cut scene bab dua

27 5 0
                                    


amaran !! bab ini mengandungi babak su1c1d3. 15 tahun ke atas shj.


hari Rabu.

hari yang paling ditunggu-tunggu oleh sang gadis.

hal asbabnya, perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Rabu. semasa perhimpunan semua pengawas ditugaskan untuk meronda-ronda di kawasan mengikut kumpulan pengawas masing-masing. Ayana paling menyukai hari Rabu bukan saja kerana dia boleh berlegar di blok sekolah tanpa kehadiran pelajar lain, malah untuk melarikan diri dari kesesakan pada awal perhimpunan.

perhimpunan yang sempit dan menyesakkan itu betul-betul menyesakkan jiwa.

dengan speaker yang kadang-kala bermasalah. tambah lagi dengan bunyi mikrofon yang seperti digosok dengan kertas pasir. tambah lagi dengan suara pengetua yang semasa berucap sekejapnya ada sekejapnya hilang. dan ditambah lagi dengan keadaan di mana p.a sistem yang dikendalikan pelajar sekolah sendiri kadang-kadang ok terus jadi ko.

itu nasib baik jika perhimpunan diadakan di dataran perdana. buatnya diadakan di dewan sekolah? alamatnya mati tak cukup nafas kerana setiap warga sekolah berebutkan gas oksigen yang terhad itu.

ah! sungguh menyesakkan.

tetapi sebenarnya, sebab yang paling penting Ayana menunggu hari Rabu adalah kerana...

Ikhwan Zikry juga merupakan seorang pengawas.

merondanya pengawas pada pagi itu, bermakna seorang Ikhwan Zikry juga akan meronda. bermakna di saat Ayana meronda, dia berpeluang untuk terserempak dengan lelaki pujaannya itu.

sambil tersenyum sendiri, Ayana ke tingkat dua untuk sambung meronda di sana. oleh kerana bosan meronda seorang, dia mencari teman. nasib buat Ayana apabila Affiqah dan Hanis yang datang dari tingkat dua menghampirinya.

"Ayan! kita orang dah ronda blok ni. jom turun bawah," ajak Affiqah, si gadis yang periang kepada orang yang dia rapat sahaja.

"memang tak ada orang lagi ke?" Ayana meminta kepastian. budak-budak sekolah dia bukan boleh percaya sangat. nanti terkejut-kejut saja kena jumpscare dari bawah meja guru.

"dah. settle dah. tingkat 1 pun dah round. tak ada orang jugak." Hanis menyahut sambil dua kening dijongket berkali-kali.

berpuas hati dengan jawapan itu, Ayana dan sepasang kawan baik itu sama-sama turun ke tingkat paling bawah. mereka bertiga keluar dari gril tangga lalu Ayana menutup pagar tangga supaya tiada pelajar boleh naik ke atas lagi. mereka bertiga menuju ke dataran perdana sambil berpegang tangan sesama sendiri.

Affiqah di hujung sebelah kanan, Ayana di tengah-tengah dan Hanis di hujung sebelah kiri. nampak seperti mereka bakal menempuhi sebuah laluan di depan.

jalan di mana kebetulan ada beberapa pengawas lelaki yang sedang berdiri di sana. aduh... banyaknya kaum Adam. keberadaan Zikry di sana juga membuatkan jantung Ayana berdebar.

Ayana baru saja mahu mengajak Affiqah dan Hanis untuk menggunakan laluan lain, tetapi terlambat apabila Zikry tiba-tiba menegur Hanis.

"Hanis. cuba kau pergi blok merah tingkat tiga. Irsyad panggil."

"kenapa?" Hanis mengerut dahi.

"kelas 3C. tak tahuu. Irsyad panggil tadi."

"okey." melihatkan Hanis yang berebut hendak pergi ke blok merah, Ayana dengan terpaksanya meleraikan tangan antara dia dan Hanis.

"nak ikut." Ayana tidak mahu ketinggalan. jika Hanis pergi, pasti dia mahu bawa Affiqah sekali.

"eh seorang je." Zikry mencelah.

"eh." Ayana spontan menoleh kepala ke Zikry, kemudian memandang Hanis, kemudian memandang Zikry semula. muka betul-betul mengharap. pada masa yang sama, gadis itu gugup dek terkejut tiba-tiba perbualannya disampuk Zikry.

"eh ikut jelah kau."

mendengar greenlight dari Zikry, terus Ayana dengan girangnya menarik tangan Affiqah dan Hanis. segera mereka menuju ke blok merah.

setelah tiba di tingkat tiga, mereka menuju ke kelas 3C, kelas yang diarahkan Zikry untuk pergi tadi. secara spontannya Ayana meneleng kepala ke kiri. hairan melihat Irsyad dan dua orang pengawas lelaki sekadar berdiri di luar koridor kelas itu. sepertinya tiada apa-apa di dalam kelas itu untuk diuruskan.

"kenapa kau orang panggil?" soalan pertama terpancul dari Ayana.

Irsyad tidak menjawab soalan itu, sebaliknya dia menunjuk dengan ibu jari ke arah dalam kelas 3C itu. spontannya, kesemua enam orang mereka melihat ke arah yang ditunjuk itu.

kelihatan seorang pelajar perempuan sedang berdiri di belakang meja yang terletak paling hujung di dalam kelas. pelajar itu merenung mereka lama.

"eh dik? kenapa tak turun?" Hanis orang pertama menegur. setapak demi setapak dia melangkah masuk ke dalam kelas.

baru saja yang lain hendak mengikut langkah Hanis, tiba-tiba emcee perhimpunan mengumumkan ada bacaan ikrar. maka dengan terpaksanya, mereka semua berdiri tegak, mengangkat tangan kanan pada paras bahu. Hanis memusing badan ke belakang, menghadap Ayana dan pengawas lain di luar kelas.

seminit bacaan ikrar terasa lamanya seperti satu jam. habis saja sesi ikrar, terus semua pengawas menoleh semula ke dalam kelas tadi. Hanis kembali memusingkan badan ke belakang. mencari kelibat gadis tadi.

eh hilang?

"dia pergi mana?" Ayana yang cemas menoleh ke kanan dan kiri kelas. Irsyad, Aziz dan Zhafiran pun jadi panik.

"dia lari ke?" Zhafiran menjenguk keluar dari pintu kelas 3C. mungkinkah pelajar tadi melarikan diri masa mereka mengangkat ikrar tadi?

"eh tu dia!" jari Hanis menala ke suatu arah. dia secara refleksnya mendekati sebuah meja. Affiqah yang butuh untuk tahu, mengikuti langkah sahabat baiknya itu dari belakang.

"mana?" soal Aziz. tak nampak apa pun.

Ayana pun sebenarnya tidak nampak. dia cuba mengecilkan mata. seisi kelas 3C itu diimbas. oh, nampak. budak itu tengah duduk mencangkung, bersembunyi di sebalik meja yang di hujung kelas tadi.

'seorang lagi pelajar bermasalah. susah sangat ke nak turun bawah?' batin Ayana. sebagai ketua pengurusan biro pengawas, Ayana masak benar dengan perangai pelajar sekolahnya semasa hari perhimpunan. ada segelintir memang terlalu liat hendak turun.

"dik kenapa tak turun? masa perhimpunan ni kena turun, dik..."

saat itu bolehlah Ayana berasa geram. kerana dia masih belum mengerti, asbab apanya pelajar itu di situ.

tetapi apabila setapak demi setapak Ayana menghampiri, baru dia mengerti.

di tangan gadis kecil itu, tergenggamnya sebuah pisau lipat.

kamu ✓Where stories live. Discover now