1.0 - before the end.

72 14 44
                                    

jarum jam tepat menunjukkan pukul sembilan malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

jarum jam tepat menunjukkan pukul sembilan malam. seusai solat isyak dan mengaji beberapa helai halaman al-Quran, Zikry menghempas lembut tubuhnya ke katil. dia mencapai telefon pintarnya di laci sebelah katil.

"astaghfirullahal'azim."

sejak dua menjak ini, fikirannya terganggu. benak hatinya seringkali rasa tidak menentu.

ya Allah, ya Tuhanku, aku mohon tenangkanlah aku.

Zikry menghembus nafas besar. lelaki itu berzikir seketika sebelum membuka skrin samsung 22a. headphone di atas katil dibiar tidak terusik. tiada mood untuk melakukan hobinya pada masa ini; mendengar lagu. 

ruangan chat antara dia dengan Ayana terpampang penuh pada skrin.

dahulu semenjak dia sudah move on, perasaannya terhadap Ayana biasa-biasa saja. namun apabila gadis itu kembali hadir dalam hidupnya, dengan mata gadis itu yang asyik curi memandang ke arahnya, apabila gadis itu seringkali menghantar pesanan lewat whatsapp walaupun sekadar untuk tugas pengawas.

entah mengapa hati lelaki itu terasa terusik.

ada alasannya mengapa dia memanggil Ayana sebagai Izza. dia mahu hanya dia yang memanggil Izza. biar hanya dia yang istimewa. tetapi sekarang... nak teruskan mengejar Ayana pun dia rasa tidak patut saja.

jarinya menyua skrin telefon masuk ke aplikasi instagram. profil ayana ditekan, dan tanpa berfikir dua kali dia menekan juga link ngl di bio instagram ayana. dia mahu menyampaikan sesuatu pada gadis itu. hanya malam ini; ini kali pertama dan mungkin jua buat kali terakhir.

write an anonymous message! to ayaanaizz

assalamualaikum izza|

assalamualaikum ay|

"nak tulis apa eh." lelaki itu meramas rambut ikalnya seketika. sesaat kemudia, dia mendapat ilham.

assalamualaikum, hai kamu di sana,

aku mahu berterima kasih
kerana sudi menjadi kawan aku.
aku doakan kamu dapat
jodoh yang soleh,
yang mampu menjaga kamu dengan baik.

ibu jari Zikry bergerak ke butang send. masih berkira-kira untuk menghantar pesanan itu atau tidak. lima minit dia menatap skrin handphonenya, lalu dia membatalkan saja pesanan itu. lekas Zikry keluar daripada website ngl milik Ayana.

"sudah la, Zik. dia sukakan orang lain. dan orang tu pun suka dia."

lagi pula, Zikry ada seseorang yang selalu bertanya khabar, selalu mengambil berat, selalu memberi kata semangat padanya di kala dia memerlukan. orang itu tidak lain tidak bukan ialah Maisara. siapalah dia untuk menipu jika sedikit sebanyak, hatinya mula terpikat dengan Maisara. namun, kenangan antara lelaki itu dengan Ayana membuatkan dia gamon untuk saat ini.

kamu ✓Where stories live. Discover now