ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Pergh.. aku ingat lambat lagi baru nak publish chapter pertama 'Fjord' ni. Tapi entah cam mana, timbul plak mood memberangsangkan & kerajinan menyelubungi aku.. hee. Maka, terhasil le chapter pengenalan untuk citer bertaraf internasional aku ni. Harap korang terhibur & puas hati di samping dapat sama layan 'JMJ' tu, ye?
Susah gak nak buat citer ni sebab aku kena buat research & hafal nama-nama tempat dengan jitu. Takut silap plak nanti akan timbul isu. Mengarang kisah yang berlatarkan negara atau tempat yang tak pernah aku jejakkan kaki memang susah sikit. Kena ade mood yang mantap untuk bayangkan diri aku ade di sana. Hmm, nasib baik ade Google, boleh le aku kelentong korang.. hee.
Banyak foto yang aku tempelkan untuk bagi korang mudah menghayati citer ni. Jenuh gak aku cari & Google.
FYI, kerana ini citer dalam BM, maka semua watak akan berdialog dalam bahasa kebangsaan kita arr. Jangan plak korang kecam & pelekeh aku sebab tak guna Bahasa Inggeris & Bahasa Norway, ekk? Kalau aku tulis dalam dua bahasa tu, nanti makin lambat aku nak publish sesatu chapter. Mau makan masa setahun untuk mengupdate.. hee.
Ala, filem Hollywood cam Star Wars, Star Trek, Gladiator, Pompeii, Valkyrie, The Last of the Mohicans & lelain pun guna Bahasa Inggeris dalam dialog, kan? Mana logiknya manusia di galaxy far far away, manusia zaman Empire Rom, zaman Nazi Jerman & orang asli Amerika cakap Inggeris? Betui dak?
Ape pun layan je.
•••♦◄♥►♦•••
Pesawat British Airways mendarat tepat jam sebelas dua belas pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bergen, Norway. Agak lengang ketika ini, mungkin kerana negara ini jauh nun di hujung utara dunia, maka tak ramai pengunjung.
Edin dan bapanya, Encik Mukhtar Satiran disambut oleh seorang pekerja Nordic Gas cawangan Pulau Hareidlandet, merangkap pemandu juga pembantu am. Umurnya sekitar awal empat puluhan. Tinggi serta kekar tubuhnya bak ahli gusti WWE, Kevin Nash atau Diesel, dengan rambut perang yang panjang. Janggutnya agak lebat serta dijaga rapi.
YOU ARE READING
• fj𝑜rd •
Teen FictionSesuatu telah muncul, tanpa amaran. Ia merayap, merangkak, melompat & berjalan keluar dari laut dingin. Mengganggu-gugat kedamaian kampung di sebuah pulau yang indah permai. Sebuah fiksyen remaja yang dikisar & dibumbui dengan misteri, petualangan...