ahad. tanggal 23 julai 2023, dua minggu sebelum waktu semasa.
detik pertama di mana Izza Adriana, bertemu dengan rama-ramanya, Ikhwan Zikry.
pada tengah hari itu, tepat selepas waktu bagi setiap kelas berakhir, para calon pengawas berkumpul di lobi loker untuk taklimat majlis watikah perlantikan yang akan diadakan pada pagi Rabu nanti. walaupun rata-rata sekolah di negeri itu sedang bercuti sekarang, namun STAPS membuat perjumpaan sejam untuk persiapan hari watikah perlantikan pengawas.
"cikgu akan sebutkan nama-nama exco tertinggi kita." tenang Cikgu Dayang menuturkan. sambil guru itu menyebut nama pengawas satu-satu, Ayana yang sedang duduk dalam barisan menunggu dalam debaran.
dulu dia pernah mencalonkan diri sebagai ketua pengawas perempuan. jika tidak dapat jawatan itu, menjadi penolong pun dia bersyukur sangat.
namun, hampa. ketua pengawas perempuan disandang oleh Ainiy Nadia, pelajar kelas 4 Sains 1. jawatan penolong pula disandang oleh Irdina, pelajar kelas 4 KAA. Ayana hanya mampu tersenyum kelat.
tidak mengapalah. sudah bukan rezekinya.
"bagi ketua pengurusan biro, Izza Adriana."
"penolongnya pula ialah Ikhwan Zikry."
dan sungguh waktu itu, mata Ayana membulat sebesar-besarnya. dan dirinya tidak sedar, pipinya juga memerah semerah-merahnya. terkejut kerana penolongnya merupakan seorang lelaki, dan dia tidak mengenali lelaki itu.
sesuai perjumpaan exco tertinggi sebentar, ahli-ahli pengawas itu mula beransur pergi. tatkala Ayana sedang berbual dengan Ainiy Nadia, tiba-tiba satu suara memanggil. apabila kepala menoleh, Ayana terasa dunia berhenti untuk seketika.
"Izza," rama-rama Ayana yang sedang menanti, berdiri di sisi loker.
Ayana dan Ainiy sama-sama menuju ke Zikry. lelaki itu terlihat menelan liur seketika. dia cuba mengawal mimik wajah sebelum bersuara. "tadi Alif kata kita kena buat group whatsapp pengurusan biro. nanti siapa nak buat group?"
"ohh tu... takpe biar aku je buat," ujar Ayana sambil mengangguk sendiri.
"okeyyy. kitak ada number kamek?"
terkejut Ayana. dia sebenarnya tidak biasa bercakap guna 'kamek, kitak' dengan lelaki. tetapi bagi Zikry, dia pula tidak biasa bercakap guna 'aku kau' dengan perempuan yang dia baru berbual sama.
"em takde. aku- er, kamek mintak boleh?" memandangkan Zikry sudah pakai 'kamek kitak', terus gadis itu menukar gaya bahasa.
baru Ayana hendak mengeluarkan pen dari saku baju kurung, tiba-tiba Alif Lam di sebelah dia Zikry memotong.
"aku ada number dia. nanti aku beri kau."
"oo... okey...?" kelu Ayana dibuatnya.
"kau ni. baru je dia nak mintak number aku." Zikry tersenyum menoleh ke arah Alif Lam.
YOU ARE READING
kamu ✓
Romance| 2023 | "tidak ada lelaki sebaik dia." kisah si gadis yang sekadar memerhati, lelaki yang disukainya menyukai gadis lain. Izza Adriana, si bunga menanti rama-rama pilihannya, Ikhwan Zikry, namun rama-rama itu sendiri sudah terbang pergi ke bunga la...