Chapter 3 - Bebudak Norway Yang Lasak & Penuh Kejutan (Kom Og, Følg Oss!)

383 19 18
                                    


ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya

•••♦◄♥►♦•••

Hmm, siap gak chapter  ketiga. Lajunya aku kayuh. Citer lain tu mungkin akan diupdate  cuma lewat sikit kot? Ape pun, layan je chapter  kali ni yang masih dalam mood  pengenalan. Belum  ade lagi aksi-aksi ngeri yang menakutkan.. hee. 

Banyak sungguh foto yang aku tempelkan untuk bagi korang lebih gambaran tentang negara Norway ni. Jenuh aku cari & pilih hanya yang terbaik je untuk menghiasi 'Fjord'. 

•••♦◄♥►♦•••

Edin bangun pagi dengan satu perasaan segar bercampur teruja. Janji untuk berjumpa Sven serta dua kawan baiknya itu membuatkan dia tak sabar. Malam tadi, dia tidur nyenyak walaupun di katil dan di bilik baru yang amat asing persekitarannya.

Encik Mukhtar awal-awal lagi sudah keluar ke bandar bersama Henrik Olsen untuk meninjau dan menyelesaikan beberapa perkara di sana. Tinggallah Edin dengan dua pembantu rumah suami isteri Tunisia itu.

Makcik Hameeda menyediakan sarapan roti bakar bersama jem dan telur. Juga susu segar berserta buah-buahan tempatan Norway yang enak menyelerakan.

Selepas selesai menjamah, terus Edin keluar menunggu di teres yang berbangku yang juga terdapat beberapa meja. Teres tersebut sesuai untuk dijadikan tempat meraikan tetamu kerana ia menghadap fjord serta laut membiru. Juga, adanya kolam renang yang menambahkan lagi seri dan praktikalnya kawasan tersebut.

Jam hampir menunjukkan ke pukul sepuluh pagi. Edin duduk di bangku bawah parasol* menunggu sambil merenung jauh ke laut, juga Pulau Romstell.

"Misteri ape yang ade di pulau tu?" dia bergumam.

Tetiba, bahunya terasa dipegang dan pipinya dicium seseorang. Cepat-cepat dia berpaling lantas melihat Sven tersengih ke arahnya.

"Sungguh kurang sopan cium orang di khalayak umum," seloroh budak Melayu itu.

"Ala, bukan ade sesiapa pun kat sini. Lagipun, cium dan peluk tu kan budaya kami? Kau kena arr terima ngan hati yang terbuka, just adapt it, my love.. he he," balas budak mat salih itu seraya tertawa kecil.

"Hai, lain macam je kau ni? Nape ngan ucapan love  tu?" soal Edin.

"Wey, perkataan love  ade banyak makna arr. Suka, sayang, minat, cinta, berkenan dan lain-lain lagi yang seerti dengannya."

"Hmm, yea arr tu. Pandainya kau menjawab. Tapi, kau punya nada sebutan tu semacam je. Buat aku seram."

"Tak ade arr, Edin. Aku ikhlas anggap kau kawan kesayangan aku."

"Pergh.. baru dua hari kenal aku, terus kau sayang?"

Sven tergelak mendengar omelan* Edin.

"Hmm, sayang sebagai abang yang aku tak pernah ade. Kau kan lebih tua dari aku?"

"Kau ni ade-ade je arr. Buat aku rasa serba salah plak. Tapi, best  gak ade adik lelaki yang tak pernah aku ade. Mat salih plak tu.. he he."

Mereka sama-sama ketawa dan bersetuju dengan kenyataan yang dibuat masing-masing.

• fj𝑜rd •Where stories live. Discover now