selasa, 15 ogos 2023. majlis persaraan pk kokurikulum sekolah STAPS. seluruh warga sekolah, terutamanya para pelajar dibolehkan untuk mengenakan pakaian kebangsaan atau pakaian raya. untung buat semua pasukan pengawas, sesi pagi dan petang, masing-masing diberi tugas dalam pengurusan majlis persaraan ini.
Ayana yang kelihatan mempesonakan berbaju kurung bercorak flora, duduk di bawah kipas siling di lobi loker. tangan kanannya sedang asyik mengipas wajah dengan buku latihan. sambil itu tangan kiri di sebelah sedang mengatur awning tudung bawal hijau yang terbentuk elok di atas alis keningnya.
"mana yang lain?"
gadis itu menoleh ke punca suara. ternyata itu Alif Lam, ketua pengawas, yang berbaju hijau kekuningan sedang mencari pengawas lain. datang Ikhwan Zikry di belakang Ayana menyahut.
"on the way."
suara Zikry ke tu? Ayana memusing badan ke belakang. lelaki tidak bagus berada di belakang.
gadis bertudung bawal itu terpegun seketika melihat jejakanya segak berbaju Melayu berwarna biru laut, dengan pinggangnya elok terlilit samping berwarna kuning cair. Zikry melihat ke arahnya, sesaat, sebelum menoleh wajah ke tempat lain.
"uish warna kita sama dey!" datang Wadi, yang juga berbaju Melayu biru langit menerpa ke arah Zikry.
"eh sama!" balas Zikry, dengan wajah sungguh mempamerkan riak teruja.
"aih sama dengan aku!" tiba-tiba datang pula Irsyad dari nowhere.
"wah sama!!!" ketiga-tiga jejaka ribena itu menjerit keriangan sambil berpeluk sesama sendiri. bahu sendiri menyilang ke bahu rakan sebelah. masing-masing melompat-lompat sambil berpusing-pusing di tengah lobi. tak ubah seperti kanak-kanak tadika.
"yeay! kita pakai baju sama!!!" teriakan Irsyad yang paling kuat di sana membuat Ayana tergelak kecil.
paling lucu di situ sudah tentulah Zikry. semakin menjadi-jadi tawa gadis itu. namun, kerlingan mata sesaat dari Zikry membuat gadis itu terdiam. bukan kerana kerlingan itu kerlingan tajam, tetapi lebih seperti kerlingan jejaka ke arah kekasihnya.
Ayana tidak sedar pipinya sedang merah.
setelah setengah minit berdansa di bawah kipas siling di tengah lobi, ketiga-tiga lelaki itu meleraikan pelukan. masing-masing perlu bergerak ke tempat tugas yang telah ditetapkan. nanti percuma saja kena jeling Alif Lam, singa pengawas mereka.
jadi tinggal Zikry dan Ayana di lobi. orang lain memang ada, tapi kecanggungan antara sang rama-rama dan sang bunga membuatkan seolah-olah hanya mereka berdua saja yang wujud. Ayana menarik senyum kekok apabila lelaki itu menoleh kepala ke arahnya.
"Izza?"
gugup Ayana apabila Zikry memulakan perbualan, dengan keadaan pandangan mereka berdua bertemu.
"ye ye, kenapa?"
"bunga manggar tu untuk apa?" ibu jari lelaki itu menunjuk ke arah bunga manggar yang tersandar elok di sebelah tangga berdekatan lobi itu.
Ayana menyengetkan kepala. untuk apa? mana aku tahu.
"untuk perarakan lepas ni kut. tapi rasanya pengawas sesi petang yang pegang ni nanti." Ayana mengerdip mata berkali-kali. nampak saja dia betul-betul tidak tahu sebenarnya.
"owhhh." Zikry mengangguk kepala sebelum menjeling Ayana dan memandang tempat lain.
Ayana tegak.
dia. jeling aku?
-
balik saja rumah, selepas menukar pakaian, Ayana merebahkan belakang badannya di atas katil. pelbagai soalan datang silih berganti ke kotak fikirannya.
"kenapa dia jeling aku?"
"dia betul tadi jeling akuuuu."
"aku ada tersilap cakap ke?"
a- apa salah aku.
Ayana jelas nampak riak wajah lelaki rama-rama itu tadi. dengan anak mata lelaki itu di hujung matanya sebelum mengalih pandang tempat lain.
tetapi, gadis itu akui. Ikhwan Zikry betul-betul nampak segak dan bergaya di majlis tadi. baju melayu biru laut, dipadankan dengan samping kuning cair menyerlahkan lelaki itu yang sedia ada tampan. dengan rambutnya yang elok disisir dan disapu dengan pomade.
sayangnya, Ayana tidak memakai baju yang berwarna sepadan dengan lelaki itu.
"tak boleh la macam ni. tak boleh!" Ayana menggeleng-geleng kepala. mungkin pipinya sedang menjadi tomato segar sekarang namun dia buat tidak peduli.
"kalau aku nak suka dia, aku kena jaga pandangan. aku tak boleh curi pandang dia."
Ayana bangun dari baringnya. dia mencapai buku sketch kecil dan sebatang pensel 2b. muka surat kosong buku itu dicapai. dia mencoret sesuatu di atasnya.
syarat menyukai butterfly
□ tak boleh pandang dia.biarlah. biarlah dia menggelar Zikry itu rama-ramanya. mungkin masa sekarang Zikry itu rama-rama Maisara. tetapi mana tahu di masa hadapan, rama-rama itu akan menjadi miliknya.
mana tahu?
aamiin.
-
lelaki pun comel ke 😓
btw baju code sang rama-rama dan bunga tu
ada kat gambar atas, sebelah lagu :P
YOU ARE READING
kamu ✓
Romance| 2023 | "tidak ada lelaki sebaik dia." kisah si gadis yang sekadar memerhati, lelaki yang disukainya menyukai gadis lain. Izza Adriana, si bunga menanti rama-rama pilihannya, Ikhwan Zikry, namun rama-rama itu sendiri sudah terbang pergi ke bunga la...