"orang kata jangan mudah jatuh cinta."
typing...Ayana menunggu gugup respon Zikry. Ya Allah Ya Tuhanku... mohon hilangkan debaran hati ini...
ikhwan zikry
owhhh
thaank youu sebab bagitahuu
kalau wslm mcm manaa?
sbb ramai org pakai mcm tuAyana tersenyum bahagia, bahagia yang betul-betul dari benak hatinya. bahagia kerana tekaan dia benar, di mana lelaki itu bakal memberi respon yang baik terhadap tegurannya. malah, lelaki asal Terengganu itu turut menunjukkan minatnya untuk melanjuti ilmu berkenaan salam dengan lebih mendalam.
Ayana akui. lelaki itu lucu. sungguh lucu. lucu kerana apabila bertanya, dia betul-betul ingin tahu, bukan untuk menyindir dirinya yang barangkali seperti acah-acah tahu.
itu baru satu. belum lagi mengira seberapa banyak lagi sifat-sifat lelaki itu yang membuatkan Ayana jatuh hati. terlalu banyak dan mungkin tidak dapat terhitung.
dan sungguh. jarang sekali untuk bertemu lelaki seperti dia. sepertinya Ikhwan Zikry itu ialah satu antara seribu lelaki di dunia ini.
harapnya dia sukakan aku.
harapnya Ikhwan Zikry sukakan Izza Adriana.
di sebalik skrin handphone iPhone 12, Ayana menarik senyum antara kelat dengan pahit di bawah sedar.
tidak, tidak mungkinlah. itu hanyalah mimpi indah yang tak mungkin tercapai.
skrin telefon itu ditutup. dan gadis itu sekadar memerhati skrin yang telah hitam itu dengan pandangan kosong.
-
dengan malas dan beratnya, Ayana memanjat naik tangga di blok biru. kelasnya di situ, dan malang baginya kerana mendapat kelas yang terletak di tingkat atas sekali. pada tengah hari itu, dia menghadiri kelas tambahan Add Math. sudah menjadi kebiasaan untuk pelajar aliran sains pulang lewat berbanding aliran lain.
saat dia sedang gigih membakar kalori, pandangan matanya secara tidak sengaja menyinggah pada suatu susuk.
Ikhwan Zikry.
kelihatan lelaki itu seperti kebiasaannya, sedang berdiri di luar koridor kelasnya sambil membuang pandang ke blok bertentangan. hati Ayana berbunga sejenak. kelas yang bertentangan dengan kelas Zikry itu ialah kelasnya, 4 Sains 2.
kelihatan lelaki itu sedang menggalas beg sekolah berwarna kelabu miliknya itu.
"kalau dah bawa beg tu mesti dia pergi ke makmal jawabnya." Ayana berbicara sendiri. dirinya ada melihat jadual kelas 4 Sains 1, kelas Zikry untuk hari itu. jika tidak silap, kelas Zikry ada kelas Biologi.
"kenapa dia berdiri seorang diri? tak takut lambat ke pergi kelas Cikgu Habsah." gadis itu mengerut dahi. bayangan Adam Muammar, Hakim Imani dan Shahrul Basyar berdiri di luar pintu makmal yang Ayana lihat tadi menerjah semula minda sang gadis.
barangkali jejaka itu sedang menunggu seseorang, ya?
sambil Ayana memerhatikan Zikry yang tidak sedar dirinya diperhati, gadis itu memperlahankan langkah kaki. dia ingin melihat insan yang sedang ditunggu lelaki pujaannya itu.
usaha Ayana yang berjalan seperti siput babi itu berhasil apabila Zikry memusingkan badan ke belakang, sepertinya memang benar dia sedang menunggu seseorang itu.
tanpa membuang sesaat pun, Ayana mengalih pandangan mata ke seseorang di belakang Zikry itu.
senyumannya mati.
ternyata seseorang itu ialah Maisara.
Ayana menoleh semula ke Zikry. jelas kelihatan, terlakarnya senyuman indah di wajah lelaki itu.
terus Ayana terpaku. jantungnya seperti ditusuk berkali-kali. sakit. pedih. pandangan Ayana jatuh memandang lantai tempat kakinya berpijak. tanpa melihat semula ke Zikry mahupun Maisara, dia kembali sambung memanjat tangga.
dengan perasaan sebal, dia menghembuskan nafas kecil.
biarlah, Ayana. biarlah. biarlah si rama-rama itu bahagia mendekati bunga pilihan hatinya.
-
mintak doakan urusan i dipermudahkan <3
YOU ARE READING
kamu ✓
Romance| 2023 | "tidak ada lelaki sebaik dia." kisah si gadis yang sekadar memerhati, lelaki yang disukainya menyukai gadis lain. Izza Adriana, si bunga menanti rama-rama pilihannya, Ikhwan Zikry, namun rama-rama itu sendiri sudah terbang pergi ke bunga la...