sakit macam ni pun masih nak ego lagi.

Sudahlah luka ini terhasil disebabkan dirinya. Fikir dia hanya akan membiarkan begitu sahaja? Memang tidak!

Tindakan itu serta merta membuatkan Jaden melepaskan pegangannya pada pergelangan tangannya.

Tanpa berlengah, saat itu juga Darla segera kembali meneruskan tindakannya yang terhenti tadi.

"Argh!!!! " Erangan Jaden lantang kedengaran memenuhi ruang tamu. Raut bengis jelas terpampang pada wajah tatkala menerima tingkah mengejut sebegitu. Berani!-

"Saya cakap tahan.., tahan dulu sampai saya selesai..."

"Please..." Pujuk Darla sambil memegang kemas bahu milik Jaden. Menghalang pergerakan jejaka itu tanpa menghiraukan panahan mata helang yang kini sedia mencerlung tajam dirinya.

Aura dingin yang agak luar biasa dikeluarkan itu sedikit sebanyak menimbulkan gugup dalam diri.

Berdehem pendek Darla tatkala melihatkan Jaden yang kini langsung tidak memberikan reaksi lain selain mencerlung tajam dirinya.

Cerlungan itu seakan renungan seekor harimau yang akan membahang mangsanya pada bila-bila masa sahaja.

Tidak dinafikan, Darla kecut perut menerima renungan maut itu.

Menghiraukan itu, laju sahaja tangan bergerak mengubati lebam yang masih tersisa perlahan-lahan sebelum mencapai bandage lalu dilekap pada bahagian sisi bawah mata kiri milik Jaden pula. Menutup sepenuhnya semua luka ringan itu.

My Dearest [Yoshi]Where stories live. Discover now