"astaghfirullahal'azim!" gadis itu kaku memandang buku teks di atas meja makmal kimia itu. "aku salah ambik buku sejarah."
"HAHAHAHA babo rupanya Ayan ni." Puteri, rakan baik Ayana yang duduk di sebelahnya meletus ketawa sampai sudah mahu hilang suara. padahal rakan sendiri dalam bahaya, boleh pula dia ketawa. ini adalah contoh jenis rakan yang 'wajar' diteladani.
"ketawa la ketawa. bukannya nak tolong." Ayana mencebik bibir, marah manja. dia pantas mengangkat buku teks sejarah dan membawanya ke meja guru di hadapan.
"cikgu, boleh saya pergi kelas? saya salah ambik buku. er hehe." gadis itu sengih.
Cikgu Syahidah memandang atas bawah gadis itu, dengan kaca matanya yang sedikit terlurut dari hidung. "kamu ni. kecik-kecik pun dah nyanyuk. ha ambik la cepat."
"terima kasih cikgu."
oleh sebab makmal kimianya terletak di tingkat dua, Ayana berlari anak memanjat tangga naik ke tingkat tiga. semasa kaki baru saja tiba di tingkat tiga, tiba-tiba ada orang menjerit kuat nama dia. segera gadis itu menoleh ke punca suara yang datang dari kelas 4 KAA di tingkat bawah.
"AYAN! SINI DULU." jelas kelihatan Syafiqah sedang melambai riang dari depan pintu kelasnya.
"AKU BARU JE NAIK KAU NAK AKU TURUN BALIK KE?!" Ayana membalas dengan jeritan.
"ALAH SEKEJAP JE."
dan gadis itu dengan terpaksanya, akur saja dengan permintaan rakannya itu.
"apahal mem?" muka Ayana tidak perlu bawa bincang lagi. jelas nampak mukanya sedikit marah dek terpaksa naik turun tangga tadi. tetapi muka Syafiqah bertentangan dari Ayana. boleh pula dia ceria seperti ada cahaya matahari sedang mencium wajahnya.
"ingat tak Myo yang aku cakap hari tu?"
berkerut dahi Ayana. moodnya yang swing tadi pun terus bertukar. "anak siapa tu? HAHAHAHA. tak kenal."
"taklahh dia memang wujud pun."
"kalau wujud pun siapa tu? sorry tak kenal."
"pelajar baru 4A tu."
"yang mana satu?" semakin berkerut dahi Ayaan.
"ehh yang baru masuk 14 ke 15 ogos hari tu." tiba-tiba datang Tasha dari belakang Syafiqah menyampuk. terus Syafiqah toleh ke dia dan menarik senyum sehingga matanya menyepet.
"iyer Tasha. ingat pulak kau tarikh Myo masuk eh."
"aku teringat k. TER." Tasha membulat mata dengan pipinya yang kian menyala merah.
Ayana menggeleng kepala. melayan saja karenah dua sahabat itu. "ha pahal mamat tu?"
"dia tu la Myooo."
hampir tergelak Ayana mendengar nama itu. nama macam lembu je. moo.
"dia tu hensem gila! kulit cerah melepak. macam ada kacukan chinese la. tapi mata dia tak berapa sepet. tapi still hensem. mungkin mungkin dia sebenarnya melayu pure tapi rupa dia memang sejak azali kacak macam tu. tangan dia pun berurat-urat je. attractive gila! aku gerenti kalau kau tengok kau cair on the spot!!!" dengan satu nafas Syafiqah menutur ayat.
Tasha terus menepuk belakang sahabatnya itu. "eee gatalnya engko. detail bena tengok lelaki ye?"
"owh tak kenal la." Ayana tunjuk muka meluat. "mana budak tu? nak tengok hensem sangat ke sampai kau naik ekor macam ni." tanpa sedar gadis itu melangkah beberapa tapak ke belakang.
tap! kaki terpijak kasut seseorang.
Ayana tegak berdiri. Tasha berhenti menepuk belakang Syafiqah. Syafiqah pula senyum lebar, jika boleh sampai ke telinga.
"ha orang kat belakang kau tu la Myo." Syafiqah selamba menambah ayat.
"selamat terpikat."
-
ada ura-ura second male lead ke? 👀
YOU ARE READING
kamu ✓
Romance| 2023 | "tidak ada lelaki sebaik dia." kisah si gadis yang sekadar memerhati, lelaki yang disukainya menyukai gadis lain. Izza Adriana, si bunga menanti rama-rama pilihannya, Ikhwan Zikry, namun rama-rama itu sendiri sudah terbang pergi ke bunga la...