11:03 pagi, hari jumaat.
oleh kerana Ayana merupakan orang terakhir yang keluar dari kelas, maka dia bertugas untuk mengunci pintu kelas. semuanya gara-gara buku teks Akaun yang tiba-tiba hilang. tetapi bila disemak, rupanya buku teks itu ada di dalam beg saja. entah mengapa Ayana tak nampak buku itu tadi.
sedang gadis itu menekan mangga, sempat dia mengimbas keadaan sekeliling. risau hari jumaat ini, jika terlewat sedikit saja, kawasan sekolah memang akan renggang. pelbagai momokan cerita hantu sekolah bermain di minda Ayana. gadis itu cepat-cepat beristighfar.
menyesal pula dia tidak minta Puteri dan Eisha menunggu dia tadi.
tetapi lagi menakutkan, tiba-tiba Zikry dan rakannya ada di lorong kelasnya. padahal kelas Zikry, 4 Sains 1 berada di blok sebelah. bukan sini. sekejap, macam mana kalau ini bukan Zikry tetapi benda lain... Ayana memejam mata.
"assalamualaikum Izza."
aik. hantu beri salam? tau nama aku?
teguran itu membuatkan Ayana mencelik mata semula. sempat dia mengimbas Zikry atas bawah. rakan di sebelah Zikry juga diimbasnya. tag nama yang dipakai lelaki itu mendedahkan nama sebenarnya. Adam Muammar Nurathir.
"ni betul ke Zikry?" Ayana memasang muka cuak. Zikry dan Adma mengerut dahi.
"eh betullah ni. Izza kau okey?"
sekejap Ayana ternganga sebelum menutup mulutnya semula. baru dapat percaya. "owh. ha okey okey."
apabila sedar Zikry di depannya itu betul-betul manusia, barulah kelenjar adrenal dalam tubuh Ayana merembeskan hormon adrelina. gadis itu gugup namun dia cuba mengawal rasa itu.
setelah keadaan rasanya sudah okey, baru Zikry berani bersuara.
"aku nak report yang Awang selalu tak bertugas. mintak tolong kau tulis nama dia." Zikry memandang tepat anak mata Ayana. lama, lima detik itu terasa lama.
panahan syaitan, tundukkan pandangan, Zik.
"ouh okey." Ayana menunduk pandangan ke bawah. terkejut dengan renungan mata Zikry yang memukau dan mengusik jiwa itu.
"terima kasih."
"sama-sama."
Ayana masih menunduk. dirinya tidak kuat. dirinya tidak dapat menatap lama mata lelaki itu. mengingatkan realiti bahawa hati Zikry pada gadis lain bukan pada dirinya, hatinya sakit.
lama gadis itu menunduk kepala, dia sedar bahawa kasut Zikry masih kelihatan melalui pandangan matanya.
kenapa lelaki ini masih belum pergi lagi?
"erm Izza."
panggilan Zikry yang tiba-tiba itu membuatkan Ayana mengangkat kepala.
"erm maaf."
eh? rasa gugup Ayana terus tenggelam oleh rasa aneh. aneh dengan perlakuan Zikry yang tiba-tiba memohon maaf.
"maaf sebab tengok kau lama-lama. aku tak patut buat macam tu. maafkan aku." pandangan Zikry kekal di simen. merenung kasut hitam bertalinya.
Ayana terdiam. perlahan dirinya mula blushing. "eh tak pe. kau tak sengaja kan."
secara tak langsung perasaan gugup Ayana datang lagi. aduh, jantung...
astaghfirullahal'azim. ingat Allah, Ayan. ingat Allah.
Zikry akhirnya mengangkat wajah sebelum menarik senyum. "kalau macam tu, aku pergi dulu. assalamualaikum."
bertenang, Zik. bertenang. lelaki itu berzikir bagi menenangkan hati.
ya Allah, ya Tuhanku, kuatkan aku jika Izza bukan untukku...
dalam lelaki itu melangkah pergi, sempat dia tersenyum sendiri. biarlah... yang ini mungkin adalah kali terakhir.
lets bygone be bygone.
aku bukannya single. aku taken. taken by Allah, by parents.
aku reda dan terima dengan hati terbuka jika jodohku bukan si dia.
tidak kira Zikry mahupun Ayana, mereka berdua mengungkapkan kata itu di dalam hati.
-
bai tamatt
semoga tidak menangis hawhawhaww
jangan lupa vote dan komen, thankies!
and promote kalau rasa best HAHAHAH 😭 #takbaiksendu #senduketu
ada sambungan kat buku 'aku' heheh
YOU ARE READING
kamu ✓
Romance| 2023 | "tidak ada lelaki sebaik dia." kisah si gadis yang sekadar memerhati, lelaki yang disukainya menyukai gadis lain. Izza Adriana, si bunga menanti rama-rama pilihannya, Ikhwan Zikry, namun rama-rama itu sendiri sudah terbang pergi ke bunga la...