ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Hmm, dapat gak aku publish chapter enam ni dengan pantasnya. Layan je, kay?
•••♦◄♥►♦•••
"Woi. Korang buat ape tu? Nak kiss, ekk? Jantan sama jantan mana boleh kiss? Nanti aku bagitau mama. Gay."
Tetiba, satu suara nyaring mengejutkan dua remaja comel itu. Cepat-cepat mereka membetulkan duduk, kembali seperti biasa, menjarakkan diri.
"Kami bukan kiss arr. Ni, hah, Edin mata masuk habuk pasal buat keje dalam reban ayam tadi. Aku nak tiup la," jawab Sven, geram. "Kacau je budak kecik ni. Aku demah* muka baru tau."
Dari sebalik pepohon renek* merendang, muncul Markus sambil bercekak pinggang memandang ke arah mereka berdua.
Edin tersengih dek gelagat adik Sven itu. Datangnya penuh bergaya dengan gumboot kuning terang, seumpama orang yang hendak buat kerja berat lagaknya.
"Pegi balik arr. Kau bukan boleh buat keje pun, lembik, manja," arah Sven.
Marah benar dia kerana adiknya itu datang tatkala dia dan Edin saling meluahkan perasaan serta bakal melakukan sesuatu yang amat dramatik dan romaintaik.
"Tak nak. Aku pun nak buat keje gak cam Abang Edin," jawab Markus sambil menapak ke arah mereka.
"Okey arr, Sven. Bagi chance kat adik kau ni. Jom kita buat keje. Dia boleh gak tolong kita," cadang Edin.
Mereka bertiga pun menyambung kerja yang dilakukan oleh Sven sebentar tadi. Mengumpul telur ayam, membaiki dinding reban, juga mencuci lantainya.
Sungguh ceria dan riang gelagat mereka biarpun kerja itu agak kotor dan di persekitaran yang busuk pula.
"Malam nanti kita sambung balik, ekk?" bisik Sven di telinga Edin sambil mereka bekerja.
"Sambung ape?" Edin pura-pura bertanya, berseloroh.
"Ala, buat-buat tak tau plak. Aku sekeh kang.. he he."
Mereka sama-sama ketawa.
Markus menggeleng kepala dek gelagat dua abangnya itu.
YOU ARE READING
• fj𝑜rd •
Teen FictionSesuatu telah muncul, tanpa amaran. Ia merayap, merangkak, melompat & berjalan keluar dari laut dingin. Mengganggu-gugat kedamaian kampung di sebuah pulau yang indah permai. Sebuah fiksyen remaja yang dikisar & dibumbui dengan misteri, petualangan...