cut scene bab tiga

14 2 0
                                    


banyak-banyak manusia di situ, hanya Ayana dan Hanis sedar tentang pisau lipat di tangan pelajar perempuan itu. Hanis melajukan langkah.

"dik, bawa bertenang dik." Hanis menelan liur. sungguh dia gementar, dia takut. takut sekiranya dia terlambat, perkara buruk akan berlaku.

Ayana dapat melihat, jelas di wajah pelajar itu terpamernya riak sedih. atau mungkin, riak sengsara. matanya merah, dan perlahan-lahan butir sejernih mutiara turun dari kedua mata adik itu.

"dik..." belum Hanis habis berbicara, adik itu mendekatkan pisau lipat ke lengan kirinya.

"dik!" tanpa berlengah, Hanis cuba mengenggam tangan kanan adik itu. cuba merampas pisaunya. Ayana refleks berlari anak ke arah Hanis dan adik yang sedang dalam pergelutan. pergelutan mereka terlalu kuat sehingga Hanis dan adik itu jatuh ke lantai.

"korang! tolong korang!" Ayana jerit memanggil pengawas yang lain.

suasana menjadi semakin panik!

Affiqah cepat-cepat datang membantu.

"dik, bawa bertenang dik." Ayana terpaksa menahan kaki adik. adik itu sudah meronta-ronta, seperti orang kerasukan. esak tangisnya mula kedengaran, malah semakin menggila. sepertinya dia sedang melepaskan segala kesakitan yang disimpannya selama ini.

sempat mata Ayana membaca tag nama junior itu. Syafiqah.

kemudian matanya berpindah pada Hanis yang sedang bergelut tangan dengan Syafiqah. tangan kiri Hanis menahan tangan kiri si adik. tangan kanannya pula sedang bergelut mendapatkan pisau. namun genggaman Syafiqah terlalu kuat. pisau masih belum terlepas dari tangan.

"eh dik lepaslah dik." Affiqah duduk mencangkung. dia turut sama berjuang. tapi dia berjuang dengan cara menepuk-nepuk paha adik itu. bunyi tepukan sudah seperti dia sedang menepuk nyamuk.

"Fiqah janganlah tepuk. sakit dia nanti." Ayana melarang. tangannya masih kuat menahan kaki Syafiqah.

"dear princess darling, tolong lepaskan ni. urgh. oh my darling, darling. you shouldn't do thisss." Hanis cuba memujuk dengan lebih diplomasi. tangannya masih struggle merampas pisau. wajah Hanis yang berkerut-kerut sudah bertukar jadi merah. namun dia masih mampu tersenyum.

"adik sayang, lepaslah adik sayang..."

semakin gila Syafiqah meronta. mulutnya sudah terkumat-kamit menyebut apa, seorang pun tidak faham. Hanis masih lagi dengan tangannya cuba merampas pisau, Affiqah masih lagi dengan pukul ringannya pada paha itu.

dan Ayana, masih lagi struggle menahan dengan tangan, betapa kuatnya kaki Syafiqah yang sedang meronta-ronta.

dalam hati sempat berbisik, kalaulah... kalaulah Zikry ada di sini, sedang melihat aku. mungkinkah Zikry turut akan menghulur pertolongan? seperti Zikry yang dulu, selalu menawarkan pertolongannya pada aku.

"panggil cikgu wei!!!"

tiba-tiba Irsyad dan Aziz menghampiri mereka. aduh, lelaki tak patut tengok! aib perempuan!

datang lagi seorang lelaki. namun pada masa itu, Ayana terkaku di situ. seolah-olah dia pula subjek keadaan.

Zikry. pandangan mereka bertemu.

pipi Ayana merah. dan mungkin kerana mata Ayana yang salah, ataupun itu yang realitinya, dia melihat muka Zikry pun sedang merah. namun cepat-cepat dia mengalihkan fokusnya pada Syafiqah.

karang terlepas kaki Syafiqah, mahu aku disepaknya nanti. buat malu depan crush aje.

"dik lepaslah dik. i beg you pleaseeeee." Hanis dan sampai tertutup mata. dia cuba menarik jari-jari Syafiqah yang menggenggam erat pisau itu.

tolonglah... tolonglah lepas. lepas!

"okey DAH!" Hanis menjerit kegembiraan lantas dia berdiri. Ayana memandang tidak percaya. dia turut berdiri. Alhamdulillah.

"eh mana pisau?"

teguran Affiqah membuat Hanis memandang semula objek di genggaman tangannya itu. "ha?" ternyata itu sekadar badan pisau tanpa adanya pisau di dalamnya.

"pisau masih kat tangan dia!" jerit Irsyad, sungguh cemas. terus Hanis duduk semula, menggenggam semula tangan si pelajar.

"dik i beg you lepaaasssss."

Ayana dah panik! aduh, janganlah budak ni buat benda bukan-bukan. dia pun duduk semula, menahan kaki Syafiqah.

rontaan Syafiqah kali ni betul-betul sudah gila. kakinya hampir terlepas dari tahanan tangan Ayana.

"Izza! tahan kaki!" Ikhwan yang dari tadi diam pun sudah bersuara.

"urgh!" dengan sepenuh tenaga dan juga rasa terpaksa, Ayana menindih kedua lututnya ke atas kaki Syafiqah. maaf dik, sungguh sungguh maaf!

tapi dalam masa sama, dada Ayana rasa sesak. malu kerana dia baru teringat Zikry turut ada di situ. dalam hati menjerit, 'malu! malu! Zikry tengah tengok aku mengganas!'

dan takdir buat mereka, guru yang dipanggil telah tiba. bukan seorang, tapi tiga orang. termasuk PK HEM dan guru disiplin paling garang di dunia, Cikgu Najib.

Hanis sedar genggaman tangan Syafiqah mula lemah. mungkin kerana dia mulai takut apabila melihat guru-guru. terus Hanis, dengan berhati-hati menarik bilah pisau itu keluar dari genggaman si adik.

"Alhamdulillah, dapat!"

---

"badan kita ni bukan kita yang punya. Allah tak suka perbuatan ni." kata-kata Ustazah Fazlina, merangkap penolong kanan pentadbiran sekolah kepada Syafiqah menusuk ke telinga Ayana. ustazah itu memimpin tangan Syafiqah. disuruhnya gadis itu pergi ke bilik kaunseling selepas ini.

dari tempat dirinya berdiri, Ayana memerhati dengan simpati Syafiqah dari belakang.

dia akui, dirinya tidak tahu apa yang dialami pelajar itu sehingga dia mahu melakukan perkara dilarang itu.

dik, Allah beri suatu ujian itu kerana Allah tahu kamu mampu. dia mahu hapuskan dosa kamu, tandanya dia sayang kamu. tidak mungkin Allah membebani kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

minda Ayana teringat akan ceramah yang didengarinya melalui Youtube minggu lepas. bunuh diri itu, orangnya tidak masuk syurga. langsung tidak. selama-lamanya dalam neraka jahanam.

semoga kamu baik-baik saja, dik.

"Izza." satu-satunya manusia yang dikenali, yang tidak memanggil dirinya sebagai Ayan ataupun Ayana, Ayana sendiri tahu itu siapa. dia menoleh ke dalam kelas 3C, di sebelah pintu. lelaki itu sedang berdiri di situ. jelas riak wajahnya kerisauan.

"kau okey? ada cedera kat mana-mana?"

Ayana menggeleng perlahan. di bawah sedar, dia menarik senyum nipis. "tak ada."

"Alhamdulillah." Zikry turut menarik senyum. lebih spesik lagi, senyum kelegaan. sungguh waktu itu, Ayana sungguh merasakan jantungnya berdebar dua kali ganda lebih laju.

pandangan Ayana menyinggah pada pisau di tangan lelaki itu. "lepas ni pisau tu kena serahkan kat siapa-siapa ke?"

"ha'ah. aku kena pergi pejabat am lepas ni."

"oh."

suasana di antara mereka jeda seketika. Zikry menggosok belakang leher. "Ayana. nasib baik kau offer nak tolong tadi. terima kasih tau."

"sama-sama. terima kasih jugak sebab tolong tadi."

"sama-sama." Zikry senyum sehingga menampakkan lesung pipit kanannya yang tidak dalam itu.

dan sungguh ketika itu, Ayana betul-betul rasa hendak terbang. mindanya tentang Maisara hilang seketika. biarlah walaupun saat itu, Zikry melayan dirinya istimewa. hanya satu saat pun cukup, itu sungguh berharga. sebelum perkara yang dia secara tulusnya tidak suka berlaku, iaitu tatkala perasaan Zikry berbalik semula ke Maisara.

kamu ✓Where stories live. Discover now